Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu
terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi
taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama
sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu.
Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela.
Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama
mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang
dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai
seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan
sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung
mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut
dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah
kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu
dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan
dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari
nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat
sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan
atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai
pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau
tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang
matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai
menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak
dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak
menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan
wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka
bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali
juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah
hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan
merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat
aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan
diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua
lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak
cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan
mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang
cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun
perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki
biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita
yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata,
tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya.
Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk
dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri
Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai
rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah
diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita
serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu
mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara
beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa
kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita
agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain
pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan
bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan