Isnin, 24 November 2014

Epal ooo epal pulakk... :D

Arini citer pasal mkn buah2an jee..
tgh mkn buah laa kataknn..
ngeeee...
Siapa suka makan epal hijau? 
saya kalau makan epal hijau pasti nk cicah dengan asam atau garam...
atau sy blendkan + daun belali Gajah...:D
Memakan sebiji epal hijau setiap hari perlu dijadikan amalan kerana ia mampu menurunkan berat badan dan mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau juga mengandungi zat besi...
 magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, 
vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Epal hijau lebih berkhasiat dimakan bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.



Malah epal hijau juga membantu MENCEGAH :

  • kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

Jom kita amalkan makan epal hijau setiap hari

Tomatoooo ooooo my tooooooomatooo... :D

Rasa macam dah lama  tak kongsikan apa2 artikel  kn ekk... 
Kali niii..  
nak kongsikan tentang khasiat tomato laaaa..hihihihihihi....
mentang-mentang baru makan tomato tadii.... 
tu yang terasa nak kongsi khasiat tomato..hehe
eh..!!  i'm telling da world i'm mkn tomatoooo laaa...tadii..
besttttttt..
rasaa dh nk jelitess dh nii...
:D
khasiat tomato
Khasiat Tomato Untuk Kesihatan
1) Melancarkan Sistem Pencernaan – Tomato mempunyai kandungan serat yang tinggi dan ianya amat sesuai untuk melancarkan sistem pencernaan badan kita.


2) Memperkuatkan Tulang – Buah tomato juga ada kandungan vitamin k yang tinggi yang mampu mencegah osteoperosis.
3) Mencegah Penyakit Kencing Manis (Diabetes) – Tomato membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah
4) Menjaga Kesihatan Mata – Sumber vitamin A yang terdapat dalam buah tomato membantu menajamkan penglihatan dan merawat kesihatan mata.
Khasiat Tomato Untuk Kecantikan
1) Mengecilkan liang pori – Jus tomato yang disapukan pada wajah boleh mengecilkan liang-liang pori.
2) Menurunkan Berat Badan – Amalan meminum atau memakan tomato dua kali sehari, membantu menurunkan berat badan.
3) Menyihatkan Rambut – Jus tomato yang dilumurkan pada rambut akan membuatkan rambut kelihatan lebih sihat dan bermaya.
4) Mencerahkan Kulit Yang Kusam – Kandungan vitamin A dan C dalam tomato mampu mencerahkan kulit yang kusam.
5) Menghilangkan Kelemumur – Sapukan tomato pada kulit kepala dan biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas. Jika diamalkan selalu, masalah kelemumur akan hilang.
Banyakkan khasiat yang terkandung dalam buah tomato nii..kita je tak tahu knn ekk...
... Sebenarnya sy tak berapa gemar makan tomato mentah. syy lebih suka makan tomato yang dah dimasak contohnya dalam asam pedas, atau dalam gulai.
 taaaaapiii.... bila memikirkan khasiat-khasiat yang terkandung dalam buah tomato tuu....
Ya Allah... rasa macam perlu juga amalkan memakan tomato...
soo sy mkn laaa..ngeee...
<3

Selasa, 7 Oktober 2014

Amalan Ketika Haid Dan Nifas

 Assalamualaikum wbtt...smt pagi..semuga hari bertambah2 ceria dgn menggembirakan kita semuaa...sesungguhnyaa..hanya dgn mengingati Allah swt ..hati akan menjadi tenangg....Allahu Akbarr.. <3


 Terlalu banyak amal-amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas. Antara amalan tersebut adalah:-
.
1)      Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan
2)      Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat
3)      Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.
4)      Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5)      Qiamullail menghidupkan mlm dengan :
a.      Bermunajat
 b.      Bertafakur
                                                           c.      Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.


6)      Memuhasabah dan menghitung diri
7)      Membaca zikir Asmaul Husna
8)      Bersujud ketika mendengar ayat sejadah
9)      Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis
10)  Membaca buku, majalah dan risalah agama.
11)  Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan
12)  Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran
13)  ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)
14)  Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)
15)  Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.
16)  Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik


17)  Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan
18)  Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah
19)  Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid
20)  Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri
21)  Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga
22)  Melaksanakan urusan rumah dan keluarga
23)  Sediakan makanan untuk orang bersahur
24)  Memberi makan orang yang berpuasa.
25)  Melakukan kerja-kerja rumah
26)  Berbakti kepada Orang Tua
27)  Perbanyak infaq dan sedekah
28)  Melakukan khidmat masyarakat.
29)  Melakukan perbincangan ilmiah
30)  Menjalankan kerja-kerja dakwah
31)  Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun
32)  Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim
33)  Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya
34)  Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)
35)  Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.


.
Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.
 Menurut pandangan Jumhur ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat; Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lisannya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah ﷺ bersabda; “Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran.” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan bersuara. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

Imam Malik pula berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi dan takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran..
.
Selain dari 35 amalan sunat di atas, pada hari pertama ‘keuzuran’ boleh juga dibaca ‘Doa Wanita Ketika Datang Haid
 

Ahad, 21 September 2014

Penyakit hati dan jiwa serta rawatannya~ Prof. Dr. Muhaya

Kuatnya sebatang pokok bergantung kepada akar tunjangnya. Jika akar tunjangnya kuat, walaupun dipukul ribut taufan, pokok tidak mudah tumbang. Demikianlah kekuatan fizikal manusia bergantung kepada hati. Jika hati kita kuat, walaupun sehebat mana cabaran dan dugaan yang dihadapi, kita tidak mudah rebah dan patah semangat. 

Bahkan baik atau buruk perangai manusia itu bergantung kepada hatinya. Sebagai mana hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotorlah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan itu ialah hati".
Sebab itulah jika kita hendak berubah atau tidak, daripada amalan hidup negatif kepada positif, bergantung kepada hati. Kita tidak akan nampak diri kita salah, jika hati kita masih belum terbuka atau 'buta mata hati'. Kesedaran untuk membuat perubahan diri akan timbul apabila hati kita bersih. Iaitu bersih daripada 10 penyakit hati dan jiwa yang menyerlahkan perasaan negatif dalam diri kita.
Pertama, ujub. Iaitu perasaan kagum terhadap diri sendiri. Berasa diri kita terlalu baik dan hebat berbanding orang lain. Ubatlah penyakit hati ini dengan menjadi pemerhati kepada diri sendiri, dengan bermuhasabah mencari kekurangan dalam usaha menambah ketakwaan. 

Elakkan daripada menjadi pemerhati orang lain dengan tujuan untuk menilai, menghukum dan membuat perbandingan antara amalan orang lain dengan diri sendiri. Ikhlaskan diri dalam segala amalan kerana Allah, dan jangan mengharapkan penghargaan manusia. Dunia dalaman kita menentukan dunia luaran kita. Jangan malu kepada manusia, tetapi malulah kepada Allah, serta hentikan sebut perkataan, "apa orang kata."
Kedua, perasaan sombong iaitu tinggi hati, angkuh, riak dan bongkak. Berasa segala kejayaan kita adalah kerana kehebatan kita, hingga melupakan kuasa Allah Yang Tinggi. Berani melakukan dosa dan meninggalkan suruhan-Nya. Menurut Al-Bukhari, "orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan santai dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangannya. Adapun orang Mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan dia duduk di bawah kaki gunung yang akan menghempapnya."


Menghargai
Ketiga, perasaan iri hati dan dengki. Iaitu tidak boleh melihat orang lain lebih daripadanya, sentiasa hendak bersaing, tidak bersyukur dan sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita telah ada, tetapi sibuk mempersoalkan apa yang kita belum ada.
Orang yang menjaga kebersihan hatinya, setiap hari akan lihat apa yang difokuskannya? Kesyukuran atau kesukaran? Apa yang kita fokuskan akan menentukan kualiti hidup kita. Marilah menjaga hati kita daripada penyakit dengki. Selalunya orang akan mengata atau mengumpat orang yang mereka dengki.

Keempat, bersangka buruk. Orang yang bersih hatinya akan hidup dengan penuh ikhlas dan memperbanyak kasih sayang kepada dirinya dan orang lain. Membuang semua perasaan negatif dan tidak sekali-kali berfikir negatif tentang sesiapa. Sibuk memperbaiki diri sendiri sehingga tidak nampak keburukan orang lain.
Kelima, perasaan ego. Orang yang ego sebenarnya ada perasaan rendah diri yang tersembunyi dalam dirinya. Oleh itu bina keyakinan diri dengan mencari reda Allah SWT, supaya dapat menghilangkan rasa ego dan sombong. Sibukkan diri menghargai, bukan mencari penghargaan. Manusia yang paling tenang bebas daripada penghargaan manusia, hanya kasih Allah yang dicari. Lebih baik kita dianggap bodoh tetapi benar, daripada dianggap cerdik tetapi berbohong.


Keenam, perasaan marah. Orang yang hebat bukanlah orang yang dapat membandingkan diri dengan kekuatan. Orang yang hebat ialah orang yang mampu mengendalikan nafsu marahnya ketika marah.
Ketujuh, perasaan takut dan risau. Lebih takut dan risau kepada peraturan manusia daripada hukum Allah. Risau dengan dunia ialah kegelapan hati dan risau dengan akhirat ialah cahaya bagi hati. Banyak orang yang tersalah jalan tetapi berasa tenang kerana banyak teman yang sama-sama salah, dengan mengikut jalan yang sama. Beranilah untuk menjadi benar walaupun kita bersendirian mengikut jalan yang lain. Jangan mengharap dunia berubah sebelum kita berubah. 


Kelapan, perasaan dendam. Dendam yang berpanjangan akan menjadi racun yang menjejaskan secara perlahan-lahan kesihatan diri kita. Sabar, reda dan maafkan semua kesalahan orang, itulah jalan keluar daripada penyakit hati dendam. Sabar itu pahit tetapi buahnya manis.
Kesembilan, bakhil dan kikir. Salah satu kunci syurga ialah murah hati dan baik budi. Sikap pemurah hati meluaskan rezeki, memanjangkan silaturahim dan menghindarkan musibah.


Kesepuluh, terlalu mengikut perasaan. Segala tindakan tidak berlandaskan fikiran. Dalam tubuh manusia ada sel aktivasi, otak yang mempengaruhi emosi kita dan apa yang kita lihat. Apa yang kita lihat dan dengar semua masuk pada mata kita. Sebenarnya apa yang kita lihat bukan hanya dengan mata, tetapi kita melihat melalui mata dengan hati dan otak.
Sebab itulah dalam Jurnal Senyumlah Wahai Hati, terbitan As-Sohwah, disarankan rawatan hati mesti melalui lima perkara. Iaitu mengawal apa yang kita dengar melalui telinga, mengawal apa yang kita fikirkan melalui minda, mengawal apa yang kita perkatakan melalui mulut dan lidah, dan mengawal apa yang kita pandang melalui mata.


Akhirnya jurnal ini membimbing kita mengawal apa yang kita lakukan dalam kehidupan sehari melalui persekitaran (sama ada di tempat kerja, tempat belajar, antara keluarga/jiran tetangga, dan ibadah). Dapatkan jurnal ini, kerana dengan mencatat setiap hari apa yang kita lakukan yang memberi kesan kepada hati kita selama 30 hari, insya-Allah kita dapat mendidik diri kita ke arah yang positif. "Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak."

Rabu, 17 September 2014

Akhlak menunjukkan gambaran hati..Dr. Muhaya mohamad ( sgt2 insprasi pada diri... :) )

Orang yang 'celik mata hati'nya, akan nampak jauh hingga kehidupan di akhirat, kerana apa yang kita semai itulah yang kita akan tuai. Jika kita semai kebaikan, kebaikanlah yang kita dapat. Jika kita mempamerkan nilai diri yang baik, tentunya nilai diri kita juga akan baik. Oleh itu tingkatkan nilai diri kita dengan memperbaiki diri terhadap apa-apa sahaja yang kita lakukan.
Nilai diri yang baik diukur melalui akhlak, dan akhlak yang baik memberikan gambaran hati kita yang baik. Seperti kata pepatah Melayu, "Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, lidah orang yang cerdik di belakang hatinya". Orang yang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang yang pandai berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Oleh itu jagalah hati kita; apabila hati terjaga mulut pun terjaga.

Jangan kita berasa diri kita ini lebih besar daripada sesiapa pun; kalau bercakap hendak menang sahaja, serta berasa kitalah yang pandai dan kita serba tahu, hingga langsung tidak mahu mendengar pandangan orang.
Berlemah lembutlah dalam komunikasi, jangan menggunakan kata-kata kesat walaupun ketika kita marah. Ingatlah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya." Jagalah perasaan orang lain jangan kerana mulut kita, hati orang terasa dan terserlah sifat ego kita. Jom audit diri, adakah kita seorang yang memiliki sikap ego?
Ciri-ciri orang yang keegoan tinggi ialah, suka marah, suka bersaing, kalau bercakap dia sahaja yang betul, sangat fikir apa orang kata, dia menilai dirinya berdasarkan pangkat dan kedudukan, dia merasakan segala yang terhasil itu adalah hasil titik peluhnya, dia seorang yang kedekut, dia ingin lebih daripada orang dan tidak boleh ada orang yang lebih daripadanya. Semua ciri-ciri ini, membuatkan hidup kita stres.
Islam mendidik kita menjaga akidah, ibadah dan akhlak. Kalau kita yakin ibadah khusus kita baik, akhlak kita juga akan baik. Khusyuk atau tidak ibadah kita, boleh dinilai dan dilihat daripada perangai kita selepas solat. 

Tiga peringkat dalam menjaga akhlak dengan sesama manusia pertama, menjaga dan menghormati diri kita, dengan tidak melakukan sesuatu yang tidak menjatuhkan martabat kita sebagai seorang insan dan seorang Islam. Kedua, menjaga akhlak kita dengan orang sekeliling kita. Mulakan dengan orang terdekat; dengan suami atau isteri, dengan anak-anak, dengan ibu dan bapa kita, dengan ibu dan bapa mentua kita, adik-beradik dan ipar-duai kita, dan pembantu rumah. Ketiga, menjaga akhlak dalam masyarakat.
Jadikan kasih sayang sebagai tunggak kebahagiaan hidup kita dalam rumah tangga, keluarga dan masyarakat serta jauhi kebencian. Bayangkan kasih sayang ini sebagai satu wangian atau 'air jernih' dan 'air bersih' yang mengalir dalam kehidupan kita, yang menyamankan suasana. Apabila ada kebencian, bermakna sudah ada 'air keladak' yang mencemari kehidupan kita. 

Jadilah orang yang suka bekerjasama. Apabila bercakap kita lebih hendak menjaga silaturahim, lebih daripada rasa kita hendak mempertahan pendapat kita, kecuali dalam bidang agama, kalau salah kita kena pertahankan. Sentiasa penuh kasih sayang, sentiasa melihat kebaikan dalam semua orang dan suasana. Sangat bermurah hati, baik hati dan suka membantu orang.
Kualiti kehidupan kita bergantung kepada kualiti komunikasi kita. Sebab dalam formula berkomunikasi, pengaruh dan kuasa 'perkataan' memberikan kesan 7%, 'intonasi' 38%, dan 'bahasa badan' 55%. Jagalah komunikasi kita jangan berkasar dan jangan terlalu lembut terutama bagi wanita hingga nampak kita hendak menggoda atau mengada-ngada.
Oleh itu kalau wanita berkomunikasi dengan bukan muhrim, kita mesti berkomunikasi dalam keadaan profesional. Janganlah kita buat aksi mengada-ngada dan gedik. Kita boleh bercakap dengan lemah lembut dan sopan santun. 

Di mana sahaja kita berada, ingat bahawa kita ini hamba Allah yang baik dan peganglah tiga prinsip. Pertama, bilakah waktu yang paling penting? Sekarang. Kedua, siapakah orang yang paling penting? Orang di hadapan kita atau yang paling dekat dengan kita, (keluarga). Ketiga, apakah amalan penting? Berbuat baik. Dengan tiga prinsip hidup ini, kita akan tahu bagaimanakah kita hendak bertindak, dan kita akan tahu yang mana satu kita hendak utamakan.
Jaga akhlak kita di mana-mana kita berada, sama ada di mata manusia apatah lagi pada pandangan Allah. Yakin bahawa Allah paling suka dengan orang yang berakhlak, seperti akhlak Nabi Muhammad SAW yang mulia akhlaknya. Sentiasalah kita menjaga keperibadian diri; berakhlak, senyum, memberi salam, menyapa dan bersopan-santun. Bersopan-santun dengan mendahulukan kepentingan orang daripada diri sendiri, kecuali dalam beberapa perkara tertentu. Berprasangka baik dengan semua orang atau masyarakat.

Jangan sesekali berfikir negatif tentang sesiapa kerana getaran fikiran kita akan sampai kepada orang yang kita fikirkan itu. Hantarkan kasih sayang dan hormat kepada semua orang dan cuba buat orang yang kita jumpa berasa mereka bernilai dan seronok tentang diri mereka dengan akhlak kita yang baik.

Bagi mengekalkan akhlak yang baik pertama, jadi insan dan hamba yang baik dahulu di sisi Allah. Kedua, ingat kita dijadikan sebagai khalifah, memimpin diri kita dahulu. Orang yang membangunkan dirinya, baru boleh membangunkan orang; orang yang bahagia sahaja yang boleh membahagiakan orang, dan orang yang betul dunia dalamannya sahaja, yang akan betul dunia luarannya. Ketiga, kita mengimarahkan dunia mengikut hukum Allah dan mengutama Allah. "Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak."

Khamis, 31 Julai 2014

Random Capture 10 mlm ramadhan terakhir 1435 h (2014)

Assalamualikum wbt...
smt menyambut Eid Mubarak ( Adil Fitri 2014) hari yg ke 4...
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Wa Ja’alanallahu Minal ‘Aidin Wal Faizin..
w/pun ramadhan dh meninggalkan sy 4 hari berlalu...
sy tetap nk abadikn 
foto2 yg sy sukeeeee sgt3 nii..
foto yg ada jiwa pada sy nii..
sy sukeee...<3
meeou..


 Gambar Random jee..
setelah sy tamat solat
8 rakaat jee..
ngee..
org3 ni buat 20 ..
bestkn ekk..
tapii..
terus terangg..
sy hanya larat buat 8 jee...
:D
 






















sy pasti merindui Ramadhan..
Ramadhan meninggalkan sy lagi selama setahunn..
sy tak pasti..
mmg tak pasti..
samaada sy dpt berjump alagi tak dgn kekasih sy ini pada tahun 1436..
cuma sy berharap..
sy dipjng kn usiaa..
diberikan kesihatan
tuk sy beribadat padaNya
sebaik mungkin dari tahun2 yg lepas..
Insha Allah ..
Aamin...