Ahad, 29 September 2013

Bazar Ramadhan spjng Ramadhan 1434 (2013),,yang sempat sy abadikan buat kenang2an...

 Subhanallah diam tak diam..sudah hampir 2 bulan kita tinggalkan bulan Ramadhan...
skrang kita berada di bulan Zulkaedah 1434 (2013)..musim Haji...


 Begitu pantas masa berlalu...terasa rinduu pada bulan Ramadhan ..
kemeriahan di bulan Ramadhan..
mesjid menjadi ramai org beribadat..untuk tarawihh..
tapii...
tidak pasti..
dpt kah kita bersama2 lagi untuk
melaksanakan ibadah ramadhan pada thn akan dtg..
xpasti..
itu menjadi rahsia Allah SWT... 






 Dapat merakamkan sedikit senario yang agak meriah di bazar
Ramadhan ..spjng singgah ke bazar..
bermcm2 mknan..yg jarang sy temui ada di bazar ramadhan..
Subhanallahh..
jika nak buat..sendiri..
manakan larat..bulan ramdhan bukn masa tuk
memasak dan menghabiskan masaaa
berada di ceruk dapur..
krna pada sy..bulan ramadhan
masa kita tuk meraih pahala sbyk yg bolehh..
kerana pada bulan Ramadhan pahala beribadat
amat berlipat gandaa...
Pahala adalah rahsia Allah..
kita sebgai hambaNya..
wajib beribadat sebaik yg mungkin ...
Insya Allah..



Insya Allah..jika berkesempatan..
untuk bersama2 di Ramadhan akan dtg..
akan cuba merakamkan lagi..detik2 meriah..spjng ramadhan
..Insya Allahh..
:)

Selasa, 13 Ogos 2013

my simply ct

trail  pack 4/8/13
try pakai dlm 1minggu..Alhamdulillah..sgt2 puashati,,,
dari nk  cer try SK II yg mahal babas tuu..
baik kai yg ni..trail  dia pun x sampai RM 30
okk laa kn..dn Alhamdulillahh..serasi .. :)

11/8/13

dh mmg suka laa nii..p cari kat show outlets dia
1st cari kat tesco..
adaa..tapii..harga mcmm xkena jee..
barang yg nk tu mcm x complete ada..
soooooo..
p kat park ketee..
terus drv utk ke IOI mall..
cari di watson ..
alahaii kad members watson pula x bawa..
dahh miss disct. RM 3...hurmm xde rezeki ..

tapii..
den setiap pembelian barangan Simply  CT 
dariRM 80 dn ke atas akn dpt skaf CT mcm ni..
Alhamdulillah ..dpt laa jugakk..
pilih warna hot pink..:D..
ok laa..nk titun dahh..nitee my dear amoor mee..
kang upload lagi brg2 simply ct tu laa ye..dh ngantukzz..
ta ta ti ti tu tuuu...




Selasa, 6 Ogos 2013

Semarak Ramadhan 1434/2013 , Ramdahan ke 28 ..mlm 29 (selsa mlm Rabu 6 Ogos 2013)

Sedar tak sedar ..telah 28 hari kita berada di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini..mlm ni merupakan mlm ke 29 Ramadhan 1434 bersamaan 6 Ogos 2013 hari selasa mlm rabu..mlm inii..merupakan mlm terakhir tarawih pada tahun ini..Adakah tahun hadapan kita masih berpeluang untuk meimarakan mlm2 Ramadhan..Insya Allah.. Aaminn..




 Merakam kan detik2 solat tarawiih ..setelah sy selesai melakukan 8 tarawih dan 3 witir..baru laa operasi sy ini sy laksanakan..itu mengabadikan detik dan event ini...agak ramai dari mlm2 sebelumnya..  Jemaah ini dgn kyusuk melaksakan tarawih sebyk 20 rakant..Alhamdulillahh...

sedikit saja gambar pada mlm ni...adaa lgi..letihh nk transfer ..ok laa perlukan masa tuk sy beristirehat..agak letih kebelakangan ini..dgn beban tugas dll..ok..selamat beribadat ya kekwnn..semuga dgn cara ini ..kita mendapat mencari ketengan dlm diri..dgn memperbykkan usaha mendekatkan diri pada Nya.. 

Pada sy..tidak mengapa jika kita menjadi insan biasa2 ..asalkan kita ini..menjadi insan biasa2 yg memanfaat kan peluang kehidupan yg singkat ini..dgn memperbykan ibadat pada Nya..biar sedikit tetapi Istiqomah..Insya Allah Aaminn..

Khamis, 1 Ogos 2013

Semarak Ramadhan...1434/2013 part 1

Assalamualikum wbt...

Pejam celik..pejam celik dah 23 Ramadhan dah tuk hari ni 1/8/2013..ehh dah ogos dahh ekk...hrummm cptnya masa berlalu..Ramadhan pun pantas meninggalkan kita...rasa syg pada Ramadhan..bulan yg penuh kerberkataan..bulan yg penuh hikmah..bulan yg penuh rahmat dari Allah SWT... ada beberapa photo yang sy shoot spjng bulan ramadhan ini..nk share..tuk jadi sumber inspirasi pada diri ..note to self..gambar yg ada jiwaa...ada keinsafan pada diri..ke kyusukan berdoa pada Pencipta kita...

 Kyusuknyaa berdoa dan bermunajaat pada Nya..dah tak ingat gambar ni di shoot pada mlm Ramadhan keberapa yee..lupa sudahh.. tapii..sejujurnya sy amat suka merakam gambar2 spt ini..tak tahu mengapa...justt sukaaa..ada semangat..ada keikhlasan..gambar yg sepontan..hehehe...


Foto2 ini sy shoot ketika sy telah selesai solat..kariah2 ini membuat Tarawih 20 ..tapi sy hanya buat 8 saja..ada makcik2 yg dh bertongkat2 pun ..bersemangat untuk buat 20..Alhamdulillahh..sedangkan syaa...hanya larat buat 8 sahaja..hurmmm...


Ikhlaskan makcik nii..Subhanallahh..sy suka detik2 sebegini..hanya kita dah Allah SWT..mencurahkan segala isi hati..w/pun tidak perlu di jelaskan..Allah Maha Mengtahui..tapii..kita tetap harus berdoa...kerana kita seorang hamba..harus meminta pada pencitanya.. Allahu Akbar...


Ini foto mlm tadii..foto Ramadhan ke 22 dan mlm 23..mlm 23 adalah mlm2 ganjil kann..dan kita semua tahuu dan maklumm bahawa 10 mlm terakhir ituu..kita di galakan tuk lipatgandakan amal dan ibadat kitaa..tuk mencari malam Lailatul Qadarr.. Insya Allah Aaminn..

Ahad, 5 Mei 2013

hidup satu pengembaraannn ..

Alhamdulillah, bersyukurlah kita kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat berada di alam dunia yang fana ini.
Kita telah dihidupkan dan kita juga akan dimatikan dengan izinNya.
Kita sebagai manusia telah dipinjamkan olehNya jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang telah diperuntukkan oleh Allah Azza wa Jalla, Tuhan Sekalian Alam.
Kita sendiri tidak mengetahui akan hal itu dan Allah SWT adalah sebaik-baik pengatur.
Kehidupan kita ini seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW adalah seperti sebuah pengembara yang sedang berjalan jauh sambil bertongkat dalam menuju perjalanan ke suatu destinasi abadi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan.

Untuk mendapatkan bekalan itu pula memerlukan kesabaran dan ketabahan yang sangat tinggi.
Dalam perjalanan ini kita mengisi kehidupan dengan dua keadaan iaitu perasaan atau suasana, juga saat-saat gembira dan saat-saat kesedihan.
Kedua-dua perasaan ini pernah dialami oleh para Nabi dan Rasul Allah, apatah lagi kita sebagai hamba yang kerdil lagi hina ini.


Saya ambil contoh yang terdekat yang menjadi idola semua umat Islam, iaitu insan yang sangat saya pandang tinggi dan saya sanjungi, Rasulullah SAW.
Hidup Baginda penuh dengan saat yang menggembirakan, tidak kurang juga saat-saat menyakitkan yang sesekali mengundang air mata Rasulullah SAW yang menandakan Baginda juga adalah seorang manusia biasa.
Kegembiraan Baginda adalah apabila kita sebagai umat Islam menjalani hidup sesuai dengan jalan yang ditinggalkannya dan kesedihan Baginda pula adalah apabila menyaksikan umatnya tersasar jauh daripada jalan yang Baginda tinggalkan dan umatnya mengikuti jejak langkah syaitan laknatullah.
Hidup ini Keseronokan dan Kebahagiaan Sementara...
Tentunya dalam perjalanan seorang hamba yang ingin menuju ke sebuah destinasi cinta, banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamatnya dan sesekali terasa ingin berputus asa untuk ke destinasi yang pasti itu.


Bagi seorang pengembara yang bijak dan pandai, semestinya dirinya tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kenikmatan di dunia yang sementara kerana dirinya tahu bahawa dia adalah penghuni alam yang kekal abadi; syurga Allah.
Bagi seorang pengembara yang senang dan seronok menikmati keseronokan di dunia tanpa memikirkan dunianya yang kekal abadi, dirinya akan mementingkan hawa nafsu semata seolah-olah inilah dunia yang kekal selamanya sehingga dirinya terlupa matlamat atau cita-cita sebenar untuk menuju ke arah akhirat yang abadi.
Mereka terpedaya dengan dunia yang sementara ini.
Dengan tidak mengendahkan suara iman mereka, mereka terus-menerus meletakkan halawatul dunia dihati mereka dan menyangka bahawa itulah matlamat sebenar mereka, na'uzubillah...
Saya teringat kata-kata salah seorang ustaz saya; Ustaz Mizi.
Beliau berkata, kita juga boleh diibaratkan sebagai seorang pemandu atau penumpang atau pengembara yang berada di atas sebuah nakhoda yang besar, yang sedang menuju destinasi selama berhari-hari, malah bertahun-tahun lamanya.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang tepat mengikut kompas yang telah diberikan dan ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Dan untuk sampai ke destinasi cinta atau destinasi yang abadi itu, pungut dan kumpullah bekalan ketika berada di dunia sebanyak yang mungkin.
Letakkanlah segala keseronokan dan kenikmatan serta kekayaan di dunia ini di tangan kita dan anggaplah semua itu hanya bebanan yang boleh menjejaskan perjalanan menuju ke destinasi cinta abadi.
Oleh itu, sebagai seorang pengembara, kita seharusnya pandai memilih dan dapat mengenal pasti yang mana satu bekalan dan mana satu bebanan.

Bekalan ialah sesuatu amalan yang memudahkan perjalanan sepanjang kita menuju negeri akhirat, manakala bebanan adalah sesuatu yang merumitkan dan melambatkan perjalanan kita ke negeri akhirat.
Ingatlah, dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam.
Hasilnya kita akan kecapi di negeri akhirat kelak.
Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya.
Dan beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari. (Sumber Al-Hadis)
Kesimpulannya, persiapkan dan mantapkan diri kita.
Sebagai seorang pengembara yang kita sendiri masih belum tahu bila akan sampainya ke destinasi yang dituju, perlunya kita mencari bekalan sebanyak mungkin.
Dan berhati-hati dengan setiap ujian kesedihan dan kenikmatan yang Allah SWT berikan kepada kita.
Wajibnya kita menjaga hubungan dengan Allah SWT kerana kita semua yang ada di muka bumi ini adalah hanya pinjaman untuk menguji kekentalan iman kita sebagai hambaNya.
Begitu juga dengan hubungan kita sesama manusia, saling berpegangan tanganlah kita semua agar tiada yang terjatuh dari kapal dunia ini tanpa ada seorang pun yang berusaha untuk menyelamatkannya.


Sebaik-baik bekalan adalah iman dan takwa...
Masih ingatkah kita pada kisah Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra' dan Mikraj? Dalam perjalanan Baginda, Allah SWT telah menunjukkan satu golongan yang menanam gandum dan kemudian menuainya.
Baru sahaja beberapa saat ditanam, terus berbuah dan dituai dan begitulah seterusnya.
Inilah ibaratnya keadaan orang yang sentiasa membuat kebajikan dan tidak putus-putus menerima ganjaran pahala yang banyak di sisi Allah SWT.


Ganjaran ini kelak akan dinikmatinya di akhirat sana, insyaAllah.
Semoga kita semua menjadi seorang pengembara yang bijak dan sentiasa meletakkan kenikmatan di dunia ini di telapak tangan dan bukannya dihati.
Yang sentiasa mendoakan pengembara yang lain dan mengingati setiap pengembara didalam doanya.
Semoga kita menjadi pengembara yang sentiasa menjadikan redha Allah SWT adalah tujuan utama.
Semoga Allah merahmati, insyaAllah...Aamiinn,, <3

Isnin, 28 Mei 2012

salah kee jika ada Shemburuu...?? :/


Siang itu salah seorang istri Rasulullah SAW menghadiahkan semangkok roti dicampur kuah kepada beliau. Rasulullah SAW saat itu sedang di rumah Aisyah ra. Tanpa diduga, Aisyah menepis tangan pembantu yang membawa mangkok berisi roti tersebut, sehingga mangkok itupun jatuh dan pecah.

Melihat kejadian itu, Rasulullah SAW pun bergegas memunguti roti yang tumpah itu dan meletakkan kembali di atas mangkok yang lain seraya berkata: “Pergilah. Ibu kalian sedang cemburu.”

Suasana hati Aisyah mendadak berubah saat melihat istri Rasulullah SAW yang lain menghadiahi beliau semangkok roti kuah. Kaldu yang penuh rasa rindu itu seperti tersayat sembilu. Jiwanya yang penuh dengan cinta terluka. Rasa cemburu memenuhi ruang-ruang jiwa menepikan cinta. Sebagaimana manusia biasa, Aisyah tak kuasa membendungnya. Ia tak mampu menahan rasa cemburu yang mengalir deras menerpa jiwanya.


Cemburu yang mendera jiwa adalah fitrah. Cemburu bisa melanda jiwa semua manusia. Ia tak bisa dihilangkan termasuk oleh wanita mulia sekelas Aisyah sekalipun.

Cemburu biasanya bermula dari cinta yang membara. Bila dikelola dengan baik, cemburu bisa menyebabkan cinta terus menyala. Cemburu membuat kita dapat merasakan indahnya cinta. Karena cemburu adalah tanda cinta. Cinta sejati selalu membuat pemiliknya tak rela belahan jiwanya bergerak ke lain hati. Demikian pula dengan cinta milik wanita. Bahkan wanita senantiasa menginginkan cinta yang utuh. Wanita selalu mengharap cinta yang tanpa sisa.

Hati ibunda Sarah pun pernah didera rasa cemburu. Setelah sekian tahun merajut cinta, nabi Ibrahim as dan ibunda Sarah tak kunjung dikaruniai buah hati. Karena itu ibunda Sarah meminta sang belahan hati untuk melabuhkan cintanya pada jiwa dan raga Hajar, budak setia mereka berdua. Namun saat Hajar melahirkan buah cinta untuk nabi Ibrahim, rasa cemburu menyeruak masuk ke dalam hati ibunda Sarah. Sehingga walau ia yang menghadiahkan Hajar untuk sang suami tercinta, Sarah tak kuasa membendung rasa cemburu yang menerpa jiwanya. Sarah tak rela nabi Ibrahim as berbagi cinta di hadapan jiwanya. Karenanya nabi Ibrahim as kemudian memindahkan Hajar ke Mekkah.


Hati dan jiwa lelaki pun tak suci dari rasa cemburu. Bahkan rasa cemburu adalah ciri cinta milik pria sejati. Lelaki sejati akan senantiasa memendarkan cahaya cinta yang menerangi pelabuhan cintanya hingga tak akan pernah menerima bahtera cinta yang lain. Ia akan selalu menjadi sandaran hati sang istri hingga tidak akan pernah ada sisa cinta untuk laki-laki yang lain. Karenanya rasa cemburu akan segera memenuhi relung-relung hatinya saat ia merasa ada yang mengusik belahan jiwanya.

Rasa cemburu yang menderu itulah yang menyebabkan Umar bin Khatab ra tak berkenan istrinya shalat berjamaah di masjid. Hatinya tak kuasa melihat lelaki lain memandang wanita yang dicintainya itu. Melihat masam sang suami, istri mulia itu pun berkata, “Kalau engkau tak berkenan aku shalat berjamaah di masjid, aku tidak akan melakukannya lagi.” Namun Umar terdiam seribu bahasa karena ia mengetahui bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian menghalangi hamba-hamba Allah yang wanita untuk mendatangi masjid-masjid Allah.”


Mengingat rasa cemburu adalah salah satu tabiat kemanusiaan kita, ia tidak akan bisa dihilangkan dari dalam jiwa kita. Kita tak mungkin menghapusnya dari dalam hati kita. Dengan demikian kita harus mengelolanya. Kita harus menjadikan rasa cemburu itu menyebabkan cinta kita kepada belahan jiwa kita terus menyala-nyala. Rasa cemburu itu harus mampu membuat kita merasakan indahnya bercinta dengan kekasih kita. Belahan hati kita harus mengerti bahwa kecemburuan kita padanya adalah bukti cinta sejati kita kepada dirinya.[]

Selasa, 15 Mei 2012

Mencari Cinta Allah...Subhanallah..

Mengapa manusia melakukan kejahatan? Para ulama memberi tiga sebab yang utama – pertama, tidak yakin kepada Allah. Kedua, tidak yakin akan adanya Hari Akhirat dan ketiga, kerana terlalu cinta kepada diri lalu mengambaikan orang lain. Solanya, mengapa orang Islam pun masih melakukan kejahatan?
Ya, kerana kita hanya percaya kepada ketiga-tiga perkara di atas tetapi tidak yakin. Kalau ditanyakan apa bezanya antara percaya dan yakin? Terlalu jauh bezanya. Percaya itu di akal, dimiliki oleh pemikiran dengan belajar. Manakala yakin itu di hati, dimiliki dengan tarbiah dan mujahadah. 

Sebab pertama dan kedua dinamakan Iman – yakin kepada Allah dan Hari Akhirat. Kedua sebab itu menumbuhkan sebab yang ketiga yakni ukhwah atau persaudaraan (kasih sayang). Dengan iman kepada Allah, terbentuklah kasih sayang sesama manusia. Jika ditanya, siapakah manusia yang paling kasih kepada manusia lain? Jawabnya, mudah. Siapa yang paling kasih kepada Allah maka dialah yang paling kasih kepada manusia.

Mengapa begitu? Kerana jika kita ingin mengasihi Allah, Allah letakkan syarat agar kita mengasihi hambaNya. Allah minta manusia yang hendak mengasihiNya menjadi saluran untuk Dia mengasihi hamba-hambaNya yang lain. Kita mesti menjadi saluran Allah untuk menyalurkan ilmu, rezeki, kasih, sayang, keadilanNya kepada manusia.


Jadi, jika kenyataan ini dipandang dari sisi yang lain, kita boleh tegaskan begini: Hanya orang yang hatinya benar-benat yakin kepada Allah sahaja boleh menabur kebaikan dengan seikhlas-ikhlasnya kepada manusia lain. Jika ada manusia yang ingin menaburkan jasa dan kebaikan kepada manusia, tetapi tidak nampak sedikitpun keseriusannya untuk mendekati Allah, maka hubaya-hubaya (berjati-hati), besar kemungkinan dia hanya berpura-pura. Boleh jadi dia memberi untuk mendapat pulangan yang lebih besar lagi!

Betapa ramai manusia yang mendabik dada ingin membuat kebaikan kepada manusia lain tetapi mengabaikan hubungannya dengan Allah. Mungkin sama ramainya dengan manusia yang mendakwa hubungannya sangat akrab dengan Allah tetapi meminggirkan hubungan sesama manusia. Inilah yang telah  menimbulkan golongan manusia yang gila kuasa, cinta kedudukan, dan obsesi ekonomi… kononnya untuk meneruskan legasi jasa kepada orang lain.   
    

Jangan kita lupa ‘yakin kepada Allah’ adalah kunci kepada segala kebaikan dan kejujuran. Dan jangan kita lupa pula ‘cinta kepada dunia’ itu kepala kepada segala kejahatan. Jika Allah dipinggirkan dalam diri, keluarga, masyarakat, pertubuhan, negeri atau sesebuah negara, maka jangan sekali-kali kita percaya dakwaan diri itu, keluarga itu, keluarga, pertubuhan, negeri atau negara itu untuk berjasa kepada manusia!

Seruan untuk mendekatkan diri kepada Allah, mengamalkan syariat dan akhlak Islamiah mesti mendominasi seruan-seruan yang lain. Dasar dakwah Islamiah adalah mengajak orang ramai merdeka daripada penghambaan sesama manusia untuk bebas menghambakan diri kepada Allah. Menyedarkan manusia agar memburu kelapangan Hari Akhirat dengan meninggalkan kesempitan dunia – maksudnya, menggunakan nikmat dunia untuk menadapatkan kenikmatan syurga! Dan akhirnya, meninggalkan kezaliman sistem hidup buatan manusia untuk mendapat naungan keadilan sistem hidup Islam. 


Di mana Allah dalam hati, keluarga, masyarakat dan pertubuhan kita? Itulah satu muhasabah untuk difikirkan jika kita benar-benar jujur untuk menabur bakti kepada manusia. Inilah jalan para rasul, nabi, sahabat-sahabat dan umumnya para salafussoleh yang telah banyak menabur bakti kepada manusia lain. Merekalah individu yang rapat dengan ummah untuk mengetahui apa masalah mereka dan akrab dengan Allah untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah itu!

Marilah kita imbau enekdot-enekdot dalam lipatan sejarah untuk mengetahui betapa roh tauhid itulah yang menjadi obor kepada perjuangan mereka untuk menabur bakti kepada manusia lain… Mereka adalah insan yang berbakti kepada manusia lalu dikurniakan kuasa, bukan menjadikan kuasa sebagai syarat untuk menabur jasa. Allah jualah yang memberi kuasa dan menarik kuasa kepada sesiapa yang dikehendakiNya.


Marilah kita renungi sama-sama renungi apa yang pernah saya tuliskan dalam buku: DI MANA DIA DI HATIKU?
Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka… Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.
Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”


Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur  dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.
Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.
“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.
“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.
“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.
Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.


Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!
Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”
Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?
Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?


Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan.  Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”
Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…
Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.


Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”
Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.
Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin.