Selasa, 28 Disember 2010

6 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat (Amek dari post Tok Wan 2 di FB) ;-D


Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang... dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”

*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”

*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”

* (Sahih Muslim no. 469)


3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”

*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf”

*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu”

*(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”

*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Salam Ukhuwah..~Lihat seterusnya..

Ahad, 26 Disember 2010

Wuduk Zahir dan Batin..(Amek dari FB Tok Wan 2..:-D)


WUDUK ZAHIR & BATINSeorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan ...khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.


Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-


* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki."


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:


1.aku sedang berhadapan dengan Allah,

2.Syurga di sebelah kananku,

3.Neraka di sebelah kiriku,

4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham ! maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Salam Ukhuwah..


Siapa Kita...(Amek dari FB Tok Deanz..:-D)

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini...

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?



Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Selasa, 7 Disember 2010

Hati Seorang Wanita..(Amek dari email DSJ-Mcm2ada)

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.


2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9.Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.


** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.




Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA"

Isnin, 6 Disember 2010

Manisnya Tahajud (Amek dari email DSJ-Mcm2ada)

"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.



Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.


Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."


Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.


Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya.


Sabda Rasulullah bermaksud:


"Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."


Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."


Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hamba-Nya yang menghidupkan malam.


Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."


Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan manusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


"Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."

Isnin, 29 November 2010

Diet Rasuluallah -Amek dari email Haven (lagudanirama)

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.


Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Ahad, 28 November 2010

Sebab Hati Tak Bahagia (Amek dari Email DSJ mcm2ada)

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA
MAZMUMMAH DI DALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :
1. Pemarah

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak
di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)


2. Pendendam

Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..) 3. Hasad dengki

Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll.dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)


*** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


5. Tamak

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak! lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita
bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu
disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego

Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader
egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari
peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.

9. Cinta dunia

Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana
bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah


**Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya

disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.




_,_._,___

Selasa, 23 November 2010

Kisah (amek dari email Ira-Lagudanirama)



Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetekpengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yangmelaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaandankompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaanmenutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapatimelakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagikesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garispanduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorangustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, keranahukumandan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.


Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seoranggadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di PasarayaBilliontelah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia punkenadenda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni punbagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhiperaturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturanmajlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalasdengannikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nantitaksempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan MahaPenyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "KalauTuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakansyurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dahpanas telinga, tak tahan dengarnasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakaitudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosakakidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik,kalauTuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji sayasekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang,lepasmati pun tak risau sebab gerentimasuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadipelacur.Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nantikitaberdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"


Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang diaterpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkaramacamtadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orangjahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orangjahatlebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan'lulus'percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogolakanbertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagikalaudia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. AdakahTuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.


"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.."rungutsi gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh kedianggapbaik?"


Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasihsesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.Sebabtu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yangmenzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah fahamsekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkansegala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesukahati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah danujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya,untukkebaikan diri kita jugak.


Assalamu'alaikum. "

Sabtu, 20 November 2010

Aktiviti spjng 20/11/2010

 Tepat jam 9.30 am aku bertolak ..(hurmmm bertolak keee..
bila nk sampaii klu tolak keteee..he he he he hee...)
:-P
ok laa aku drv sorg2 p ke satu bangunan yg terletak di
bandar JB..
di mana pada hari ini 20/11/2010 ada kelas donat
dan deco kek..dgn harga
yg sgt2 murahh...
RM 20 satu sesi...
jadi pagi hingga ptg..
cuma RM 40 sja...
tapiiiii..
sgt2 berbaloiii...
chef nya sgt frenly..tak lokek
ilmuu
semua dia jwb dgn ikhlas dan jujurr..
sygg kat chef tersebutt..
:-)
  


he he he sikit jer wajah chef dpt amek..
chef sgt pemaluu..
ishhh tak laaa..
tak maluu laa..
baikkkk sgt2..
siap request...
chefff...bolehh tak ajar sy buat deco kekk
sampai pandai...
pastu dgn lembut chef jwbb,,
tggk laa..buat masa ini..
i takder masa lagi..
nanti klu ada masa i call u..
ishhhhhh...
bestttnyaaa...
ajooo sampaii pandaii tueee...
yepeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..
bilaa laaa saat ituuu...
tak sabar rasanyaa..
lupa pulakk nk tanya..
tak nk org ramai2 laa chef.
bolehh takk..
cuma beberapa org sjaa..
sbb i nk buat sampai pandaii..
sampai chantikk...
tapii tak terkeluar pulakk..
maluu seyyy...
;-P.
npk sgt kegelojohan aku tuk dpt ilmuu
mendeco tuee...
hu hu hu hu
Dasarrrr...dah laa mata duitannn...
gelojohhh ilmuu pulakk tuee..
adehhh...
ishh bisa laaa
I'm a moneyy magnettt...!!!
knnnnnn
:-)


Deco cake nii...
aku yg request...
tapii..aku mintaa choc..melelehh tuee..
tapii Cheff..ckp..
i ajoo u..lebih dari melelehhh..
lagi chantikk..yg u tak pernah npkkk..
dan ini laa hasillnyaaa...
cutee knnnnn...
pastu aku tanya lagii..
kek siap2 yg cm gini..berapa harga dia chef..
dia kataa
dlm RM 55/pc
:-O

Ishhh bilaaa laa nk pandaii nihh...
bilaaa laaa leh kayooo dgn jual kek nihh
tak sabooo...
;-D  



Yg ni pula Blueberry pie..
sedapppp tauu..
chef siap tanya..pernah mkn takk
he he he he..
terus terang jer ckp
tak pernah cheff..
tak apee dia kataa..
i buat u all mkn yee..
terutama u laa..yg tak pernah mkn
he he he he..
tapiii mmg sedapp..
yg mcm nii 
chef ckp harga dia
tuk 7" dlm RM 60..
Wowwwwww...
tapiiiii..
tggk laa pulakk modal diaa.
mmg mahal bangaat adehh..
tak beli pn bahan2 dia
sbb terlalu mahal..
nanti laa klu dh cukup modal leh beli
dan try
buat kat umah..
jadikan produk terbaru aku..
buat yg kecik2 jerr..
Apa2 pn terima kasihh Cheff
byk sgt yg di ajarr
dgn RM40 tue..
siap ada extra resepii
lagii
.semuga chef sihat sentiasa..
dan dpt mengajar 
byk lagi resepi 
dan teknik ya..
:-)  

Khamis, 11 November 2010

Kuasa Perempuan (amek dari email DSJ)




KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN*

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.


KUASA LAYANAN PEREMPUAN*

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.




KUASA DOA PEREMPUAN*

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya "Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”



KUASA TAQWA PEREMPUAN*

Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."


Fadhilat Solat Sunat Dhuha...(amek dari email slyamir)



SOLAT SUNAT DHUHA




Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ


Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

نْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ


drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."


Rasulullah bersabda lagi,
Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani


Niat Solat Dhuha

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1022x215.
sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali.



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1023x186.


"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar,


tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian


sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1023x381.

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu,


kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit


maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.


Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir


maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,


kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga


dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."


__________________

Rabu, 10 November 2010

Rezeki

Telah banyak kali rasanya disebutkan oleh ribuan malah jutaan ilmuan Islam di seluruh dunia, bahawa menderma dan bersedeqah itu menambahkan rezeki dan bukan mengurangkannya.

Namun sudah tentu akan tetap wujud individu yang masih belum mampu memperolehi keyakinan bahawa rezekinya akan bertambah apabila menghulurkan sejumlah wang yang diusahakan dengan penat lelah itu.


Ini berlaku biasanya, disebabkan oleh minda individu terbabit yang mengecilkan skop rezeki hanya kepada penilaian naik turun harta dan wang di hadapan mata. Akibat dari itu, apa yang berkurang akan dirasa sentiasa menurun. Perasaan itu terus menerus mengunci dirinya untuk bersedeqah dan menyumbang, malah lebih serius apabila ada sebahagiannya menahan diri dari berbelanja untuk diri dan keluarganya.

MAKSUD REZEKI DALAM ISLAM


Bagaimana sebenarnya maksud rezeki di dalam Islam?

Rezeki di dalam Islam bukan hanya terhad kepada wang dan harta. Jangkauan rezeki yang disebut oleh Allah ta'ala dan Rasulullah terlalu amat luas meliputi rezeki yang rencam. Hakikatnya orang yang ‘memberi' dan menyumbang akan memperolehi pulangan dari Allah dalam bentuk yang amat pelbagai, juga mencakupi material dan spiritual.

Namun sebelum itu, perlu difahami, sebagaimana rezeki yang tidak boleh dikecilkan skopnya hanya kepada harta, begitu juga ‘pemberian' dan ‘sumbangan' yang juga tidak terhad kepada wang dan harta. Ia sangat nyata sebagaimana yang pernah saya tuliskan petikan hadis Nabi Muhammad dalam artikel saya sebelum ini . Bahawa mengajak orang kepada kebaikan dan melarangnya dari kemungkaran adalah sebuah pemberian berharga, membantu mereka yang melakukan kerja yang baik itu pemberian, dan menahan diri dari melakukan maksiat itu sendiri merupakan sebuah pemberian amat bermakna.


Apa yang jelas, semua jenis ‘pemberian' dan ‘sumbangan' itu adalah amalan kebajikan apabila ia menepati dua syarat yang paling minima iaitu :-


1) Ikhlas kerana Allah

2) Ia berupa sumbangan ke arah kebaikan berdasarkan penilaian hukum Islam.

Justeru, apa sahaja yang disumbangkan, sama ada idea, ilmu, teguran, nasihat, tenaga untuk kerja, masa, perasaan, emosi dan sebagainya untuk membawa kebaikan untuk Islam, ia adalah sumber terbukanya rezeki di sisi Islam. Ia juga merupakan sumber kewujudan unsur ‘berkat' di dalam kehidupan dan harta.

Setinggi-tinggi darjat insan soleh, dia mampu mengekang dirinya di ketika menyumbang dari terpengaruh oleh fikiran atau bisikan seperti, "apa balasannya di dunia"?.

Apa yang akan menjadi dorongan dan motivasi utama hanyalah apa yang bakal diperolehi di akhirat. Bukan ganjaran di dunia yag difikirkan. Apa yang diinginkan untuk dunianya hanyalah memperolehi rezeki yang BARAKAH atau berkat.

Menurut para ulama ‘barakah' atau berkat itu adalah :-

هي ثبوت الخير الإلهي في الشيء؛ فإنها إذا حلت في قليل كثرته، وإذا حلت في كثير نفع، ومن أعظم ثمار البركة في الأمور كلها إستعمالها في طاعة الله عز وجل.


Ertinya : iaitu kepastian kebaikan disisi Ilahi pada sesuatu perkara, yang mana apabila ia jatuh kepada perkara yang sedikit ia akan menambah banyakkan ia, dan apabila ia jatuh kepada yang banyak, ia akan menambah manfaatnya, dan sehebat-hebat hasil keberkatan dalam seluruh perkara adalah apabila ia digunakan kembali untuk membawa ketaatan kepada Allah azza wa jalla.

Walaupun begitu, tidak ramai manusia yang mampu mencapai darjat tersebut, dan masih ramai individu soleh yang melakukan kebaikan, namun masih sering terfikir-fikir tentang ganjaran buatnya untuk dinikmati di dunia ini lagi.


WHAT YOU GET BACK?


Hasilnya, ramai yang bertanya berkenaan ‘what will you get back?'

Bagi membuka minda kita semua akan bentuk-bentuk balasan yang mampu diperoleh hasil dari segala sumbangan kebaikan yang kita lakukan di dunia ini. Secara ringkas, saya bahagikan ganjaran yang boleh diperolehi sejak dari alam dunia ini lagi, semua ganjaran-ganjaran ini mempunyai dalil dan athar yang tersendiri, namun bagi mengelakkan terlalu panjang, saya tidak menyertakan semua dalilnya. Balasan tersebut adalah seperti berikut :-

a. Keberkatan dalam kehidupan berkeluarga

· Rumahtangga kita didamaikan oleh Allah dari sebarang pergaduhan besar yang meruntuh kepercayaan dan kebahagian si suami, isteri dan anak.

· Hati dan fikiran dikurniakan ketenangan yang akhirnya memberikan kesan positif kepada produktiviti kita di tempat kerja dan tugas, lalu mendapat kenaikan gaji dan pangkat.

b. Kesihatan
· Allah selamatkan kita dan keluarga dari penyakit.

Nabi bersabda :

صنائع المعروف تقي مصارع السوء والآفات والهلكات

Ertinya : Perlakuan perkara kebaikan mampu menghalang dari terjerumus dalam keburukan, kecatatan dan kebinasaan. (At-Tabrani, Al-Haitahami : sanadnya Hasan)

· Kita diselamatkan dari kemalangan dan bencana seperti di jalanraya, di dalam rumah, luar rumah, di tempat kerja dan sebagainya. Namun perlu diingat, ADA JUGA TERDAPAT HARTA YANG BERKAT TETAPI DITIMPA MUSIBAH DAN BENCANA, namun tanda berkatnya ia adalah bencana dan musibah itu membawanya lebih hampir kepada Allah dan bukan semakin jauh. Itulah fungsi keberkatan harta itu, ia hilang dan ditimpa musibah sebagai asbab untuk kebaikan tuan miliknya.JUSTERU, bukan tugas kita untuk menuduh harat si polan itu berkat atau tidak berkat setiap kali ditimpa musibah kerana kita TIDAK TAHU HAKIKAT SEBENARNYA.

· Dikurniakan zuriat yang sihat dan jika sakit sekalipun, ia tidak seteruk mereka yang lebih parah sakitnya.

c. Harta

· Dihindar dari mendapat kerjaya yang haram dan terselamat dari sebarang jawatan atau kenaikan pangkat yang memudaratkan masa hadapan. Perlu diingat bukan semua kenaikan pangkat itu baik untuk hati dan jiwa manusia, ada sebahagian besar jawatan yang menghancur dan mengubah habis jiwa kebaikan dalam diri seseorang kepada jiwa penerima rasuah, tamak, rakus kuasa dan sebagainya.

· Direndahkan minat dan nafsu kepada harta dan pendapatan haram serta diberi kekuatan untuk istiqamah dalam yang halal. Inilah yang boleh digelar sebagai salah satu dari cabang ‘zuhud', iaitu kebebasan jiwa dan hati dari keterikatan dengan harta dunia. Jika diperolehi, syukur dipanjatkan, jika ia hilang dan pergi tidaklah terlalu ditangisi.

· Diberikan rasa cukup dan selesa dengan pendapatan yang diperolehi kini walau zahirnya kelihatan kurang mencukupi. Inilah dinamakan oleh ulama tasauf sebagai Qana'ah iaitu berasa cukup dengan apa yang telah ada, tetapi tidak henti untuk terus menerus memperbaiki diri dan kerja.
enderaan yang digunakannya jauh lebih baik dari kenderaan yang jauh lebih mahal darinya. Begitu juga harta-hartanya yang lain seperti rumah dan lokasinya, diberi rezeki oleh Allah untuk berada di persekitaran yang baik, berjiran dengan mereka yang tidak menimbulkan banyak masalah.

· Sumber pendapatan tambahan boleh datang secara tanpa disangka-sangka. Ia tidak semestinya dalam masa terdekat, ia mungkin berlaku 10 atau 20 tahun akan datang. Ini termasuklah di dalam tawaran Allah yang disebut di dalam durah at-Talaq, yang dinamakan oleh ramai sebagai ayat seribu dinar :


وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Ertinya : Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. ( At-Talaq : 2-3)

Namun perlu diperhati sejelas-jelasnya, ayat di atas mensyaratkan seseorang untuk menjadi ‘BERTAQWA' sebagai jalan dibuka jalan kemudahan dan kebaikan dari pelbagai sumber tidak dijangka. Tidaklah sama sekali tepat pandangan ramai yang mengaitkan ‘gantung' ayat tersebut di rumah dan kedai sebagai cara meningkatkan rezeki dan pendapatan, tanpa bersifat taqwa di dalam kerjaya, perniagaan dan tugasan. Sedangkan hakikatnya, taqwa itulah kuncinya, bukan dengan menggantung ayat tersebut dan sebagainya.

Ibn Abbas menegaskan maksud jalan keluar di atas sebagai jalan keluar dari perkara syubhat di dunia, jalan keluar untuk menghadapi kematian, dan kesukaran di hari kiamat. (Tafsir Al-Qurtubi)

d. Sekeliling yang baik
· Dipermudah oleh Allah untuk berada di tempat dan persekitaran yang baik dan tidak merbahaya untuk diri dan keluarga.

· Kewujudannya menjadi pelopor kepada kebaikan mereka yang disekitarnya, penyekat kepada kemaksiatan. Ia bertepatan dengan sebuah sabdaan Nabi:

إن من الناس مفاتيح للخير مغاليق للشر وإن من الناس مفاتيح للشر مغاليق للخير فطوبى لمن جعل الله مفاتيح الخير على يديه وويل لمن جعل الله مفاتيح الشر على يديه

Ertinya : Dari kalangan manusia ada yang menjadi kunci kebaikan dan penutup serta penghalang kepada kejahatan. Dan ada pula yang menjadi kunci kejahatan dan penutup kebaikan, bergembiralah bagi sesiapa yang dijadikan oleh Allah sebagai kunci kebaikan di tangannya, dan celakalah mereka yang kunci kejahatan di tangannya ( Riwayat Ibn Majah : Sohih )

KESIMPULAN

MashaAllah, terlalu banyak cara dan kaedah untuk Allah membalas baik sangka hambaNya dan amalan kebaikan hambaNya. Sama ada di dunia atau akhirat.

Lalu apa yang menjadi penghalang kini hanyalah ‘hati' masing-masing.

Jika hati itu masih belum mampu menyakini maha Pemurahnya Allah ta'ala.
Masih belum boleh menyakini Allah akan membalasnya.
Masih belum yakin wujudnya Allah dan ganjaran kebaikan-Nya.

Selagi itu, seseorang itu akan sentiasa dihambat pelbagai perasaan tamak, kedekut dan malas ketika ingin memberi.

Jalan awal penyakit tersebut adalah ‘malas' dan dikuti berterusan melakukan dosa dan berasa jalan ‘dosa' itu adalah cara pendapatan yang terbaik baginya.

Saya teringat, tatkala saya mengingatkan orang ramai perihal pelaburan haram, skim haram, skim cepat kaya, money game, skim piramid wang, MLM yang haram dan sebagainya, lalu berteriaklah beberapa orang yang tidak berpuas hati seraya berkata :

"Kami orang susah, ustaz bolehlah kata itu dan ini...cuba ustaz duduk di tempat kami selaku individu yang kurang berpendidikan, kerja berat tapi gaji sedikit. Itulah sahaja cara yang mudah untuk kami menambah pendapatan"

Individu seperti ini tidak sama sekali sedar, keterlibatannya dalam perkara haram HANYA AKAN LEBIH MENAMBAH JAUHNYA DIA DARI SEBARANG REZEKI HARTA DAN KETENANGAN. Nabi pernah bersabda :

لا يزيد في العمر إلا البرولا يرد القدر إلا بالدعاء وإن الرجل ليحرم الرزق للخطيئة يعملها

Ertinya : Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan[1], dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu'allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu DITAHAN REZEKINYA disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya" ( Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)
Justeru, jangan jadikan posisi kesukaran diri di waktu ini sebagai excuse untuk melibatkan diri dalam perkara yang haram, kerana ia sama sekali bukan jalan keluar tetapi ia jalan buntu dan hanya akan melebarkan bencana terhadap diri dan keluarga.

Imam Ibn Kathir pernah mengulas bahawa apabila manusia melupakan soal dosa pahala dalam harta dan kehidupan mereka maka

وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ

Ertinya : Tetapi mereka telah mendustakan ( tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan (Al-A'raf : 96 )

PERKEMBANGAN POTENSI, JANGAN ASYIK MEMBUAT ‘EXCUSE'

Apa yang perlu dilakukan adalah memanfaatkan duit simpanannya untuk mempelajari ilmu yang boleh digunakan untuk memperkembang potensi diri, bukan dengan menceburi skim-skim haram itu. Dan kemudian mengemukan alas an serta excuses yang pelbagai. Lihat ulama tabi'en berkata :

من طلب العلم تكفل الله برزقه

Ertinya : Barangsiapa yang menuntut ilmu Allah seolah telah menjamin rezekinya ( Kanzul Ummal, 10/139)

Ilmu itulah yang akan menerangkan kita jalan untuk bekerja dengan sebaik mungkin, dalam keadaan halal dan seterusnya membuka lebih banyak pintu rezeki. Semua ini perlu dilakukan tanpa malas. Atas dasar itu Nabi mengingatkan :-

لو أنكم توكلون على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصاً وتروح بطاناً

Ertinya : Kalau kamu benar-benar bertawakkal kepada Allah, nescaya akan diberikan rezeki kepadamu sebagaimana diberikan rezeki kepada burung-burung, yang keluar dengan perut lapar di pagi hari, pulang dalam keadaan kenyang.

Para ulama menyebut dengan jelas lagi terang, maksud tawakkal dalam hadis di atas merujuk kepada usaha, ilmu dan bersungguh dan sesudah itu bersangka baik kepada Allah.

Sesiapa yang bersangka baik kepada Allah, Allah akan menunaikan sangkaan baiknya. Begitu juga sebaliknya.

Akhir sekali, Nabi menasihatkan seorang sahabat yang agak kerap memohon bantuan harta dari Nabi s.a.w:-

يا حكيم إنّ هذا المال خضرة حلوة فمن أخذه بسخاوة نفس بورك له فيه، ومن أخذه بإشراف نفس لم يبارك له فيه، كالذي يأكل ولا يشبع

Ertinya : Wahai Hakim, sesungguhnya harta merupakan seperti buahan yang subur, manis lagi disukai, barangsiapa yang mengambilnya dengan jiwa yang zuhud (dan tidak meminta-minta) nescaya akan diberkati baginya pada harta itu, barangsiapa mengambilnya dengan tinggi diri (serta tamak) tiada berkat di dalamnya, sebagaimana orang yang makan tetapi tidak kenyang" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Feel Gooddd....

Alhamdullilah Aminnn..

Shukuran Jazilannnn...Rezeki dari Allah...Aminnn..aminnn...
Dlm hati berdetik satu masa kemarinnn...lihat tudung yg sgt2 chantikkk...c'fon tri- layer..ada batu2 di atasnya (awningnyaa...) ada batu2 juga di sekitar permukaan tudungnyaa..Hatii berdetikk..chantikknyaa...tggk harganya berapaaaa...Adoiiiiii....hati berkataaa....mahalnyaaa...tapii chantikkkk sgt2..tudung yg melepasi dadaaa...w/pn c'fon tapii tidak jarangg..sbb dia 3 layerr..

Hurmmm...hatii berkata lagikkk...chantikknyeeeeeeeeeeeeee...sukaaanyaaaa..arituu beli yg dable layer sjaa..dgn kwnn...tggk kat Angsana 3 layerr tu chantikk sgt2..tapii hargaaa ...mula laa set mindaa..programm mindaa..."Aku Nak Tudung ituu....Aku Nakkkk...aku tak kira ..aku nak.. nak...nak... nakkkkkkk..jugaaaa...tak kisahhh bila aku leh dptt..."

Alhamdulilahhh aminnnn...Allah maha kayaa...Allah dengar jeritan batinn akuu..nakkk sgt2 tudung tuee..Dasarrr mataaa Duitan aku nihhhh...:-(..


tapiii..
Alhamdulilahhhh..Terima Kasihh Allahhh..terima kasihh Allahhh...hari ini..aku dpt tudung tuee..
aku pakai pnnn tudungg ituuu...tapiii
dgn harga yg jauhh lebihh murah dari harga di Angsanaaa...
Alhamdulilahh aminn...harga yg mampu aku beliii...Syukran2...amin2 ya-Allahhh...

Sahabatt baikk aku call.."tudung yg koo igau2 tueeeeee..aku adaaa nihhhhh...meh ar sini amekkk..karang aku amekk ko melepasss....nak ke tak nakkkk..mehhh.. mehh..mehh c nii..aku tugggu ko lepas balik kerjaaa...tak lupakan jalan p umah akuukannnn.., aku tunggu koo ...."

He he he he he..sukaanyaaa akuu..dpt tudung tuee..balik keje apa lagii terusss p umah diaa...dia pulakkk tak adaa...tanya mak dia..maana dia p ni makcikk...sya tunggu laaa kejap yee..he he he he..

tunggu 30 minitt baru dia balikk..dia senyumm jerr...sambil ckp.."Aku tahuu koo mmgg tghhh kemarukk knnn..so ..........aku tunjukan kat ko duluu laaa..aku tak masukn pn dlm fb aku..sukee laa tuhhhh...he he he he..."

mekacihh sahabatt yg tukang perabihh duit akuuuuuu....terima kasihh yeee..sbb merealisasikan impian aku nk kn tudung itu...:-)



nge nge nge ngeeee...post kali nii tak der citer lain ekk..citer pasal tudung tu jeee..yerlaa tudung baruu...asik citer jerr laaa..mulaa laa perasan mcm tuan puteri lagiiiikkk pakai tudung berlayer2 ..c'fon lak tuhh..adehh...
tak pee laa bukn selalu beli tudungg..dlm sebulan dua kali jerrr...nge nge nge nge ngeee....:-P

Selasa, 9 November 2010

My Dear Herbalife (i luv u)



Aturan Pengambilan
(1) Shake

Sarapan Shake Herbalife

Makan Tengahari Makan seperti selalu

Makan Malam Shake Herbalife
atau
Sarapan Shake Herbalife

Makan Tengahari Shake Herbalife

Makan Malam Makan seperti selalu
atau

Sarapan Makan seperti selalu

Makan Tengahari Shake Herbalife

Makan Malam Shake Herbalife

*Aturannya, 2 Shake dan satu kali makan seperti biasa.

Nikmati makanan kita yang enak-enak, cuma cuba kurangkan makanan

yang berlemak tinggi seperti masakan bersantan, bergoreng dan

bergula tinggi.

Untuk yang berpuasa;

Sahur Shake Herbalife

Berbuka Berbuka seperti biasa

Jam 10-11 malam Shake Herbalife

*Shake akan memberikan rasa kenyang dan tenaga lebih lama. Mudah untuk kita

melaksanakan ibadah puasa dan tarawih kerana kesan dari nutrisi lengkap

akan memberikan tenaga yang lebih.

*Berat badan hilang paling banyak semasa puasa. Inilah keajaiban Ilahi yang

Maha Mengetahui"


(2) Tea Mix diambil 3-4 cawan sehari pada bila-bila masa.



(3) Air secukupnya, setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong

sekurang-kurangnya 1 liter

*Contoh: Berat 50kg, perlukan 2 liter air

*Praktikkan mengambil air yang cukup setiap hari, kalau boleh mulakan dari sekarang

dan anda akan rasa perbezaannya! Sukat berapa liter yang anda minum setiap hari.

Muhasabah diri dan perbaiki pencapaian pada keesokkannya.





Sedikit tips bagaimana untuk minum air secukupnya:

(1) Minum 2 teguk setiap 10 minit dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

*Anda akan minum 3 liter dalam tempoh tersebut!

(2) Masukkan air dalam botol-botol kecil dan kira berapa yang anda telah minum

*Jika botol besar, semangat mudah luntur

(3) Jika anda selalu minum seliter sahaja sehari atau kurang, cuba tambah

sedikit demi sedikit setiap hari (bukan sekali gus 3 liter). Tanamkan sikap

"Hari ini lebih baik dari semalam"

Fakta:

Tubuh akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan kumbuhan.

*Bayangkan jika anda cuma minum seliter sehari!

 
Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?

Otak kita mengandungi 90% air

*Lihat di sekolah, anak siapa yang selalu menjinjing botol air? Dan anak siapa yang selalunya bijak?

Otot kita 75% air

Tulang kita 22% air

Darah kita 83% air

Air menstabilkan suhu badan

Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel

Air melembabkan udara dalam paru-paru

Air meningkatkan kadar metabolisma!

Air melindungi organ-organ

Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik

Air melindungi dan melembabkan rawan

 
Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?

Tubuh selalu kepenatan

Sakit kepala yang kerap atau migrain

Sembelit

Ketegangan otot

Tekanan darah yang tidak seimbang

Masalah buah pinggang

Kulit kering

Risiko Kematian

Bagaimana saya boleh kurangkan berat badan dengan Herbalife Shake dan Tea Mix?
Tujuan utama produk Herbalife:

Mengurangkan pengambilan kalori melalui pengantian makanan, supaya kalori yang

dimakan kurang dari apa yang tubuh mampu bakar tetapi dalam masa yang sama

membekalkan tubuh dengan segala zat makanan yang badan perlukan

supaya tubuh berfungsi dengan baik.

Jika situasi ini berlaku setiap hari, tidak kira umur, jantina atau berat sekarang, anda akan

berjaya mengurangkan berat badan dengan efekfif dan selamat!

Lihat contoh dibawah untuk gambaran yang lebih jelas;

Fakta: Sepinggan mee goreng 770 kalori

Fakta: Secara purata, masyarakat Malaysia makan 1000 kalori sekali hidangan

Fakta: Herbalife Shake hanya bernilai 180 kalori

Fakta: Untuk langsingkan 1kg tubuh kena bakar 8000 kalori

Fakta: Wanita bakar 1800 kalori sehari

Fakta: Lelaki bakar 2200 kalori sehari

Kiraan pengambilan kalori (tanpa Herbalife)

Sarapan Nasi lemak + Teh Tarik 1000 kalori

Makan Tengahari Nasi campur + Teh O Ais 1100 kalori

Makan Malam Nasi campur + Air Kosong 1100 kalori

Jumlah kalori 3200 kalori

 
Kiraan pengambilan kalori (dengan Herbalife)

Sarapan Shake Herbalife 180 kalori

Makan Tengahari Nasi Campur + Teh O Ais 1100 kalori

Makan Malam Shake Herbalife 180 kalori

Jumlah Kalori 1460 kalori

Secara asasnya pembakaran lemak/kalori berlaku seperti berikut dengan amalan

Shake Herbalife 2 kali sehari dan sekali menikmati makanan kegemaran;

Wanita : 1800 - 1460 = 340 kalori dibakar setiap hari

Lelaki : 2200 - 1460 = 740 kalori dibakar setiap hari

*Erobik selama sejam = 405 kalori dibakar

(Kiraan untuk individu dengan berat 68kg)

Berapa KG saya boleh langsingkan dalam sebulan?

Wanita: 340 kalori X 30 hari = 10, 200 kalori = 1.3KG

Lelaki: 740 kalori X 30 hari = 22,200 kalori = 2.8KG

*Ini cuma kiraan asas, setiap individu berlainan tahap metabolismanya,

semasa program, otot dibina dan kadar metabolisma akan

meningkat, jumlah pengurangan berat badan akan berubah-ubah

mengikut individu.

Mengapa ada yang langsing sehingga 10kg dalam 30 hari?

Bagi individu yang mengambil Tea Mix, secawan Tea Mix akan membakar kalori

seperti kita melakukan erobik selama 20 minit!

Bagi individu yang kadar metabolismanya masih tinggi, berat akan turun dengan

lebih cepat kerana defisit kalori diantara yang dimakan dan dibakar badan secara semulajadi

adalah lebih besar.

Pilihan makanan yang tepat semasa menikmati makanan kegemaran sekali sehari

semasa program juga memberikan impak maksima.