Sabtu, 12 Februari 2011

Solat Untuk Keredhaan Allah SWT

ada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas baginda SAW memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda



“Wahai Abu Zar.” Saya menyahut,”Saya Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda,” Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Keterangan

Pada musim sejuk banyak sekali daun yang gugur sehingga kadang-kadang tiada sehelai daun pun yang tertinggal pada sesetengah pohon. Inilah yang merupakan mafhum daripada sabdaan Nabi SAW iaitu solah yang dilaksanakan dengan ikhlas akan menghapuskan semua dosa sehingga tiada satu dosa pun yang tertinggal. Walau bagaimanapun, satu perkara perlu diberi perhatian iaitu rumusan kepada kajian yang mendalam daripada para alim ulama berdasarkan al-Quran dan hadis menyatakan bahawa hanya dosa-dosa kecil sahaja yang akan terampun melalui solah dan amal2 kebaikan yang lain. Dosa besar tidak terampun tanpa bertaubat. Oleh itu, disamping mengerjakan solah, kita hendaklah juga mengambil berat untuk bertaubat dan beristighfar dan janganlah mencuaikan perkara ini. Lainlah jika Allah SWT mengampun dosa besar seseorang dengan limpah rahhmatNya.

Jumaat, 11 Februari 2011

10 Perkataan Lazim Wanita

Fine
Ini ia yg ppuan suka gunakan tuk hentikan pergaduhan, lebih2 lagi bila dia rasa dia betul dan anda kena diam.Jgn sekali2 gunakan perkataan ini utk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedng mencuba pakaian di kedai-hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

Lima Minit
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dgn 5 minit yg perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yg seimbang,

Tak de hapa2
Ini bermakna "something' dan anda perlu berjaga2!! perkataan ini melambangkan perasaan ppuan yg inginkan anda berputar2 kat dalam mcm mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yg akan bertahan selama "Lima Minit" dan diakhiri dgn "FINE".

Pergilaaaaaaaa...
(dgn kening terangkat) ini adalah satu cabaran yg membuat si ppuan menjadi marah dgn "TAK DER HAPA2" dan diakhiri dgn "FINE'. PERGILAH (dgn kening biasa) ini bermakna "mengalah" atau "buat je la apa yg awk nak sbb sya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dlm beberapa minit diikuti dgn ;TAKDER HAPA2", "FINE" dan dia akan ckp kembali dgn anda dlm masa 'LIMA MINIT" apabila dia dh sejuk.

Mengeluh Yg Kuat
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yg sering disalah anggap oleh kaum lelaki. MENGELUH YG KUAT  bermakna dia merasakan anda adalah seorg yg kurang bijaksana ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di c tue dan bergaduh mengenai TAK DER HAPA2..

Mengeluh yg Perlahan
Lagi sekali, ini bukan perkataan MENGELUH YG PERLAHAN membawa maksud yg dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jagn buat sebarang tindakan..dan dia akan kekal puas.

Okey lahh
Bermakna dia ingin berfikir panjangsebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yg telah menyakitkan hatinya. OKAY LAH selalunya digunakan dgn FINE bersama KENING YG TERANGKAT

Buatlah
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah besar punyerrr..!!!

Tolonglah
Ini bukan kenyataan,sebaliknya adalah pelawaan. Seorg ppuan memberi anda peluang utk mengeluarkan sebarang alasan atau sbb di atas apa yg telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yg adil dengan kejujuran, jadi berhati2 dan anda tidak akan mendapt OKAYLAH

Terima Kasih
Seorg ppuan mengucapkan TERIMA KASIH. Jgn pensan. Terima dan ucapkan sama2.



Terima Kasih Banyak-Banyak Awakkk
Ini banyak berbeza dari TERIMA KASIH. Seorg ppuan  akan menggunakan ini apabila dia dah terlampu marah pada anda. Ini menunjukkan yg anda telah menyinggung perasannya dan akan diikuti dgn  MENGELUH YG KUAT kerana ini hanya akan membuat dia berkata TAKDER HAPA2........  

Rahsia kucupan Lelaki :-O

Apakah tanda di sebalik kucupan suami atau pasangan anda? Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya!!.. Apakah rahsia tersebut ekkk...jeng jeng jeng jenggggggg..jika kita melihat pada sebuah kucupan yg diberikan kepada sorg kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minat terhadap si kecil itu..ia merupakan tanda syg dan perihatin terhadap insan kecil itu..Tetapi jika ada pasangan lelaki mengucupi wanita..apakah rahsia disebaliknya ?.

Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorg pasangan lelaki terhadap pasangan wanitnya itu terselit rahsia yg perlu diungkapi dan difahami persiratannya. Ia mempunyai makna2 tertentu dan kita akan seronok apabila benar2 dpt menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap si dia. Kucupan pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg berbeza lagi tersendiri...

Kucupan pada Tangan
Jika seorg lelaki mencium belakang tgn anda, itu tandanya sidia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup org yg dihoramti dan disanjunginya pada bahagian belakang tgn org berkenaan. Ini selalunya kita lakukan pada kedua ibu dan ayah kita..tapiii jarang berlaku seorg lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorg suami kpd isterinya. Jika berlaku juga demikan, itu menandakan si lelaki berkenaan benar2 menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorg yg istimewa dlm hidupnya.

Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan sorg lelaki mencium pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya? jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi itu tandanya si dia begitu syg terhadap anda. dan kasihnya begitu kudus..anda dpt berasakan geteran kasihnya pada anda begitu syahdu.

Kucupan Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia syg pada anda. Malah juga anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap syg pada anda w/pun apa terjadi. Malah kucupan di pipi sering dihadiahkan oleh suami pd. isteri dlm suasana gurau senda dan ceria. Begitu jugaa pabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu kucupan dipipi menandakan dia sygkn anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.

Kucupan Cinta
Saat anda sedang berdiri, tetiba suami anda dtg sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dgn wajahnya. Lalu sebuah kucupan singgah kepipi anda. ini menunjukan betapa pasangan anda mencintai anda bahkan kian hangat sehangat kucpan g hinggap.

Kucupan Lutut
Hah!! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tananya sudah teruk benar minatnya terhadap anda.

Ciuman dihujung jari
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dlm sesetangah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukanya, ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yg bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendahkan diri dan terlampau memuja anda. Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa sja oleh anda tapi tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan sperti yg anda tafsirkan. Apa pun kucupansedemikan tidak seharusnya dilakukan. Pastikan pencium anda adalah di tanggung halal ya...

Istilah-istilah dalam Produk Kecantikan..:-P

Produk kecantikan atau kosmetik makin mutakhir. Namun kerap kali kita tak tahu bahan-bahan apa saja yang terkandung dalam ubat jerawat anda misalnya. Ingin cantik tapii salah ubat laa pulakzz. Lebih baik tggk dulu fungsi bahan kosmetik tersebut.



Istilah-istilah di bawah ini sering ditemui dalam produk kecantikan yang banyak dipasaran. Kebanyakan mereka yang mencuba beralih pada produk kosmetik tertentu tak faham secara jelas kegunaannya. Biar tak ‘buta huruf’ ada beberapa bahan penting yang harus kita ketahui. Seperti yang di bawah ini:

1. pH

pH adalah singkatan dari percentage of hidrogen yang maksudnya adalah kadar keasaman kandungan zat kimia pada produk kosmetik. Kadar pH yang tinggi sangat berbahaya bagi kulit kita. Pada awalnya produk yang mengandung pH tinggi menyembuhkan tapi kemudian akan menjadi boomerang. Demi keamanan, lebih baik gunakan produk kosmetik yang mengandungi taraf keasaman rendah.



2. Moisturizer

Bahan yang satu ini biasanya sering kita jumpai di produk perawatan dan kecantikan. Moisturizer adalah kata lain dari pelembab. Fungsi utamanya untuk melembutkan kulit ataupun rambut.

3. Aloe Vera

Bahan ini biasa juga disebut dengan lidah buaya. Aloe vera ditemui dalam produk perawatan kulit dan shampo. Biasanya semua kosmetika yang mengandung aloe vera fungsinya untuk menyejukan dan melembutkan.

4. Antioxidant

Antioxidant biasa ditemui pada produk yang berhubungan dengan kulit. Zat khusus ini melindungi kulit dari bahaya zat-zat kimia dari lingkungan sekitar. Misalnya asap ataupun asap pembakaran sampah dan lelain. Zat ini biasa terdapat pada sunblok ataupun pelembab. Antioxidant bisa juga terdapat pada buah-buahan yang banyak mengandung vitamin C seperti jeruk dan strawberry.

5. Chamomile Chamomile

adalah jenis tumbuhan yang terbukti secara klinikal mencegah peradangan pada kulit. Chamomile melembutkan dan mendinginkan kulit yang alergi. Zat ini biasanya terkandung dalam produk kecantikan seperti pelembab dan pembersih wajah. Selain untuk kulit, tumbuhan chamomile ini juga bisa menghirdarkan nyamuk.


6. Jojoba

Jojoba adalah sejenis tonik yang mengandung pelembab. Zat ini sangat sesuai untuk melembutkan jenis kulit kering. Zat ini saja terdapat dalam pelembab, pembersih wajah atau shampo.

7. Alpha hydroxyl

Jika kita memerlukan zat yang mengelupas kulit mati sekaligus melembutkan kulit baru sebaiknya kita menggunakan produk kecantikan yang mengandung zat alpha hydroxy. Zat ini paling banyak terdapat pada produk perawatan wajah yang berbentuk scrub atau pembersih wajah.

8. Astringent

Astringent adalah cairan khusus berupa toner yang berfungsi mengontrol minyak di kulit dan biasa dipakai setelah membersihkan wajah. Biasanya terdapat pada penyegar wajah.

9. Benzoyl Peroxide

Zat ini banyak terkandung pada ubat jerawat. Zat yang mengandung antibakteri ini berguna menyejukan wajah dan mengeringkan jerawat.

10. Essence

Ini adalah wewangian dasar yang biasa digunakan untuk pewangi, sabun atau produk lainnya.

11. Henna

Henna bisa menjadi pilihan kita yang ingin mengubah warna rambut. Pewarna rambut dari bahan alami tumbuhan ini biasanya digunakan untuk pewarnaan rambut permanen. Bezanya dengan cat rambut lainnya henna terbukti tidak akan merusak rambut .

Sebaiknya sebelum memutuskan akan menggunakan produk kosmetik tertentu, kita haruslah lebih teliti.

Khamis, 10 Februari 2011

Tanda Hati Kita Mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :
~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
~Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil

Pengajaran daripadanya:

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).

Firman Allah:

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,

...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."

Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."

itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."

Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).

Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.

Maruah-Alhamduillah Amin :-)

"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan; akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya barangsiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri. " (Hadith ini adalah riwayat Abu Daud)
"Barangsiapa yang mendengar saudaranya diumpat namun dia tidak membelanya padahal dia mampu maka dia ikut menanggung dosa umpatan itu di dunia dan di akhirat. (Hadith Asfahani)
"Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan Allah Subhanahu Wata'ala. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya (Allah). " (Hadith riwayat Abu Daud)


"Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya itu tidak ada di hadapannya maka wajiblah Allah melepaskannya dari siksa neraka. " (Hadith riwayat Ahmad)

Orang yang Muflis

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?


Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.” Lalu Rasulullah menjawab: “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya waktu di dunia ia pernah mencaci maki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR Muslim)

Selasa, 8 Februari 2011

Apabila Org mengata, apakah tindakan kita

Assalamualikumm wbtt..


Mlm ni nk share tentang penulisan DR.HM Tuah Iskandar Al-Haj yg kita terbaca kejap tadiikkk..Semuga sedikit sebanyak kita akan dpt mengawal kemarahan dgn lebih baik dari yg sebelumnyaa..Insya-Allah..aminnn


Jika anda dikata orang..apakah yg anda nak buat eaa? lawan ? sabar? Jika anda lawan..tahukah andaa keadaan akan bertambah genting. Belum tentu anda menang, sebaliknya akan lebih banyak rahsia terbongkar. Jika anda sabarrr..(Sabarlahhh Sabariahh..hihiii nick kwn sy tuee..ngengengeee)mungkin juga orang menganggapkannya Benar, tetapi ia mampu mematikan sebarang hujah.

Ketika org marah diam sahajalah, jgn dilawan, nanti semakin marah dia. Ketika org tgh berhujah dan mmg suke menang, biarkan sja mereka berckp, nanti dia akan berhenti sendirik..klu dilawan dan dilayan memang xkan habis2 jadinya..

Jika suami anda marah, diam sja. Biar dia rasa dia betul, biar dia keluarkan apa2 yg hendak dikluarkan. Nanti bila ia dah habis, akandiamlah dia.Kalau dilawan atau dilayan itu mcm memberi modal baru kpdnya. Suami yg suka marah2 mmg tidak akan mudah mengalah. Kalau dah marah gilerrr ygnahas nanti diri anda juga.

Dengar2 dikata org, pilihlah sikap diam, kecuali org dtg minta penjelasan secara tertib, kita jelaskan secara tertib. Klu org dtg maki hamun, cuba tabahkan hati dgn diam dan senyum dan berlalu dari c tue..mmg susah nak buattt knnn...tapii itulah senjata utk memadamkan semua ckp2 yg tidak sedap didengarr..:-(

Apa rugi dikata org? Lagi byk dikata, lagi byk dpt pahala, Dikata org itu sakit tetapiii klu hujungnya nanti terserlah kebenaran, nikmatnya, Masya-Allah..Indahnyaaa...

Tak ada manusia dari terlepas dari dikata org. Siapa pun akan dpt. Semakin besar org itu, semakin berpengaruh org itu, semakin kaya dan ternama org itu, semakin byk dan semakin keraplah dikata org..

Nak dilayan semua kerr? Buat apa buang masa. Drpda melayan kata2 org lebih baik buat kerje lain knnn.Setiap kerja akan berhasil hujungnya. Klu tak berhasil punn, ia mendatangkan pengalaman paling berharga. lama2 berhasillah

Layan Orang Giler akanJadi Giler. Layan suka org mengata akhirnya lebih pakar dari si pengata,Lebih baik diam dan sabar. Nak Lawan dan nak layan mmg tak terlayan kita.

Pilihlah Sabar..

At-Tirmidzi meriwayatkan, Nabi s.a.w. bersabda, " Sukakah aku beritakan padamu orang yg diharamkan masuk neraka?"

Jawab sahabat, "Ya khabarkan kepada kami ya Rasulullah."

Bersabda Nabi s.a.w., "Neraka itu haram atas tiap org yg lunak, ramah, lapang dada dan murah baik hubunganya."

Bermakna klu dikata mcm mana pun, sambut dgn senyum. Klu tak boleh senyum pun,releks sja,jgn kelam-kabut, jgn mengamuk.

Al-Khatib dalam kitab "Irsyadul llasabilirrasyad" meriwatkan, "Orang yg sabar itu mulia di dunia dan juga mulia di akhirat."

Jadi pilihlah sabar drp lawan. Lawan semakin menyakitkan hati, tapi sabar menjadi penawar hati. Berlawan dgn kebodohan, akan berakhir dgn kebodohan,sebaliknya ketenangan dan kebijaksanaan serta sentiasa untung.

Lihat kisah di bawah bagaimana sabarnya Nabi s.a.w yg ketika itu memakai serban buatan yg agak tebal pinggiran serban itu, tetiba dtg sorg Badwi yg menarik sarban itu dari leher Nabi s.a.w. kerana sgt kasar tarikan Badwi itu lalu dia berkata, "Ya Muhammad, berikan padaku dari harta Allah yg ada ditanganmu."

Maka Nabi s.a.w. menoleh pada Badwi itu dan tersenyum, kemudian menyuruh sahabat yang menjaga baitulmal supaya memberi pada Badwi apa yang dimintanya.

Peristiwa ini sepatutnya menjadi kayu pengukur pada maklum balas kita apabila berdepan dgn sikap2 yg tidak manis. Kelunakan akan sentiasa memadamkan keangkuhan.

Dunia akan aman oleh kesabaran berbanding keegoan. Hidup akan juga akan aman oleh berbanding pertentangan. hari ini kita tiada masa lagi untuk membuang2 waktu berdepan dgn kekalutan manusia sebab kekekalutan hidup sudah cukup banyak. Tenang, lunak. sabar dan mubar adalah benteng segalanya.

Sekarang fikirkan, apakah sikap kita selama ini apabila ada org mengata atau mengutuk kita? Kita berasa marah? Nak Mengamuk? Mahu belasah org tueee?..mcmmm nak giggittt jugakk org tueee?

Mampukah kita senyumm dan berdiam diri spt Nabi SAW?