Isnin, 31 Januari 2011

Mencari Penawar Duka, Pengubat Sengsara (Amek dari http://drmaza.com)

Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?




Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.



Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?







Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)



“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)

Janji Yang Pasti

Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.


Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Pemohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.

Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).

Pelbagai Kurnia

Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah ‘istighfar’.

Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau membaca ayat di atas.

Mengelakkan Bala

Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).

Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.

Ditambah Kekuatan

Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)

“(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).

Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.

Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.

Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.

Jumaat, 28 Januari 2011

Erti sebuah SENYUMAN...

Merupakan Inspirasi sendiri..tidak dipetik dari mana-mana atikel punn...dari pengamatan sendiri saja..:-)


sekadar menyuarakan dannnnnnnn menterjemahkan apa yang sedang terlintas diminda pada saat , ketika dan detik ini....:-)

Sebentar tadii...terserempak dengan sesaorang yang sememangnya tidak dikenali..tapi yang pasti kami satu organisasi..beliau bertudung penuhh..ala2 ustazah..labuhhh hijabbnya...ala2 ustazahhhhhhhhhhhhh..:-D..alhamdulilahh..aminnn...
Raut wajah bersihh...tiada segaris solekan pnn...wajah sucii..sesuciii lebarannnnn ...dari jauhh sudah kelihatan kelibat beliau...sambil berjalan menuju kehadapan dari arah yang bertentangan..dalam hati berdetik..sape laaa nihh..nak kemana laa nihh...bila bertembung..aku hadiahkan sekuntumm senyuman..tanda sapaan...nk tegur..mmg tak kenal...sambil tersenyumm dgn penuh iklhas memandang kearah wajah yg suci itu...sangkaan aku.. senyuman aku dibalass.. tapiiiiiii ..alangkahh hampanya..lansung tidak berbalas..pandangan aku lansung tidak dihiraukan...tidak sekelip pnn matanya memandang pada aku yg bertembung disebelahnyaa...ishhhhh...:-(.. hinaaa sgt laa pulakk rasa diri inii...
Hati berdetikk..ada kah manusia yg berada dihadapan aku ini..tidak perasan kehadiran aku di hadapanya..adakah dia rabunn dekatt..sedangkan dari jauhh lagi aku dah npk kelibatnya...sungguh2 tak sangka..adakah aku nii berpakaian tidak senonohh...bertembung face to face pn sukar untuk menghulurkan senyumann...ingatkan bila dia senyum balik tu..nakk laa mengucapkan salammm..sama Islam knnn...tapii..tak apa laa..aku senyum sorg2 jee laaa...heheheee...

Spjng perjlan ke kereta, dok terfikirr ada gakk ekkk orgg ygg sukar menghulurkan sedekah yg amat2 murahh tapii amat2 besar ertinya itu..entah laa..tak apa laa benda yg baik kita ikut..benda yang agak tak ok tuee..jgn laa ikuttttt....betull takk...Baieeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkk.....

Aku berlalu dari situ untuk berjumpa dgn sorg rakan di bangunan lainnn..terpaksa membawa kenderaan..tahu2 je laa..bila dh keluar..tpt parking mmg jadi rebutan...tak kisah laa..cuma terfikirr balik kangg..kete sape pulak laa aku nk blog ni eaaa..lagi pun tengahari nk kuar dgn kekwn untuk berfoya2 lagi..ari sumaat laa kataaaknnn....masa tuk berfoya2 sakannn..hu hu huuu..
Sebenarnya parking yg berada dihujung kampung .....boleh disifatkan spt itu laaa kat c niii...sbb jauhh nunnnnnnnn di sana..di sanaaa...jauhh laa dari bangunan..tapi alhamdulilahh aminn..bila balik semula utk park balik ..terdetak dlm hati..tptttt parkinggg akuu tadii dah dikebass olanggg laaaa....adehhh mana nk park pulak nihh...tapii..rezeki dari Allah...ada tpt 1 yg sgt2 hampir..jauhh lebih baikk dari tpt park yg aku lepas kan tadikk..Alhamdulilahh Aminn...terima kasihh Allahh...:-D

Moral dari pengalaman ini..dari senyuman yg tak berbalass ..dari pandangan ku yg sia2..sedangkan hati ini sgt2..memuji wanita yg berhijabb labuhh itu..tapii tidak dihiraukan seakan2 tidak layakk laa pulakkknn...tapii tak kisahh...asalkan kita jujur dan ikhlass..Allah mengetahui...niat kitaaa...ada lahh, sesuatu ganjaran yg akan Allah hulurkan pada kitaa..dann apa yg pentingg Keredaan Allah knn...Insya-Allah aminn...soooo jgan risauu dan rusingg jikaa kita menerima pelbagai penolakan dlm kehidupan kitaa...kerana sesungguhnyaa ada sesuatu yg terbaik disebalik itu yg kita tidak ketahui...Insya-Allahh..aminnn...:-D , dan jgan risau dan bersedih tuk melepasakan sesuatu yg kita ada sekarang demi kebaikan...Insya-Allah sekiranya mmg ada rezeki kitaa, pastii...sesuatu yg terbaikk dan terindah akan jadi milik kita jugaa...Insya-Allah ..Aminn...yg pentingg usahaa dan berdoaaa...:-D

Khamis, 27 Januari 2011

Sebahagian Hikmat, Rahsia dan Khaisat Surah dan Ayat Al-Quran Al-Karim


Bismillah ( Dengan nama Allah )

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca. Insya-Allah..Aminn..


Surah Al-Fatihah (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembayang sunatnya, nescaya permintaanya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh mahluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap solat fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaanya, serta bercahaya rohaninya..Insya-Allah Aminn...

Selasa, 25 Januari 2011

Bila Lelaki Hilang Tulang Rusuk (Amek dari email Haven..:-D)

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.



Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.

Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.


Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"


Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.



LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.


WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.


* Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*




--



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Isnin, 24 Januari 2011

Rindu pada NYA (Once-Dealova)...:-D I loikeee...winduu padanyaaa jugaak..alwayss :-(

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa diriMu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa Kau sentuh
aku ingin Kau tahu bahwa ku selalu memujaMu
tanpaMu sepinya waktu merantai hati

oh bayangMu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padaMu
seperti udara yang kuhela Kau selalu ada


hanya diriMu yang bisa membuatku tenang
tanpa diriMu aku merasa hilang
dan sepi
dan sepi


Kau seperti nyanyian dalam hatiku

yang memanggil rinduku padaMu

seperti udara yang kuhela Kau selalu ada



Kau seperti nyanyian dalam hatiku

yang memanggil rinduku padaMu

seperti udara yang kuhela
Kau selalu ada

selalu ada, Kau selalu ada

selalu ada, Kau selalu ada




Ahad, 23 Januari 2011

KETULUSAN HATI

Cintaku tak berdusta







Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau biarkan kasihku
MencintaiMu tak mengenal waktu


Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati

mencintaiMu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu





Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa

Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya


Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu


Kau benarkan kasihku
MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati

MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu


Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku
oooo


MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu

Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu

Sabtu, 22 Januari 2011

Nasihat Imam Al- Ghazali (amek dari blog KITASEKAKI..:-D)


1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak- kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya..

Imam Ghazali, ulama besar dalam peradaban Islam, banyak berjasa melalui kulliyyah dan penulisan karyanya yang banyak mencetus revolusi umat Islam.

"Dah doa. Kenapa tak makbul juga?" (Amek dari blog Anaqi..:-))


Dalam urusan memakbulkan permintaan hambaNYA, ALLAH memakbulkan dengan beberapa cara. Pertama, adalah dengan menangguhkan dahulu. Doanya itu dimakbulkan namun diberi penangguhan kepada waktu tertentu, kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. Kedua, doanya itu dimakbulkan dengan menggantikan permintaan itu dengan sesuatu yang lebih baik. Setiap yang kita inginkan, tidak semestinya yang terbaik untuk kita, dan setiap yang kita benci, tidak semestinya buruk untuk kita. Hanya DIA yang mengetahui hakikat terbaik buat kita. Ketiga, doa itu dimakbulkan dengan penangguhan di akhirat nanti. Tidak memperoleh apa yang kita doakan, tidak bermakna doa kita itu tidak dimakbulkan ALLAH. Sebaliknya, ALLAH menentukan sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang kita pinta. :)

************

ALLAH itu Maha Mengetahui,

DIA mengetahui tiap sesuatu,

Tanpa kita maklumi,

DIA sudah sedia tahu..

 
***********

Doa bukan memberitahu ALLAH apa yang kita mahu, kerana tanpa diberitahu juga, ALLAH sudah sedia maklum tentang kemahuan kita. Doa adalah pengabdian. Doa menunjukkan kita mempunyai pergantungan dan pengharapan kepada ALLAH. Doa menunjukkan kita mengharapkan redha dan rahmat ALLAH. Doa membuktikan bahawa, kita percaya dan yakin dengan kewujudan, keesaan serta kekuatan ALLAH.


***********

Wassalam,

Hukum Minum/Makanan dimasuki semut (Amek Dri.Mr.Tazkirah lagi..:-D )



Orang kata, air yang dimasuki semut ni jika diminum bersama-sama semut tersebut, orang yang meminum’nya juga akan menjadi bodoh seperti semut. Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak dari serangga lain sebenarnya. Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih mengetahui apa hukum minuman yang dimasuki semut dari pandangan Islam.
Soalan:Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?Jawapan:Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah matiSemut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.


2) Semut masuk dalam keadaan hidupJika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.


kesimpulannya:


selagi semut yg ada di dalam minuman/makanan itu masuk dengan sendirinya tanpa disengajakan oleh manusia, maka minuman/makanan itu masih boleh diminum/dimakan, tetapi buang la semut tu dulu.


tapiiii......


kalau semut tu dimasukkan secara sengaja, contohnya semut ada dalam gula, kemudian kita masukkan ke dalam minuman bersama dgn semut tu tadi, maka hukumnya adalah najis.


Wallahua’lam

Anak itu Kupu Kupu Syurga (Amek dari blog Mr.Tazkirah..) so jgan laa dera kanak2 yee...sygii mereka..Insya-Allah Aminn..

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"

Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."

Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."

Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."



Wallahualam bissawab.

Selasa, 11 Januari 2011

Takutlah Untuk Tidur dan Menyesal lah Ketika Bangun (Amek dari FB Tok Deanz) :-D

Kita melalui hari-hari kita seperti biasa. Tidur, kemudian kita bangun untuk meneruskan hari-hari kita. Sudah berapa hari agaknya kita hidup di atas dunia ini? Kalaulah kita ini berumur 40 tahun, maka 40X365 hari = 14600 hari. Katalah kita tak pernah tidur siang, maka kita sudah 14600 kali tidur dan bangun.


Namun, dalam banyak kali kita bangun dan tidur ini, pernahkah anda rasa takut untuk tidur, dan menyesal pula ketika bangun?

Pernah? Mesti anda bertanya, kenapa perlu takut untuk tidur, dan menyesal untuk bangun bukan?

Takutlah untuk tidur

Siapa yang memberikan anda nyawa? Kita beriman bahawa nyawa itu adalah pemberian Allah SWT. Allah boleh menariknya bila-bila masa yang Dia suka, dan kita pula tidak tahu bila Dia hendak menariknya.

Jadi, apabila setiap kali anda tidur, apakah anda boleh menjamin anda bangun keesokan harinya? Aha… itu sebabnya, saya mengajak anda untuk takut tidur.


Bayangkan, malam ini anda tidur, dan esok tidak bangun semula. Bagaimana dengan dosa-dosa anda pada hari semalam? Hutang-hutang anda yang belum berbayar? Rakan yang anda khianati dan calari hatinya? Bagaimana semua itu, jika anda tidur dan esoknya anda tidak bangun?

Pernahkah anda, sebelum melelapkan mata, bermuhasabah sebentar apa yang anda lakukan sepanjang hari? Atau anda tidur, dengan keyakinan 100% anda akan bangun keesokan harinya, lalu anda berkata: “Esok-esok la taubat apa semua ni”

Maka tidak hairanlah, kita ini tiada peningkatan. Kerana kita sebenarnya, langsung tidak bersedia menghadapi kematian.


Menyesal lah ketika bangun

Apakah perkara dalam dunia ini, kalau kita terlepaskannya, kita tidak boleh mendapatkannya semula walau apa pun cara kita gunakan?

Satu sahaja jawapannya. – Masa

Jadi, anda bangun pagi saban hari, pernah kah anda berfikir betapa menyesalnya anda meninggalkan hari semalam? Semalam itu, walau anda kumpul segala harta dunia ini, anda tetap tidak akan mampu mengambilnya semula.

Segala keburukan kita semalam, segala kejahatan kita semalam, segala dosa-dsa kita semalam, terpahat kemas dalam semalam. Kita tidak boleh memutar semalam, untuk memadamkan semua itu.

Pernah kah anda menyesal dengan semalam yang telah berlalu apabila anda bangun?

Kenapa perlu semua ini?

Kenapa perlu takut untuk tidur, menyesal ketika bangun?

Saya sebenyarnya hendak anda nampak apa itu kehidupan sebenarnya. Jangan pandang kehidupan kita ini enteng. Manusia ini, akan dihitung oleh Allah SWT. Maka, sebelum tidur anda muhasabah lah segala perbuatan anda, bila ada dosa bersegeralah taubat, ada hutang bersegeralah bayar, ada khilaf dengan teman-teman, segeralah bermaafan. Anda mungkin tiada esok.

Bila bangun, saya nak anda rasa anda telah membazirkan kehidupan anda semalam. Maka apabila Allah izinkan anda hidup pada hari baru, dengan penyesalan terhadap hari semalam yang telah anda bazirkan, maka anda akan gunakan hari baru anda dengan sebaik mungkin, tiada pembaziran seperti hari semalam. Semalam takkan kembali, yang ada pada kita hanya hari ini. Corakkannya sebaik mungkin.

Penutup: Hidup ini, untuk persediaan ke sana

Kenapa kena hargai hidup? Kerana Allah akan kira kehidupan kita ini. Kejayaan kita, hanyalah apabila kita dilepaskan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi, dunia ini sepatutnya kita gunakan, bukan kita dipergunakan.

Allah SWT berfirman: “Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan di akhirat sana akan disempurnakan pembalasan, siapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan di dunia itu, melainkan kesenangan yang menipu daya” Surah Ali-Imran ayat 185.

Jangan bazirkan hayat anda. Bersegeralah, jangan tangguh-tangguh. Hargailah, jangan anda buang-buang.