Jumaat, 14 Oktober 2011

Wanita yang Indah...:-))..Insya-Allah Aminn


"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya..."
Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki, tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi pencipta mu; namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan diri mu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang tepaling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu, halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
Duhai wanita sebenarnya, maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar, kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita, akan ada bahagia diakhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.


Wanita ku, terima saja makian yang bederu deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir bibir sumbing yang ingin melihat mu sungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.


Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu disetiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata mata, jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong. Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan sang jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, syurga itu sentiasa menanti mu. Bulatnya iman dan takwa sumaiyah ketika di hunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat iman mu harus kepada pencipta mu.


Peganglah kata kata ini, "kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".
Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuan mu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku, biar kebijaksanaan mu terpampang oleh tingginya ilmu mu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi srikandi agama terdahulu. Jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu, biar kesabaranmu manjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan iman mu dengan sejuta lapis sifat mahmuda. Jadilah kita wanita paling bahagia.


Wanita yang wajib dijauhi oleh orang lelaki..:-O



Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini.
1. Wanita kategori liar.
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.
Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.
2. Wanita si Bom jangka.
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.
Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.
Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.


3. Wanita si Gula-gula
Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.
Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.
Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.
4. Wanita si Bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.
5. Wanita si Penggapai.
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.
Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.
Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.
Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.


6. Wanita yang Tercedera.
Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.
Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.
Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.
Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.
Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.

Selasa, 4 Oktober 2011

Penjaga Hatii...;-)


Ada wanita dan lelaki yang bertugas menjaga hati yang dibuat dari kayu…
Hati yang dicari untuk ditebang, dipatahkan, dan dibakar..
Ada wanita dan lelaki yang bertugas menjaga hati yang dibuat dari besi, hati yang dicari untuk dicairkan, dan dibuat berkarat…
Ada wanita yang bertugas menjaga hati yang dibuat dari kaca, hati yang dicari untuk dipudarkan, diusangkan, dan dipecahkan…
Ada wanita dan lelaki yang bertugas menjaga hati yang dibuat dari emas kemudian dijadikannya kekayaan yang tak mungkin dapat dijual sehingga disimpannya baik baik agar tiada yang mencuri atau memperolok.


Ada wanita dan lelaki yang bertugas menjaga hati yang dibuat dari batu untuk dibuat karya seni yang dapat dipamerkan,
Ada wanita dan lelaki yang menjaga hati yang dibuat dari air kemudian dijadikannya cermin agar dapat wajah yang berkaca.
Kamu nanti akan menjaga hati jenis apa?


Andai hati terbuat dari itu semua, tentulah mudah mengukir, mencairkan serta membentuknya dalam cetakan yang kita sukai….
Namun sayang, hati hanyalah segumpal daging yang tak tentu arah, yang apabila retak tak berkeping, yang lunak namun teramat keras, kadangkala ia condong kekiri, kadangkala ke kanan… Atau tergantung nun jauh di atas sana, padahal sebenarnya ia rendah di dalam dasar lubuk samudera.


Ketika kita tak mampu mengendalikan hati..
Ketika kita selalu terbayang akan kesedihan..
Perit melukai hati…
Memberikan suatu luka didalam hati..
Maka satu perkara yang kita perlukan..
Iaitu Penjaga Hati..


Dimana kita dapat bercerita kepada sang penjaga hati..
Kita dapat mengadu kepada sang penjaga hati…
Semua itu menjadi satu perkara yang kita perlukan..

Sabtu, 1 Oktober 2011

Sekitar 30 Sept 2011 (Jumaat Yang Barokah)


Kali ini tiada artikel yang ingin saya kongsikan bersama,
cuma apa yang saya lalui sepanjang hari Jumaat yang Barakoh
 (30 Sept 2011),
Seawal pagi sudah bersiap2 utk ke tempat kerja,
agak hujan pagi ini dari malam lagii..biasanya utk tiba ke link smart tag
semestinya jam..kerana link yg satu..kebetulan hujannn,
ada road blok (pak policia di kantora), byk pula lori dan trailer pjng2..
mmg agak lambat..dan peglihatan agak sukar dik hujan lebat dan juga..percikan2
air dari tayar2 lori yg berderet2 itu..


Agak lewat sampai ke parking area tpt kerje..tempat parking jgn harap ada yg kosongg..
mmg
kena tawaf dan pasti terpark di hujung kampungg..
tapiii..
Alhamdulillah Aminn ..rasanya spt satu keajiban..Syukurrr sgt2..
sudah laa lewat sampaii..siapa sangka ada satu
park yg  spt di khaskan tuk saya..di tengah2 kereta staf yg byk itu...
Terima Kasih Allah..
sekurang2nya saya tidak perlu tawaf berulang2 kali sepanjang park tersebut di dalam hujan kann..
:-)


Alhamdulillah Aminn..setibanya di perkarangan parking..
hujan sudah beransur2 reda..renyai2 sja..
tapii basah juga laa backpak walaupun berpayung..
agaknya payung tidak cukup besar..
mmmm..



Kerana hujan..rasanyaa..
seperti tiada maknanya memakai kasut bertumit tinggi..
buat tercabut permata2 yg ada diatas kasut tu sja kannn..
sygg..
dah laa kasut raya..heheheheeh...
sygg bebbb...;-)


   Oleh kerana musim hujan sekarang ini
saya mengambil keputusan untuk menggunakan 
kasut yg sesuai di musim hujan ini..
Walaupun agak janggal ..bila di padankan dgn pakaian
yang saya pakai..spanjang hari..
sepasang jubah dress chiffon dengan kasut ini..
heheheheh..

dah saya nyatakan dari awal2 lagii...
"biarkannn laa saya dgn duniaaa sayaaa..biarkan laa sayaa.. dgn cara sayaa...biarlah saya tetapp dgn old fashionedd sayaa..:-P...
dan saya Yakinnn..Allah bersama2 saya...Insya-Allah Aminn..:-)"
ini laa saya ..yang sebenar2 saya..
saya tidakan jadi spt org lain..
saya tetap saya kannn...
tapiii..
seriuss ckpp kasut hitamm nii sedapp di pakai tauu...
relexx jee kaki..harga mmg bestt cuma lapan ringgit setengah je sepasangg..
selesaaa bebbb..tak caya..try la sendirikkkkkkk...!!!
:-P


Hari ini ada tazkirah dan membudayakan Al-Quran bersama
Ustaz, ..
lama tidak join..rasa rindu pula nak
dengar tazkirahh..
kali ini ayat  masih Surah Al AN'AAM, ayat 100-107..
Alhamdulillah Amin..
:-)


Ini adalah pemandangan dari bilikk saya nii..
freshh jeee ekk..
ada pulakk tunggul sebtg kat c tu kann..
hihihi...
suke2 hatii  jeeee..
bilaa dok bosann..tggk laa pemandangan ini
dan tunggul itu jugakk laahh..
ciann..
tak disebutt pulakkk, penat jee interframe kann..
yerlaa framee tingkapp kann..
:-D


Dlmm duduk  sorang2 tue..
terkenang pulaa pada 2way pancake revlon saya yang dah habis..
ini punnn satu hall..
terasa GAGAL  memenuhi Misi sendiri
utk kekalkan bedak ini selama 1 tahun..
13 g untuk setahun..
target saya tuee..
dan saya ternyata
GAGAL..!!!


Hanya mampu bertahan selama 6 bulan..
:-(
dah tidak boleh nk di selamatkan lagi
dahh tak leh nk korekk lagi dahh..
mmg dah tak der bedak dia lagi..
mmg kena beli baruu..
T_T..
duitt lagiii...
belii lagii kannn..


Pilihan saya masih lagi REVLON lagi..
tapi yak ini putihh pulaa..
nk try yg lebihh haluss..dan lebih SPF dia pulak laa...
hargaa..punn lebihh laa tuhhh...
hummmm..mana ada mendeee murahh skrangg..
;-/


Woww..dlm dia chantikk kan ekk..
i loikee laa pulakk..
dan permukaan bedak dia lagi ringgan
dan smoothh jeee..dari yak cover itam tuee.. 


Ini laa bedakkk.. yangg saya GAGAL nak kekalkan dia
selama setahun..
 tahap kelamaan pemakaianya bagi satu bekas ini,
saya cuma mampu tahankan dia
selama  6 bulan saja..
:-(


Entah laa..
apa lagi yang ingin saya kongsikan
atau abdikan cerita sepanjang 30 Sept 2011 ini..
rasanya cukupp ini sja..
tak perlulaa share byk sgtt..
nanti sudah tidak menjadi rahsia..
i loikeeee rahsia2..
cuma sedikit tuk
di kongsikan bersama..
heheehh..
well..
itu saja laa yaa..
Insya-Allah..
jikaaa... saya rajin tuk berceloteh lagi
perihal saya sendiri..
saya share laa..
jikaa malass..
sya cuma share apa yg menjadi inspirasi  saya
saja..
Insya-Allah..Aminn
:-)


Khamis, 29 September 2011

8 Perkara Mengenai Cinta...

  •  
  • Cinta adalah perbuatan. Anda tidak boleh berkata cinta tanpa membuktikan apa yang anda kata. Anda perlu buktikan pada orang yang anda cinta bahawa anda cinta pada dia. Komitmen yang tulus perlu ada pada cinta, bukan hanya sekadar manis di mulut sahaja, tetapi perlu dilakukan dengan bersungguh tanpa pernah kenal jemu. Bila anda merasai cinta melalui hati, komitmen anda untuk hidup bersama akan menjadi pegangan anda.
  • Cinta lebih dari satu perasaan kerana cinta boleh menyebabkan anda gembira, sedih,  tertekan dan alami bermacam – macam perasaan lagi. Cinta juga berubah mengikut ‘mood’. Biasanya, keadaan ini berlaku apabila anda dan teman anda mula rasa kekosongan pada cinta itu sendiri. Ada antaranya mula berasa bosan kerana telah mengetahui apa ada pada pasangan anda, baik dari segi kekurangan atau kelebihan. Di sini juga cinta diuji dari segi mentaliti kerana cinta berdasarkan ‘mood’ tidak akan berakhir dengan kebahagiaan. Namun ia merupakan perkara normal, dan oleh itu anda perlu mengawal situasi ini dengan meletakkan keadaan ‘mood’ itu pada keadaan sementara sahaja. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengisi kekosongan itu dengan perkara yang baru mengikuti kreativiti. Rahsia mereka yang berjaya dalam alam percintaan hingga terbinannya rumah tangga yang kekal lama adalah menyesuaikan keadaan ‘mood’ itu sendiri. Keadaan ini juga membuatkan anda berasa bimbang dan menganggap atau syak pasangan anda mula berubah hati. Sedarlah manusia sentiasa berubah, oleh itu tanggani ‘mood’ anda dan pasangan anda bagi usaha mengekalkan hubungan cinta.
  • Cinta tidak akan mengecewakan orang yang terus mencintai. Kadangkala tidak semua perkara akan berjalan dengan lancar dalam hubungan tetapi anda tidak akan kecewa jika anda terus mencintai walaupun dia bukan lagi milik anda. Melihat dia bahagia di samping anda sendiri mencari kebahagiaan adalah cinta yang hebat. Hal ini juga berkait dengan jodoh ketentuannya. Oleh kerana itu, kita sering diingatkan cinta yang tulus adalah memastikan orang yang kita sayang sentiasa bahagia walau apa pun keputusan yang akan diterima. Cinta dalam erti kata lain memahami dan melakukan yang terbaik untuk orang yang kita cintai itu beroleh kebahagiaan. Adakah anda hanya menganggap cinta itu hanya pada kekasih? Berusahalah untuk mencintai keluarga dan ibu bapa anda, dan yang lebih penting diri anda. Sekiranya anda gagal mencintai diri anda sendiri, bagaimana anda boleh mencintai orang lain? Tanya diri anda sendiri…

Kenali Status Cinta anda.

  • Cinta yang sejati adalah misteri tetapi ada jalan untuk mencapainya. Cinta sejati bermula dari dalam hati dan ia seperti kuasa ghaib yang akan membawa anda masuk ke alam lain. Perasaan ini membuatkan anda tidak keruan dan anda mula dilamun sesuatu perasaan yang aneh, yang di namakan lamunan cinta. Lamuan cinta berada dalam pelbagai situasi. Reaksi anda akan berubah dan semangat membuak-buak akan mengalir ke luar dari diri anda. Anda hanya memikirannya situasi itu, dan mula melakukan terbaik demi cinta itu tanpa banyak berfikir pada perkara yang lain. Tanpa kawalan pada otak sedar, cinta boleh membuatkan anda berubah dengan tiba-tiba baik dari segi kehidupan atau sifat anda. Pernahkan anda mengalami perasaan cinta? Adakah anda menganggap cinta itu hanya wujud pada pasangan kekasih? Bagaimana pula perasaan cinta pada negara? Kenapa seseorang yang mencintai negaranya sanggup berjuang dan bertaruh nyawa? Itulah bukti kuasa cinta yang sukar diungkapkan dan amat misteri.
  •  
  • Cinta adalah suci dan jauh dari dosa. Perasaan cinta akan membuatkan anda sentiasa ingin melakukan kebaikan. Cinta yang membawa keburukan adalah di sebabkan perasaan dendam dan dengki. Cinta yang berdasarkan nafsu adalah sementara. Cinta yang berdasarkan keimanan adalah sangat indah. Yang manakah anda pilih? Tepuk dada, tanya selera.
  •  
  • Cinta tidak pernah terjadi untuk mencintai rupa paras. Sebaliknya cinta hanya akan muncul apabila anda mencintai hatinya. Bagaimanakah rasanya memperolehi cinta pada hati? Tanya pada diri anda, adakah anda mencintai ibu anda pada paras rupanya yang semakin hari di mamah usia? Adakah kerana sesuatu pada hatinya yang tiada pada orang lain yang dapat diberikan pada anda selain dia? Jika anda mempunyai perasaan itu pada pasangan hidup anda, itu adalah cinta sebenar, sungguh indah bukan?
  • Cinta adalah berkorban, memberi dan mengasihi. Malahan haiwan itu sendiri mempunyai perasaan cinta. Sebagai contoh, si ibu kucing sanggup berkorban mempertahankan anak-anaknya dari musuh yang mengancam. Sedangkan kucing itu sendiri mempunyai perasaan cinta, ini kan pula manusia. Tuhan ciptakan cinta itu teramat bernilai kepada manusia, begitu juga makhluk ciptannya yang lain. Fahamilah cinta yang sebenar adalah suatu kuasa yang luas dan dapat merubah keadaan diri anda. Begitulah besarnya erti cinta.
  •  
  • Cinta tidak boleh di buat – buat kerana ia terjadi dengan sendirinya. Bila anda melihat menggunakan hati, cinta itu akan datang kepada anda. Ianya bermula dari perasaan samada kasihan, bangga, kagum, gembira, sedih dan pelbagai lagi. Adakah cinta datang dari paras rupa? Itu adalah silap sama sekali, kecantikan adalah tuntutan nafsu yang ada pada manusia. Sebagai contoh, cinta pandang pertama bukan semata-mata pada paras rupa tetapi arua yang ada pada sesorang itu hingga menusuk perasaan yang membuat anda jatuh cinta. Jelas di sini bahawa, cinta wujud dari perasaan manusia itu sendiri yang memberikan tindak balas. Oleh itu, cinta memang tidak boleh direka-reka kerana ia adalah perkara diluar kawalan kita.
  •  
  •  

Rabu, 28 September 2011

Disebalik Ujian Allah...


Tidak ada keberanian yang sempurna tanpa kesabaran. Sebab kesabaran adalah nafas yang menentukan lama atau tidakan sesebuah keberanian bertahan dalam diri seseorang itu. Jika ada di antara kamu dua puluh orang penyabar, nescaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang. Dan jika ada di antara kamu seratus orang (penyabar), nescaya mereka akan mengalahkan seribu orang kafir.” (QS. 8: 65).


Ada banyak orang berani yang tidak mengakhiri hidup sebagai seorang yang pemberani. Kerana mereka gagal menahan beban yang mendatang. Kesabaran adalah daya tahan psikologi yang menentukan sejauh apa kita mampu membawa beban, dan sekuat apa kita mampu survive dalam menghadapi tekanan hidup. Mereka yang memiliki sifat ini pastilah berbakat menjadi pemimpin besar. “Dan Kami jadikan di antara mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka bersabar dan mereka selalu yakin dengan ayat-ayat Kami.” (QS. 32 : 24).
Tetapi kesabaran itu pahit. Semua kita tahu begitulah rasanya kesabaran itu. Dan begitulah suatu masa Rasulullah saw mengatakan kepada seorang wanita yang sedang menangisi kematian anaknya: “Sesungguhnya kesabaran itu hanya pada ujian pertama.” (Bukhari dan Muslim).


Jadi, yang pahit dari kesabaran itu hanya permulaannya. Kesabaran pada ujian pertama menciptakan kekebalan pada ujian selanjutnya. “Mereka memanahku bertubi-tubi, sampai-sampai panah itu hanya menembus panah,” kata penyair Arab terhebat sepanjang sejarah, Al-Mutanabbi.
Mereka yang memiliki naluri keberanian, harus mengambil saham terbesar dari kesabaran. Mereka harus sabar dalam segala hal: dalam ketaatan, meninggalkan maksiat atau menghadapi cubaan. Dan dengan kesabaran tertinggi, sehingga akhirnya kesabaran itu sendiri yang gagal mengejar kesabarannya,” kata Ibnul Qayyim.


 Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?


Ahad, 25 September 2011

Ketika Cinta & Rinduu itu hadirr.....:-)


Bismillah..
Dikala cinta menyapa..
Dunia begitu indah berwarna..
Bunga-bunga di hati bersemi..
Harum mewangi bagaikan kasturi..
Walaupun cinta tak berwujud…
Namun ia menguasai hidup..
Tatkala hati tersentuh cinta…
Walaupun cinta itu tak berwarna nyata…
Tetapi ia membekas biru di kalbu …
Wahai Sang Maha Pencipta cinta…
Indahnya cinta adalah kurniaanMu..


Ajari kami hamba-hambaMu rasa bersyukur atas segala kurniaMu..
Ajari kami bahasa cintaMu yang ikhlas…
Ajari kami memaknai cintaMu yang damai dan penuh kasih agar bersemi di sepanjang musim tanpa pupus..
Ya Allah, Teguhkanlah hati kami untuk mencintaiMu dan mencintai Rasul-Mu di atas segala cinta…
Ya Allah kurniakanlah kepada kami cinta hanya mengharapkan redhaMu


Cinta yang hadir di hati tanpa sebab, tanpa syarat, tak terbatas oleh ruang, waktu dan jarak yang membentang..
Andai benar cinta itu kerana Allah, biarkanlah Allah  yang mengatur segalanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
Jika kita mencintai seseorang belajarlah untuk lebih mencintai Sang Pemberi Cinta.


Hati ini begitu mudah terbolak-balik maka serahkanlah rasa yang belum halal itu padaNya, berserahlah kerana hanya Allah sebaik-baik penjaga.


Dikala hati resah memendam rindu..
Hiasi diri dengan taqwa, perbanyakkan solat, zikir, tilawah, selawat, istighfar dan berbaik sangka, semoga Allah memberi jalan yang terbaik menurutNya..