Isnin, 23 Mei 2011

SEMUGA REZEKI SEDIKIT YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN ANDA, BUKAN REZEKI BANYAK YANG MENYENGSARAKAN ANDA ;-)


Apabila Allah menggelarkan keutamaan
yang terjadinya terlipat,
diberikanlah kesempatan untuknya
lisan orang yang dengki untuk berperanan
Umur anda yang dihitungkan adalah umur berisi dengan
kebahagian, kesenangan, keredhaan, ketenangan
dan kepuasan.
Sedangkan ketika bersikap rakus, tamak,
dan merasa gelisah, maka ia bukanlah
termasuk bahagia dari umur anda yang
hakiki, kerana ia telah mengancam kesihatan
dan kebahagiaan anda.

Maka
jagalah keredhaan anda pada Allah,
puas dengan pembahagian kurniaNya,
beriman kepada taqdirNya,
dan bersikap Optimis
dalam menghadapi masa depan.



Jadilah engkau seperti kupu-kupu,
ringan perwarakan, indah dipandang. sedikit bergantung pada yang lain,
terbang dari satu bunga ke satu bunga yang lain,
dari satu tangkai ke satu tangkai yang lain
dan
dari satu taman ke satu taman yang lain.



Atau..
jadilah seperti lebah, makan dari yang baik
dan
mengeluarkan yang baik.
Bila hinggap pada ranting, ia tidak mematahkannya,
menghisap sari bunga tanpa menyengatnya,
mengelurakan madu tanpa menengatnya juga,
terbang dengan membawa kecintaan
dan hinggap dengan membawa kasih sayang.
Ia mempunyai suara degungan bagaikan berita gembira
dan
suara desingan bagaikan ungkapan kepuasan
seakan-akan ia bagaikan malaikat yang ada dilangit
turun ke bumi dari alam yang kekal.



Bekalan:
Allah menyukai orang-orang yg suka bertaubat,
Keana mereka kembali kepadaNya
dan
Mengadukan perihalnya kepadaNya.

HITUNGLAH SEMUA NIKMAT ALLAH YANG TELAH DIKURNIAKAN KEPADA KITA...:-)



Sesungguhnya aku benar-benar berharap kepada Allah
sehingga dengan kesabaran yang baik
seakan-akan aku dapat melihat apa saja
yang telah dilakukan oleh Allah padaku


Bila anda tiba diwaktu pagi,
maka ingatlah bahawa pagi itu telah menyapa beribu-ribu
orang yang tidak beruntung,
sementara ada berada didalam kenikmatan.
Ia menyapa beribu-ribu orang yang dalam kelaparan
sementara anda berdiri kekenyangan.
Ia menyapa beribu-ribu orang yang tertawan,
sementara anda bebas dan merdeka.
Ia menyapa beribu-ribu orang yang tertimpa musibah
dan bencana
sementara anda selamat dan berbahagia.
Berapa banyak air mata yang berlinangan
di pipi seorang wanita,
berapa banyak derita di hati seorang ibu,
dan berapa keras jeritan di kerongkongan si kecil,
sementara kamu tersenyum lega,
Maka...
Pujilah Allah dan ucapkanlah
Alhamdulillah atas kasih sayang,
perhatian dan kurniaNya.




Duduklah anda dengan tenang,
lalu berterus teranglah kepada diri anda sendiri.
Ambillah mesin kira atau alat hitung lainnya
untuk memperincikan
sudah berapa banyak harta, nikmat,
kesenangan dan kegembiraan yang telah anda dapatkan.
Begitu pula..
hitunglah kecantikan, wang, anak-anak,
naungan, tempat tinggal, tanah air, ubat dan sebagainya.
Oleh kerana itu...
jalanilah hidup ini dengan senang,
bahagia dan hati yang terhibur.




Bekalan:


Belilah dengan wang anda..
Doa orang-orang fakir dan
kecintaan orang-orang miskin..

Jumaat, 20 Mei 2011

Sifat-sifat Cinta (Amek dari akuIslam) ;-)


Apakah itu cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
 
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
 
Sifat Cinta

Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. Untuk mengetahui dengan lebih dekat, kita perlulah tahu sifat - sifat cinta :
 
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke

dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari

cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya

setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta

itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci

murni serta putih bersih.

 
Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan

manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia

menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan

dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk

dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang

dicintai.
 
Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan

cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik

malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari

diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang

dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai

dan secucuk dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal

balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi

juga menerima.

 
Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya

khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain.

Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi, dalam pada

ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
 

Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu

siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh

jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu

apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu

akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

 
Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh

layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar

cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang,

benci, cemburu, gembira, sedih, tenang,tertekan ,ketawa dan menangis.

Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang

berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup

walaupun telah mati.

 
Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta

bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan

cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa

Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka

yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.

Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang

tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

 
Cinta Itu Mempersona

Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta

itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagai-

mana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum

pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya

comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat

cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila

bercinta. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya mempersonakannya

dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan

menodai cinta itu sendiri.

 
Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak boleh dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

 

Apakah itu Bukti Cinta?

 
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
 
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu, apakah yang tinggal pada anda?

Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
 
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
 
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”

- Saidina Umar Ibnul Khattab -


Rabu, 18 Mei 2011

Anda Adalah Orang Yang Beruntung Dalam Keadaan Apa Pun

SIAPAKAH YANG MEMPERKENANKAN DOA
ORANG YANG BERADA DALAM 
KESULITAN APABILA DIA BERDOA
KEPADANYA (AN-NAML:62)

"Katakanlah kepada orang yang
mencela kami
kerana pengantikan masa,
kecuali hanyalah orang yang terancam oleh bahayanya."
 
Berharaplah yang baik dari Allah, bila anda merasa sedih, gelisah
atau gundah-gulana. Dan ketahuilah
bahawa ia adalah sebahagian dari penebus dosa.
Bila anda kehilangan seorang anak
makaketahuilah bahawa dia akan menjadi syafaat bagi anak kelak
dihadapan Allah.
Bila anda menderita cacat atau 
penyakit ditubuh anda,
maka ketahuilah
bahawa masing-masing pahalanya 
telah tersimpan disisi Allah.
 
Rasa lapar itu akan dibalas
dengan pahalaNya, rasa sakit akan
dibalas dengan ganjaranNya, dan juga kemiskinan
akan dibalas pahala dari Allah.
Tidak akan ada yang hilang di sisi
Yang maha Esa.
Allah selalunya menjaganya, seperti
menjaga titipan yang akan ia penuh di akhirat kelak.
 
 
Bekalan:
Solat Menjamin Kelapangan Dada
Pelakunya dan Mengusir
Segala Kesedihannya
 

Isnin, 2 Mei 2011

Wanita Ibarat Epal amek dari akuislam. :-D


Suatu saat di pagi yang cerah. Angin bertiup tenang. Sinar mentari lembut menerangi alam.Tetapi sayang, itu semua tidak dapat meredam kegundahan hati sebuah epal yang berada tinggi nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. Tapi… kenapa aku tidak dipetik orang?
epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga?
Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan – rakannya yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang. Apakah kekurangan diriku?
Perasaan rendah diri mulai merasuk. Makin lama makin kuat, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak terbendung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan menggugurkan dirinya ke tanah. Ketika sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.
Epal menanti manusia beruntung itu. Sayang sekali, sehingga malam tiba, tiada seorang pun datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar menjadi risau dan sedih.
Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk diatas tanah menjadi makanan ulat dan serangga. Membusuk dan dipijak – pijak  manusia.”
Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik, dijamah dan diambil orang. Tapi epal yang berkualiti, tidak terjangkau dan sulit dijamah orang. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah Keimanan dan ketakwaannya. Apabila hilang iman dan takwanya, hancurlah pesonanya. Wanita sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.
Wahai wanita yang solehah  tinggi martabatnya… yang terpelihara kehormatan dan izzahnya.
Bersabarlah! Disaat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu. Janganlah kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. Seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. Tungulah, Allah pasti mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh dipanjat dengan tangga keimanan dan ketakwaaan seseorang.

Ya Allah… Ku tahu, betapa banyak “perhiasan dunia terindah ini” mulai gundah. Gelisah menantikan seseorang. Sepertiga abad penantian kadangkala tidak cukup mendatangkan si pemetik epal yang dinantikan. Wahai zat yang menguasai seluruh makhluk, jangan biarkan wanita-wanita mulia ini lelah di ketinggian, hingga dia menjatuhkan diri tersungkur dari kemuliaan. Teguhkan hati mereka. Selamatkan mereka.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya mereka sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepada mereka… Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada wanita-wanita solehah jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati.