Rabu, 3 November 2010

Tenanglah Duhai Hati (Salinan dari mr-tazkirah) :-)


Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.


Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari.

Kita berdoa selalu pada Allah.

Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah.

Tapi..

kenapa susah sangat doa kita nak makbul?


Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"


Apa masalah kita?


Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada.


Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat.


Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada,

sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.


Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?


Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah.


Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita.


Tapi...,


lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita.


Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?


Cuba kita renung diri kita.


Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari?


Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya?


Itupun kalau ada sebut la..


Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah?


Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun.


Lepas tu...ada?


Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail.


Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur?


Hmm...entah la, tak ingat pulak.


Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam.


Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu?


Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye?


Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama.


Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.


Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah.


Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda.


Macam mana hati kita nak tenang?Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu.


Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Bila kita sygg kat org tuhh....(Amek dari email Fyumee..:-D)

BILA KITA SYG ORG TU

KITA TERIMA JE APA YG ORG TU KATA

TP BILA DIA KATA KITA?

HATI KATA TAKPE SEMUA MANUSIA TAK SEMPURNA



BILA KITA SYG ORG TU

KITA TUNGGU DIA LAMA PUN X PER

TP BILE DIA TUNGGU KITA??? DIA MARAH2

HATI KATA ALA ADATLAH ADA YANG MENUNGGU DAN DITUNGGU..



BILA KITA SYG ORG TU

KITA X TIDO PUN X PE JANJI LAYAN DIA YG TGH BOSAN,

TP BILA KITA BOSAN ADA DIA LAYAN KITA???

HATI KATA X PE DIA BUSY KOT..



BILA KITA SYG ORG TU

KITA GADUH NGAN DIA, KITA DIAM JE

TP DIA HEBOH 1 DUNIA

HATI KATE X PE, DIA TENSION TUU¿.



BILA KITA SYG ORG TU

KITA CALL NAK CAKAP DGN DIA

TP DIA GAYUT DGN ORG LAIN..

BILA JD CAMTU,

HATI KATA X PE, DIA ADA HAL NAK CAKAP DGN KWN DIA¿



BILA KITA SYG ORG TU

KITA BERCERITA DGN DIA, CERITA NGAN TUNGGUL LG BAIK

TP BILE DIA BERCERITA NGAN KITA..

KITA DGR,

TAKPELAH, TAKKAN DIA ASYIK NK BUAT SEMUA BENDA UTK KITA...



BILA KITA SYG ORG TU

KITA X SANGGUP TGK DIA DERITA

TP DIA X PRNH HARGAI DIRI KITA,

HATI KATA, TAU X BETAPA KITA SYGKAN DIA?



BILA KITA SYG ORG TU

KITA SANGGUP TINGGALKN DIA SELAMA2NYA UTK DIA BAHAGIA

TP ADAKAH DIA TAHU PENGORBANAN KITA??

HATI KATA, X PE, JANJI DIA BAHAGIA.....

Selasa, 2 November 2010

Bila Doa Kita cepat di Kabulkan oleh Allah :-)

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu,

Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."







Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik

Petua menjadi bahagia..:-)

Seringkali kita takut akan masa depan. Orang bilang saat ini adalah resesi global. Namun ada kunci kebahagiaan yang perlu kita lakukan sehingga hidup akan menjadi terasa nyaman. Perhatikan hal-hal sebagai berikut:


KESEHATAN

1. Minum air yang banyak.

2. Makan pagi seperti seorang raja, makan siang seperti pangeran dan makan malam seperti pengemis.

3. Utamakan makanan yang berasal dari tumbuhan dan kurangi makanan yang dihasilkan dari pabrik.

4. Hiduplah dengan 3 E yaitu Energy, Enthusiasm dan Empathy.

5. Sediakan waktu untuk berlatih meditasi,  dan berdoa.

6. Mainkan banyak game.

7. Lebih banyak membaca dibandingkan tahun sebelumnya.

8. Duduklah dalam keheningan minimal setiap hari 10 minit. Muasabah diri..memohon pd. Allah sejujur2nya dan seikhlas2nya..

9. Tidurlah selama 7 jam.

10. Ambil 10-30 minit untuk berjalan setiap hari. Lakukan itu sambil tersenyum.



KEPERIBADIAN

1. Jangan membandingkan hidupmu dengan orang lain.

2. Jangan ada pemikiran negative yang tidak boleh anda kendalikan. Lebih baik investasikan pada hal-hal yang positif.

3. Jangan terlalu berlebihan. Ingatlah batasan yang ada pada diri anda.

4. Jangan terlalu serius. Tak ada seorangpun yang melakukannya.

5. Jangan menghabiskan waktumu untuk gossip.

6. Lupakan hal yang telah lalu. Jangan mengingat kesalahan pasanganmu di masa lalu, yang menghalangi kebahagiaanmu dimasa yang akan datang.

7. Hidup ini sangat pendek untuk membenci orang lain. Jangan membenci.

8. Berdamailah dengan masa lalumu sehingga itu tidak merusak masa depanmu.

9. Tidak ada yang bertanggungjawab atas kebahagiaan anda selain diri anda.

10. Sadarilah bahwa hidup itu adalah sekolah dan anda hadir didunia untuk belajar.

11. Senyum dan tertawalah sebanyak mungkin.



SOSIAL

1. Bicaralah dengan keluargamu sesering mungkin.

2. Setiap hari berilah sesuatu yang baik kepada orang lain.

3. Maafkan setiap orang untuk segalanya.

4. Berikan waktu untuk mereka yang berusia diatas 70 dan dibawah 6 tahun.

5. Cobalah memberi senyum kepada paling sedikit 3 orang setiap hari.

6. Apa yang dipikirkan oleh orang lain bukanlah urusan anda.

7. Pekerjaanmu tidak akan memperdulikan ketika anda sakit. Tetaplah menjalin kontak dengan teman-teman.



KEHIDUPAN

1. Lakukan hal yang benar.

2. Apapun situasi yang kita hadapi, baik atau buruk, hal itu akan berubah.

3. Tak peduli apapun yang anda rasakan, bangunlah, berdandanlah dan tunjukan dirimu.

4. Ingatlah yang terbaik pasti akan datang.

5. Jika bangun di pagi hari, bersyukurlah kepada Tuhan.

6. Bersikaplah selalu gembira. Selalu Gembira.

Isnin, 1 November 2010

Mencantikan Perut dari Selulit

Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampakkan susuk badan yang cantik serta mudah untuk mengayakan pelbagai fesyen. Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang mengalami masalah perut buncit dan kulit perut berkedut selepas melahirkan anak.

Mengempiskan perut

Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi , mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.

Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Kebanyakkan Wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini.

Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan di ikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.

Masalah kulit perut berkedut

Kulit perut akan berkedut selepas melahirkan anak. Untuk mengatasi masalah ini amalkan petua:

Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu.

Tips Penjagaan Kulit Kaki :-O

Masalah tumit merekah juga boleh disebabkan keadaan persekitaran tempat kerja. Orang yang bekerja di tapak binaan menghadapi risiko lebih besar mengalami masalah ini kerana kaki menerima lebih tekanan.


Antara faktor lain yang boleh membawa kepada masalah ini ialah:

Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar.

Obesiti. Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan ia tersesar ke tepi. Kulit akan pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan ini.

Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit.

Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.

Kelenjar peluh yang tidak aktif.

Masalah kaki leper.

Memakai kasut yang terlalu ketat.

Kencing manis.


Sangat mudah untuk melihat masalah ini. Petanda paling jelas ialah wujudnya rekahan halus pada tumit. Kulit tumit biasanya menjadi tebal dan seolah-olah 'tumbuh' di keliling tumit.

Kulit ini biasanya berwarna kekuningan atau menjadi lebih gelap. Malah, kaki berasa gatal dan sakit apabila berjalan.

Bagaimanapun, jangan risau kerana masalah ini mudah dirawat. Jika rekahan pada tumit berdarah, perkara pertama perlu dilakukan ialah merawat luka terlebih dulu. Sebaik-baiknya mulakan rawatan sebaik garis halus pada tumit kelihatan kerana pada peringkat ini ia lebih mudah dihilangkan.

Rawatan boleh dimulakan dengan:

Bersihkan kaki pada setiap pagi dan malam (selepas semua aktiviti harian tamat). Kulit kaki juga perlu dibelai dengan mencuci menggunakan sabun yang lembut atau sabun anti bakteria membuat pengelupasan dan menyapukan pelembap.

Cara pengelupasan paling mudah ialah menggosok tumit dengan batu pumis (boleh dibeli di farmasi atau pasar raya). Gosok perlahan-lahan beberapa kali untuk menanggalkan kulit yang tebal.Jika rekahan tumit besar, gunakan berus yang dibuat daripada gentian semula jadi. Cuci bersih dan lap hingga kering, terutama di bahagian merekah.

Sapukan pelembap seperti losen atau minyak bayi.

Pakai stokin dibuat daripada kapas ketika bekerja.

Sebelum tidur, buat dua mandian untuk kaki iaitu mandian panas dan sejuk (masukkan air suam dan sejuk dalam dua besen berasingan). Tuangkan sedikit sabun antibakteria ke dalam kedua-dua besen. Rendam kaki dalam kedua-dua besen secara berselang seli. Ulang antara 10 hingga 15 minit.

Keringkan kaki dan sapukan losyen pelembap.

Pakai stokin kapas ketika tidur.

Ulang semua proses ini selama lima hari. Apabila kulit tumit menjadi lembut, proses membersih, mengelupas dan melembap boleh dilakukan dua kali seminggu.

Jangan cuba gunting kulit tebal (kalus) kerana ia hanya mendedahkan kaki kepada jangkitan kuman.

Ambil pupur tangan, sapu ke seluruh tangan dan tapak tangan anda. Pupur itu seelok-eloknya mengandungi garam kerana ia berupaya menanggalkan kulit mati dengan berkesan.

Sapukan serum pada kedua-dua tangan yang sudah dipupur halus untuk melembapkan dan melembutkan kulit.

Ambil plastik, bungkus kedua-dua tangan hingga ke pergelangan untuk mempercepatkan proses penyerapan serum (sekurang-kurangnya 3 hingga 4 minit).

Buka balutan dan sapu losyen pelembap pada tangan. Pilih losyen yang mempunyai fungsi melembap dan mengandungi UV sebagai pelindung kepada kulit tangan anda yang sentiasa terdedah pada cahaya matahari.

Melembutkan tapak kaki

1. Sembur bahan pelembut (softener) pada keseluruhan tapak kaki.

2. Kikir kulit tapak kaki yang kasar menggunakan alat khas, scripper.

3. Gosok kaki menggunakan batu pengasah (boleh dibeli di farmasi).

4. Diakhiri dengan scrub (perisa mint) pada keseluruhan kaki daripada paras lutut ke bawah.

5. Basuh kaki anda dan lap sehingga kering.

Tarikh Arini 011110..chantikkk..

Tarikh arini klu nk di ikutkan tak ada apa2 yg istimewanya..mcm biasa jeww..bangun pagii..guling2 tunggu azan subuhh..mandi..dan solatt..pastu siap2 p kerjaa..he he he he hee..mcm tu aa selalunyaa...

Cumaa tarikh arini agak chantikk..01-11-2010..hari Isnin..arini kai baju biasa jeee..baju lama kurung johor kuningg..bajuu lamaa..dah lusuhh pnnn...tapiii...ada yg istimewaa he he he he..kai tudung ..yg c'fon 2 layerr..warna  kuning creamm...sama dgn kaler bunga bajuu..baju burukk tudungg jer baruu..baru dpt smlm..dari kwn he he he..siap ada batu di awninggnyaa...seakan tiara..chifon yg lembutt..hehehe mulaaa laa nk perasannn nii...perasann mcm putrii..putrii angplokk....(apa tuhh..hurmm entahhh..kai taip jer nihhh...nge nge nge nge ngeeee...)

Tapii sukaa laa tudung c'fon nii..lembutt jeww..bila sampai opiss..ramai kwn tanya..chantik tudungg..baju jerr burukkk weeekkk...Ishhh..dlm hati ckp..sib baik aku kai bajuuu..klu takkkk...haaaaa..haaaa...Aku jugak yg maluuu...hu hu hu hu hu...tak sanggupp...

tadi kwn tanya beli tudung harga berapa..mesti mahall..sbb dua layer...sbb dia dia kata kat Angsana harga dia RM 150/pc..Haaaaaa...Makk Aiiiii...mahal bangattt....aku tak pakai tudung mahal2 spt itu..aku beli kat kwn jerr..harga tak sampai pn RM 50..Pic kat atas tu bukan laa tudung yg aku beli..tapi lebih kurang spt itu laa..cuma yg aku  punyer  kaler dia lagi soft..dan ada batu2 di awning nya..seakan tiara...(eeeeeeeeeee acannnn...) lepas tu dia kataa...tudung c'fon yg 3 layer pulak RM 200..wooooo wo woooooo..itu sudah lebihhhh..itu sudah harga mak datinnn...kita nii org2 biasa jee..pakai jer laa yg biasa2 jeee..knnnnnnnnnnn...sib baikk ada kwn jual tudungg...tapii tu lahhh..tiap kali dtg tudung baruu..mesti dia mesj...Aku ada tudung baruuu..kooo tak nkk keee..adehhhhhh...

Tapiiii tarikh arini.... 011110 bukn nk citer pasal tudung aku  nihh..dan bukan nk citer pasal keperasanann aku yg mcm Tuan Putri nii...tapiiiii...aku nii nk cuba mendesplinkan diri laaaa...adehhh..mengarut2 jer ceritaaa..tudunggg laa..putri laaa..apa laa..ada2 jeee knnnn..mengarut2 laa tuhh...hu hu hu..

Tapi apa yg istimewanya arini ini...Biarlah Rahsiaa..he he he he..cuma ia satu perjanjian pada diri...Insya-allah Aminn...pada sesiapa yg terbaca nokta Inpirasi Hati..tolong doakan saya yeee..tercapai segala hajat dan hasrat di hati sya ini..sya berkerja keras tuk merealisasikan impian sy ini..doakan kejayaan syaa...Insya-Allah Aminnn...:-)