Tangisan dan air mata selalu sinonim
dan seirama. Agak lucu jika menangis tanpa air mata, tangisan dan air
mata ibarat sebuah sebab akibat.
mengapa no love no cry?
Cinta selalu sinonim dengan kelembutan
hati setiap manusia, takkan pernah dapat menangis seorang manusia yang
hatinya sentiasa diliputi dengan amarah, benci, dendam. kelembutan hati
akan membawa pada sebuah suasana hati yang penuh empati, mudah
tersentuh.
Maka tanyalah pada orang-orang yang
sedang mencinta, mengapa mereka begitu mudah menitiskan air mata?
Menitikkan air mata untuk sesuatu yang mereka cintai, kerana sedang
disakiti oleh yang mereka cintai, atau sekadar bentuk pengharapan yang
ditujukan kepada yang mereka cintai. Tidak lain dan tidak bukan adalah
ketika telah mencintai, akan ada pautan dan jambatan hati, kepada
sesuatu tersebut, sehingga pada suatu tahap telah menjadikan sesuatu
tersebut tempat bergantung. Semua bermodalkan cinta.
Menangis, boleh jadi menjadi jalan
terakhir yang ditempuh, ketika badai kepahitan dan kesusahan yang
teramat sedang melanda. Jika tak ada “tempat” untuk menuangkan beban
yang menyesakkan dada, menangis dapat jadi alternatif. Menangislah, jika
harus menangis. Jika dengan menangis akan terbuang semua beban yang
menerpa hati dan perasaan. Menangislah jika dengan menangis kamu akan
bahagia. Menangislah jika dengan menangis akan mampu menikmati betapa
manisnya hidup manusia menempuh cubaan dan ujian Allah.
Menangislah.. Dan sila renungi untuk
siapa tangisanmu? Adakah untuk seorang manusia yang takkan pernah kekal
abadi rasa cintanya, untuk manusia yang selalu membuatkan hati kecewa.
Dan renungilah untuk siapa bentuk segala cinta dan tangisanmu?
Jika jawapanmu cinta dan tangisanmu
untuk Zat yang kekal abadi yang sentiasa mencurahkan Rahmat dan kasih
sayangNya pada manusia, maka amat beruntunglah kamu. Jika tangisan untuk
dosa yang telah dilakukan, semoga di ampuni dan Jika tangisan takut
akan api neraka, amat beruntunglah kamu.
“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotor oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Menurut Ibnu Qayyim Al Jauziyah ada 10 Jenis Tangis iaitu :
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8). Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan