Isnin, 7 Februari 2011

Cara Megatasi Keletihan Badan


Kita masuk sudut kesihatan pula hari ini…mungkin ada dikalangan kita yang keletihan…walaupun kerjanya setiap hari ringan saja…. sentiasa rasa tidak bermaya..sebenarnya keletihan tubuh bukan sahaja kerana membuat kerja yang berat tetapi ada beberapa sebab yang menyebabkan badan cepat letih dan mengantuk terutama di siang hari,tanpa kita sedar dan antara sebabnya adalah :



Sensitiviti ElektrikTerasa seperti tidak cukup tidur, sakit kepala, pening dan penat boleh disebabkan kerana kamu di kelilingi alat-alat elektrik. Ada fakta menyatakan bahawa sensitiviti elektrik mempengaruhi 35% terhadap populasi dunia. Sensitiviti elektrik mempengaruhi sistem semulajadi badan. Tanpa di sedari penyebabnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit di sisi katil,penggunaan pengering rambut melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan terlalu dekat dengan skrin komputer.


Cara mengatasinyaGantikan digital kepada jam analog, guna monitor komputer jenis LCD, alihkan alat-alat tanpa wayar ke bilik berasingan.Diabetes tanpa SedarMengikut Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih kurang 500,000 wanita tidak mengetahui mereka mengidap diabetes. Menurut pakar pemakanan, diabetes terjadi apabila terdapat banyak gula dalam darah yang tidak diperlukan oleh tubuh.




Apabila glukosa tidak ditukarkan kepada tenaga sama ada disebabkan insulin yang tidak cukup atau insulin tidak bekerja dengan betul menyebabkan hati mengeluarkan glukosa berlebihan dan badan tidak mampu menukarkan kepada tenaga kemudian memecahkanya menjadi lemak dan protein yang menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil. Simptom diabetes ialah kencing kerap dan cepat dahaga badan pula menjadi mudah letih dan lemah.




Cara mengatasiCuba ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan memastikan adakah anda berkebarangkalian mengidap diabetes, lakukan ujian darah untuk mengukur tahap gula dalam darah. Ketagihan memakan makanan yang manis dan berlemak sebelum kedatangan haid juga antara petanda kamu mengalami ketidakseimbangan kadar gula dalam darah. Makan setiap 3 jam dan jauhi roti, yogurt buah, jus, rokok dan kafein.




Banyakkan mengambil makanan laut, telur, sayur sayuran hijau dan buah seperti buah pear, anggur, pic dan kiwi. gantikan pasta dengan beras perang, bubur dan bijirin.Makan TengahariMakan yang tidak menentu dan tidak teratur menyebabkan kita mudah marah dan keletihan. Amalan pemakanan yang tidak teratur mempengaruhi tindak balas imunisasi yang mengurangkan amaun tenaga dalam badan. Makan tengahari tidak harus diambil terlalu berat kerana mendorong perasaan malas dan mengantuk.Cara MengatasiMakan tengahari bukan untuk mengenyangkan tetapi untuk meneruskan aktiviti seterusnya. lebih baik mengambil makanan berat ketika bersarapan dan jangan sesekali meninggalkan sarapan anda. Elakkan lauk pauk yang berlemak dan berkolestrol. Ambil buah buahan selepas makan untuk menyegarkan badan.




Masalah GinjalMaslah ginjal boleh mnyebabkan anemia (kurang darah merah) seterusnya membawa keletihan.Cara MengatasiBerbincanglah dengan doktor jika anda mengalami masalah ginjal juga merangkumi tiroid kerana tiroid juga boleh membawa kepada keletihan. Elakkan pengambilan kafien dan alkohol dan banyakkan mengambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan rumpai laut.





Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B12kekurangan zat besi dan vitamin B12 boleh membawa kepada penyakit anemia. B12 pula berfungsi dalam sistem darah iaitu membantu membawa oksigen ke serata badan. Manakala zat besi untuk penghasilan darah merah. Tanda-tanda pengidap anemia ialah kulit kelihatan kekuningan, tetapi jika kamu letih dan cepat emosional cubalah mengambil vitamin B12.cara mengatasiMengambil vitamin tambahan seperti multivitamin dan sebagainya.Cara SenamanSenaman memang bagus untuk badan namun jika waktu yang dilakukan itu tidak kena boleh menyebabkan keletihan kerana kamu kurang tenaga dan kesan pada keesokan harinya.cara mengatasiBersenam seperti berlari,berjalan atau aerobik diwaktu pagi dan pada malam hari boleh lakukan senaman seperti berjalan sekeling rumah atau yoga. Ini Dapat melegakan minda dan otot-otot. Jika kepenatan, lakukan sahaja senaman ringan sekitar 30 minit yang mampu merangsang tenaga dalam badan.

TekananSebenarnya jika kita mengalami tekanan akan memberi efek terhadap tubuh juga. Anda mengalami tekanan mungkin di sebabkan malasah-masalah seperti berikut iaitu kurang motivasi, tiada keinginan terhadap seks, dan juga mengalami turun naik berat badan yang tidak seimbang.



Cara mengatasiBoleh di pulihkan dengan berjumpa doktor pakar mengambil antidepressants, sesi terapi atau kedua-duanya. Cognitive behavior theraphy (CBT) boleh membantu mengubah cara pemikiran seseorang. Dengan membantu mengubah fokus otak melalui tabiat baru. CBT membantu kamu mengawal stress dan tekanan. Therapi ini selalunya dilakukan seminggu sekali selama 6 minggu.InsyaAllah kesempatan saya sambungkan bagaimana cara untuk mengatasi strees dan keletihan ketika kerja ini..

Rahsia Sujud

Tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi. Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal fikiran manusia yang serba lemah ini.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk :

1) SUJUD FIZIKAL sepertimana ketika bersolat.

2) SUJUD SPIRITUAL berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Apa yang ditekankan disini adalah SUJUD FIZIKAL.

Ulama’ mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T. dan menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita.

Menurut DR.MOHD OSMAN NASIR, hikmah SUJUD antara lain ialah:

a.) Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).

b.) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika SUJUD akan :

a)Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

b)Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)

c)Melegakan sakit hernia.

d)Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

e)Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lungs)

f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS@SPLEEN (limpa)

g) Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

h) Meringankan bahagian PELVIS.

i) Memberi dorongan untuk mudah tidur .

j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.

k) Gerakan otot -otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).

l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

m) Mengurangkan kegemukkan (obesity).

n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions).

o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

p) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

Kesan PSIKOLOGI pula kita akan merasa rendah diri dihadapan Pencipta Yang Maha Esa, sifat sombong, riak, takabbur dapat dikikis dari diri kita.


Wallahua’lam…

hrmmmm 07/02/2011 Isnin...

Assalamualaikum wbtt...

Kali ini..tidak menyentuh mana2 atikel..tapii nk sharee apa yg sy lalui spjng pagi tadi..huhuuhuu..Setelah hampir 4 hari cuti CNY..hanya tinggal di rumah ..tggk tv.. berfesbokk dan jln2 sikit2 jee..:-D..arini sudah tiba masa tuk berkerja semulaa..Alhamdulilah Aminn..masih bernafas hingga ke arini...w/pn arini agak tak laa seindah hari2 biasaa..tapii masih Alhamdulillahh..aminn...Terima Kasih Allah..Aminn..

Tadi pagi sebenarnya ada perhimpunan besar2 awal bulan...tapii kita terlupaa sampai opis jer sudah jam 8.05am..sedangkan sebelum cuti arituhh..kekwn dah pesann..set kat reminder ada perhimpunan seawal pagi..dan kena punch di dlm dewan...:-(..tapii sebb dh terlupaa..dan terlambat sgtt3x..kita malas nk pergi..buat selamba jew..jln lenggang2 pi tpt lain..( jahat takk kitaaa wakkk.., rasanya tak lahh jahat sgtt pnn..sikit notty jee ekk...sbb kita masih di dlm kawasan opiss...tapii kita pi jumpa Kekasih kitaa..rinduu sgt nk kesana..)..Sygggggg sgtt2..rinduu yg buatkan kita mengalirkan air mataa dgn sendirinyaa...winduuu yg tidak dibuat2..tapii mmg winduu yg sgt2 dlmmm..:-(

Tapiiiii..masa di sana..brooch kita pulaa buat hal laa wakkk..tersangkut kat bajuu...payahh nk tanggalkan diaa..sampai hampir2 koyak bahu baju kitaa wakkkk..:-(..rasa nk menanggis laa knn cm ner nk buka baju tuee.. tpt tu penuh CCTV..last2 dgn tak malunyaa...

Kita keluar dari bilik tu..kita panggil akak cleaner...minta tolong tggkkn..tolongg kita bukakan..tolong kita leraikan yg tersangkut tuee..sedihh sgtt2..sbb peristiwa tuee buatkan kitaa lambat nk bersama dgnNya..tak sabar nk bercerita dan mengaduu dgnNya...hurmm..last2 akak tu ajak pi toilet dan buka baju di c tu..dan dia membantu sepenuhnya tuk tanggalkan broccoh tuee...klu shwal terkoyak tak apa..tak rasa sedih sgt..sbb shwal tu cuma RM 5/sehelaii..tapii jgn laa bajuu..sbb baju ini kita syggg...syggggg sgt2..kain dia sejukk..w/pn tak mahal tapii kita sygg nk wat cm nerr..dh sygg knnn...:-(..mcm lagu ct 'Kau Ku Sygg' tuee :-)..awkk tahu kn laguu tuhh wakk...lagu yg kita selalu tujukan khass tuk awkkk...hisssss..:-( , boleyyke taip mcm tu kat c ni..:-O

Alhamdulilah akak tu cer buka terus brooch dan nasihat kan jgn pakai lagi..nanti lagi byk baju koyakk dan tersngkut..jadii..tak der laa brooch tuk diclipkan pada tudung belah kanan nii..:-(

Tapi bila terkenangkan kembali masa tu..tak tahu napee..sbb tersangkut jee brooch tu pada baju..dah ada kesan koyakan pada bahu baju..membuatkan kitaa termenanggis didpn akak tuhh...mencurah2 air mata..Ya-Allahhh..akak tu siap kata..sabar laa baju sikit jee koyaknya nii..lagi pn tak npkk sgt kn sbb dia kaler hitam..dan terletak dibahu.. klu kai tudung lainn tak npk dh koyak tue...lagi pnn bukan besoo pn koyak diaa..heheheheeeh...melapau knn mende2 mcm tu pnn nk sedizz tahap kronik hahahaaaaaa...:-D tapii.. dahhh sygggg knnn...

Moral for the story..dah tak nk dahh kaii brooch tuee..menjahanamkan baju dan tudungg jee..canhtik tapii merosakan..:-(..mana tah brooch tue tadi dan masuk tong sampah kott..pakai satu jee skrangg, x p carik lagi yak lain sbgi gantii ..heheeh

Terima kasih Allah..kerana beri kesempatan yg terindah buat diri sya..Alhamdulilahh aminnn..:-D

Kasih dan Cinta Di Dalam Islam (Amek dari blog sape tahh..)





“…Rasa hormat adalah asas penting menjalinhubungan cinta yang suci sesuai dengan aturanAllah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaranRasul serta hormat ke atas hak dan maruah diantara pasangan amat dititik beratkan ke arahsatu hubungan yang berkekalan.
Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasihsayang yang terjalin terhadap seorang wanitatidak sewenang-wenangnya menyentuh tanganwanita atau memegang erat tubuhnya. Wanitabukannya objek yang boleh diperalatkan.
Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,apakah pasangan seperti ini mampu melindungidan menjaga maruahnya apabila berkahwinnanti?
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yangdinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakalberlaku satu hari nanti?…”
______________________________________Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yangmenganggapnya satu kalimah suci dan bererti.
Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan. Fanomena ini bermula dari bangku sekolahlagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan Cinta itu perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat.
Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar mengikut nafsu serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya? Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya,menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’.
Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan),gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram disisi Islam. Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tujuseterusnya. Malangnya remaja hilang punca dan meletakkansatu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah. Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapatkasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsirasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari tuhan.Insya-Allah..amin

(p/s:anda baca anda tentukan..renung2kn..)

Ahad, 6 Februari 2011

Cuba Gumbirakan Orang Lain...:-D

Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.


Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Cuba laa jadi pendengar yg setia..simpankan lah keresahannya diruang paling dalamm dan peliharakan laa permasalahannya sebagai rahsia...munkin dengan hanya mendengar kita dpt meredakan tekanan yg tengah ditaggung...Insya-Allah..terpancar sedikit keceriaan diwajahnya..kerana kesudian dan keikhlasan kita menjadi pendengar yg setia.. Suatu ketika sebahagian dari kita juga amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.

Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.

Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka.

Mempelajari Hati..:-D

Hati merupakan bahagian manusia yang termulia di antara yang lain. Kerana kemampuan untuk mengenali Allah hanya mampu dicapai oleh segumpal daging di dalam jasad manusia bernama hati (Qalb). Suatu kekuatan yang tidak mampu dicapai oleh aqal semata-mata. Dengan aqal semata-mata, manusia tidak akan dapat menerima kewujudan sesuatu yang tidak dapat dikesan oleh deria-deria kemanusiaan yang bertindakbalas dan ‘mengajar’nya secara terbatas, lemah sehingga tidak dapat menjangkau apa-apa yang jauh dari capaiannya yang kerdil.


Hanya hati itu jugalah yang mampu bertindakbalas secara reaktif dan cergas terhadap ‘perkenalan’nya terhadap kuasa yang di luar batasan capaiannya itu. Ia bekerja ke arah itu, dan berusaha untuk lebih mendalami perasaan tersebut. Hati sahajalah yang mampu untuk mendekati dan mendalami hakikat besar ini, ia akan membongkar apa-apa lagi rahsia tersembunyi di sisiNya, supaya setiap degupannya akan menjadikan peribadi itu lebih dekat kepadaNya.

Sedangkan kaki, tangan, mulut, jari-jemari, lutut, siku, sendi-sendi dan semua anggota hanyalah hamba kepada hati, dan berkhidmat kepadanya, seperti seorang raja lagaknya yang memperkhadamkan hamba-hamba abdinya untuk manfaat dirinya.

Kerana itulah, mana-mana diri sedar yang benar-benar mengenali peranan dan kemampuan hatinya, ia akan benar-benar mengenal Tuhannya. Akan tetapi alangkah pedihnya kerana kebanyakan manusia sebenarnya jahil akan hatinya dan jiwanya, lalu bagaimana pula mengenal Tuhannya. Sedangkan satu hakikat juga bahawa sebenarnya Allahlah yang membatasi seseorang hamba dari hati dan jiwanya sendiri, dan dengan keupayaannya yang Maha Agung dan Maha Halus, Dia mampu menghalang sesiapa pun dari mengenali dan mendekatiNya. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesiapa pun dari hamba-hambaNya selagi mana dia tidak merubah dirinya sendiri. Dan alangkah hebatnya Allah yang Maha Agung, segala-galanya berada di hujung ‘jari’nya, dia menentukan apa sahaja yang dikehendaki dengan tersangat mudah dan enteng.

Oleh kerana itulah, mempelajari hati dan sifat-sifatnya merupakan sebahagian daripada asas dalam agama, mendalaminya serta tabiat-tabiatnya merupakan asas permulaan perjalanan orang-orang berakhlaq terhadap diri dan Tuhannya.

Hakikat hati itu, asas fitrahnya sangat terbuka untuk menerima petunjuk yang benar. Ia condong menghindari apa-apa syahwat dan hawa nafsu yang diletakkan ke dalamnya. Pertembungan di antara tentera-tentera malaikat dan tentera-tentera syaitan sentiasa berterusan tiada henti, semata-mata demi menguasai segumpal daging bernama hati. Terbukanya hati ini kepada mana-mana dari dua ini, yang menyebabkan sehingga ia bertapak, seterusnya bermastautin di dalamnya, dan lawannya tidak akan dapat melintasi ke dalam hati ini melainkan secara curi-curi. ((Dari kejahatan was-was yang ditiupkan al-Khannas)) [Surah An-Nas : 4] Kerana itulah, apabila ia sedang mengingati Allah, Khannas akan membuatkan ia was-was dan ragu-ragu. Apabila ia sedang lalai pula, terdetik lintasan-lintasan petunjuk.

Beruntunglah sesiapa yang mengikuti lintasan-lintasan petunjuk dari Allah itu, dan pasti akan merasai rugi jika ia membiarkan lintasan-lintasan itu pergi begitu sahaja. Sebaliknya teramatlah malang mereka yang tertipu dengan tiupan-tiupan Khannas ke dalam hati mereka, yang ditiupkan untuk menghias-hiasi kelalaian hati mereka. Tidak ada perisai terbaik untuk hati ini buat menepis serangan tentera-tentera syaitan termasuklah al-Khannas itu tadi melainkan dengan mengingati Allah. Kerana seluruh kesyaitanan dan konco-konconya tiada kekuatan ketika hadirnya zikrulLah menerangi hati.

Renungan



“Kegeringan hati dan penyakitnya adalah berkitar di atas dua punca, kerosakan Ilmu dan kerosakan Qasad (arah tuju)”


--Ibn Qayyim

Melahirkan Keikhlasan Dalam Diri :-D

Dalam setiap perkara baik yang kita lakukan adalah perlu mempunyai niat yang ikhlas dalam diri kita. Namun begitu, saya rasa mungkin susah jugak kan nak lahirkan keikhlasan dalam diri ni tapi ianya boleh dilakukan. Kadang-kadang kita mudah merasa riak apabila melakukan kebaikan terutamanya apabila berada bersama dengan orang lain. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk melahirkan keikhlasan dalam diri ni.


Mulakan niat anda dengan niat yang baik. Dalam setiap perkara kebaikan yang anda lakukan mestilah kena ada niat dulu kan. Kalau tak ada niat buat apa anda nak buat. Dan niat anda nak buat sesuatu kebaikan perlulah mempunyai niat yang baik. Contohnya anda nak tolong kawan anda yang ada masalah. Niat anda sebab nak tolong atas dasar kawan bukannya mengharapkan balasan darinya di masa hadapan. Itulah niat yang baik

Jauhi dalam setiap kebaikan yang anda lakukan mengharapkan balasan keduniaan semata-mata. Ada juga orang yang melakukan sesuatu kebaikan kerana mengharapkan wang ringgit semata-mata. Nak minta tolong buat kerja sikit nak kena bagi upah baru buat. Kalau tidak ada upah maka kerja pun tak jalan. Niat yang seperti ini memang perlu di jauhkan. Jangan mengharapkan balasan di dunia semata-mata untuk melakukan kebaikan tapi perlu mengharapkan balasan akhirat juga.

Berbuat kebaikan jangan disebabkan oleh orang lain. Dalam setiap perkara baik yang kita buat jangan ada rasa ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Contohnya anda belajar sebab nak tunjuk kat orang lain yang anda ni rajin. Mula-mula memang kita akan betul-betul rajin tapi bila orang dah tak berapa nak layan maka lama-lama rasa rajin akan hilang. Ini kerana melakukan perkara kebaikan disebabkan oleh orang lain.

Jangan takut dihina oleh orang lain jika melakukan perkara yang baik. Ada juga manusia yang dengkikan orang lain yang melakukan kebaikan ni. Jangan pedulikan apa yang orang lain kata pada anda yang penting anda tidak melakukan perkara yang tidak salah. Sebaliknya anda perlu takut jika orang menghina anda jika anda melakukan kejahatan. Biasa la kan manusia tidak akan berpuas hati selagi kita tidak buat apa yang mereka suka.

Jangan berbuat baik kerana ingin dikenali dan mendapat nama semata-mata. Jauhilah dari sifat ingin memberitahu semua orang yang kita ini suka melakukan kebaikan. Ada orang yang jenis suka melakukan kerana ingin mendapat nama. Contohnya memberikan derma kemudian ditunjuk kepada orang ramai yang dia telah memberikan derma tersebut. Sifat menunjuk-nunjuk membuatkan seseorang itu dikenali kerana kebaikan yang telah dilakukan. Namun sifat ikhlas dalam memberikan derma tersebut tiada maka tiadalah juga pahala yang akan dapat.

Melakukan kebaikan biarlah secara senyap je. Apabila anda melakukan kebaikan lakukanlah ia secara senyap. Tidak perlu menghebohkan kepada orang lain tentang kebaikan yang telah dilakukan itu. Ataupun sengaja lakukan kebaikan di hadapan orang lain sahaja tapi jika belakang orang agak payah nak buat baik ni. Walaupun senyap tapi kita tetap mendapat pahala diatas kebaikan yang telah dilakukan. Biarlah orang lain tidak tahu tapi Allah maha mengetahui.

Disamping melakukan kebaikan itu secara senyap, sembunyikanlah kebaikan yang kita lakukan seperti mana kita menyembunyikan kejahatan. Sudah tentu kita merasa malu jika orang lain tahu tentang keburukan dalam diri kita. Samalah juga tidak perlu orang lain untuk tahu setiap kebaikan yang kita lakukan. Dengan ini setiap kebaikan yang anda lakukan akan membawa kepada keikhlasan.

Secara kesimpulan, setiap perkara kebaikan yang kita lakukan hendaklah disertai dengan rasa ikhlas barulah kita akan rasa senang melakukannya. Rasa ikhlas ini boleh dilahirkan secara perlahan-lahan dalam diri seseorang itu. Tanpa rasa keikhlasan dalam seolah-oleh hanya sia-sia sahaja kebaikan yang kita lakukan. Sifat ikhlas ini juga sentiasa dituntut dalam agama. Jangan pedulikan apa yang orang fikirkan tapi yang penting hati kita kena ikhlas kepada Allah setiap masa. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

P/s: Lakukan kerja dengan ikhlas barulah kita akan gembira…