Selasa, 9 November 2010

My Dear Herbalife (i luv u)



Aturan Pengambilan
(1) Shake

Sarapan Shake Herbalife

Makan Tengahari Makan seperti selalu

Makan Malam Shake Herbalife
atau
Sarapan Shake Herbalife

Makan Tengahari Shake Herbalife

Makan Malam Makan seperti selalu
atau

Sarapan Makan seperti selalu

Makan Tengahari Shake Herbalife

Makan Malam Shake Herbalife

*Aturannya, 2 Shake dan satu kali makan seperti biasa.

Nikmati makanan kita yang enak-enak, cuma cuba kurangkan makanan

yang berlemak tinggi seperti masakan bersantan, bergoreng dan

bergula tinggi.

Untuk yang berpuasa;

Sahur Shake Herbalife

Berbuka Berbuka seperti biasa

Jam 10-11 malam Shake Herbalife

*Shake akan memberikan rasa kenyang dan tenaga lebih lama. Mudah untuk kita

melaksanakan ibadah puasa dan tarawih kerana kesan dari nutrisi lengkap

akan memberikan tenaga yang lebih.

*Berat badan hilang paling banyak semasa puasa. Inilah keajaiban Ilahi yang

Maha Mengetahui"


(2) Tea Mix diambil 3-4 cawan sehari pada bila-bila masa.



(3) Air secukupnya, setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong

sekurang-kurangnya 1 liter

*Contoh: Berat 50kg, perlukan 2 liter air

*Praktikkan mengambil air yang cukup setiap hari, kalau boleh mulakan dari sekarang

dan anda akan rasa perbezaannya! Sukat berapa liter yang anda minum setiap hari.

Muhasabah diri dan perbaiki pencapaian pada keesokkannya.





Sedikit tips bagaimana untuk minum air secukupnya:

(1) Minum 2 teguk setiap 10 minit dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

*Anda akan minum 3 liter dalam tempoh tersebut!

(2) Masukkan air dalam botol-botol kecil dan kira berapa yang anda telah minum

*Jika botol besar, semangat mudah luntur

(3) Jika anda selalu minum seliter sahaja sehari atau kurang, cuba tambah

sedikit demi sedikit setiap hari (bukan sekali gus 3 liter). Tanamkan sikap

"Hari ini lebih baik dari semalam"

Fakta:

Tubuh akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan kumbuhan.

*Bayangkan jika anda cuma minum seliter sehari!

 
Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?

Otak kita mengandungi 90% air

*Lihat di sekolah, anak siapa yang selalu menjinjing botol air? Dan anak siapa yang selalunya bijak?

Otot kita 75% air

Tulang kita 22% air

Darah kita 83% air

Air menstabilkan suhu badan

Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel

Air melembabkan udara dalam paru-paru

Air meningkatkan kadar metabolisma!

Air melindungi organ-organ

Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik

Air melindungi dan melembabkan rawan

 
Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?

Tubuh selalu kepenatan

Sakit kepala yang kerap atau migrain

Sembelit

Ketegangan otot

Tekanan darah yang tidak seimbang

Masalah buah pinggang

Kulit kering

Risiko Kematian

Bagaimana saya boleh kurangkan berat badan dengan Herbalife Shake dan Tea Mix?
Tujuan utama produk Herbalife:

Mengurangkan pengambilan kalori melalui pengantian makanan, supaya kalori yang

dimakan kurang dari apa yang tubuh mampu bakar tetapi dalam masa yang sama

membekalkan tubuh dengan segala zat makanan yang badan perlukan

supaya tubuh berfungsi dengan baik.

Jika situasi ini berlaku setiap hari, tidak kira umur, jantina atau berat sekarang, anda akan

berjaya mengurangkan berat badan dengan efekfif dan selamat!

Lihat contoh dibawah untuk gambaran yang lebih jelas;

Fakta: Sepinggan mee goreng 770 kalori

Fakta: Secara purata, masyarakat Malaysia makan 1000 kalori sekali hidangan

Fakta: Herbalife Shake hanya bernilai 180 kalori

Fakta: Untuk langsingkan 1kg tubuh kena bakar 8000 kalori

Fakta: Wanita bakar 1800 kalori sehari

Fakta: Lelaki bakar 2200 kalori sehari

Kiraan pengambilan kalori (tanpa Herbalife)

Sarapan Nasi lemak + Teh Tarik 1000 kalori

Makan Tengahari Nasi campur + Teh O Ais 1100 kalori

Makan Malam Nasi campur + Air Kosong 1100 kalori

Jumlah kalori 3200 kalori

 
Kiraan pengambilan kalori (dengan Herbalife)

Sarapan Shake Herbalife 180 kalori

Makan Tengahari Nasi Campur + Teh O Ais 1100 kalori

Makan Malam Shake Herbalife 180 kalori

Jumlah Kalori 1460 kalori

Secara asasnya pembakaran lemak/kalori berlaku seperti berikut dengan amalan

Shake Herbalife 2 kali sehari dan sekali menikmati makanan kegemaran;

Wanita : 1800 - 1460 = 340 kalori dibakar setiap hari

Lelaki : 2200 - 1460 = 740 kalori dibakar setiap hari

*Erobik selama sejam = 405 kalori dibakar

(Kiraan untuk individu dengan berat 68kg)

Berapa KG saya boleh langsingkan dalam sebulan?

Wanita: 340 kalori X 30 hari = 10, 200 kalori = 1.3KG

Lelaki: 740 kalori X 30 hari = 22,200 kalori = 2.8KG

*Ini cuma kiraan asas, setiap individu berlainan tahap metabolismanya,

semasa program, otot dibina dan kadar metabolisma akan

meningkat, jumlah pengurangan berat badan akan berubah-ubah

mengikut individu.

Mengapa ada yang langsing sehingga 10kg dalam 30 hari?

Bagi individu yang mengambil Tea Mix, secawan Tea Mix akan membakar kalori

seperti kita melakukan erobik selama 20 minit!

Bagi individu yang kadar metabolismanya masih tinggi, berat akan turun dengan

lebih cepat kerana defisit kalori diantara yang dimakan dan dibakar badan secara semulajadi

adalah lebih besar.

Pilihan makanan yang tepat semasa menikmati makanan kegemaran sekali sehari

semasa program juga memberikan impak maksima.

Tiada ulasan: