Arini citer pasal mkn buah2an jee..
tgh mkn buah laa kataknn..
ngeeee...
Siapa suka makan epal hijau?
saya kalau makan epal hijau pasti nk cicah dengan asam atau garam...
atau sy blendkan + daun belali Gajah...:D
Memakan sebiji epal hijau setiap hari perlu dijadikan amalan kerana
ia mampu menurunkan berat badan dan mengurangkan kadar kolesterol dalam
badan.
Epal hijau juga mengandungi zat besi...
magnesium, potasium, kalsium,
soldium, vitamin C,
vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat
yang mudah larut. Epal hijau lebih berkhasiat dimakan bersama dengan
kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah
kulitnya.
Malah epal hijau juga membantu MENCEGAH :
- kolesterol dalam dinding salur darah.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Membantu kesihatan membran paru-paru.
- Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
- Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
- Membantu mengekalkan berat badan.
- Mengurangkan tekanan penyakit asma.
- Mengurangkan risiko barah.
Jom kita amalkan makan epal hijau setiap hari