Terpana jiwa, terkedu seketika.
Bukan kerana terpaku dengan apa yang ada di hadapan mata.
Sebak...
Bukan kerana terpaku dengan apa yang ada di hadapan mata.
Sebak...
mungkin itu yang terbaik untuk merungkai perasaan di jiwa.
Mungkin kecil pada pandangan insan biasa.
Tetapi tidak buat kau dan aku yang merasa.
Mungkin kecil pada pandangan insan biasa.
Tetapi tidak buat kau dan aku yang merasa.
Jangan kau menilai tanpa mengenali.
Jangan kau mengagak tanpa merasai.
Jangan kau berhenti tanpa mencari.
Jangan kau menjauh tanpa membuka hati.
Jangan kau menyangka perkara yang belum terjadi.
Jangan kau mengagak tanpa merasai.
Jangan kau berhenti tanpa mencari.
Jangan kau menjauh tanpa membuka hati.
Jangan kau menyangka perkara yang belum terjadi.
Bukan aku mementingkan hati.
Cuma satu yang ku pinta dari diri.
Izinkan aku untuk mengenali.
Izinkan aku untuk merapati.
Izinkan aku untuk menyayangi.
Cuma satu yang ku pinta dari diri.
Izinkan aku untuk mengenali.
Izinkan aku untuk merapati.
Izinkan aku untuk menyayangi.
Perasaan itu bukan lah ku pinta mahupun paksa.
Kerana ianya anugerah dari yang Esa.
Buat kau dan aku, untuk melihat dan menguji hamba-Nya.
Ke mana dan bagaimana kita menggunakannya.
Kerana ianya anugerah dari yang Esa.
Buat kau dan aku, untuk melihat dan menguji hamba-Nya.
Ke mana dan bagaimana kita menggunakannya.
Bukan aku tidak mahu memahami peritmu.
Bukan aku tidak pernah merasai keadaan itu.
Bahkan berkali ganda mungkin lebih sakit darimu.
Bukan aku tidak pernah merasai keadaan itu.
Bahkan berkali ganda mungkin lebih sakit darimu.
Tetapi aku tidak pernah serik untuk itu.
Bukakanlah hatimu.
Izinkan aku meninggalkan pesan buat mu.
Jangan sesekali kau merasa serik dengan hatimu.
Jangan sesekali kau merasa takut untuk meneruskan langkah mu.
Kerana aku cukup yakin dengan Maha Pemegang Qalbu.
Ikhlaskan hati, tenang kan jiwamu.
Nescaya syurga-Nya yang satu bakal menantimu.
Ikhlaskan hati, tenang kan jiwamu.
Nescaya syurga-Nya yang satu bakal menantimu.
Dari segenap kehidupan ku yang lalu.
Banyak yang telah mengajar diriku.
Banyak yang telah mengajar diriku.
Bukakanlah hatimu.
Izinkan aku meninggalkan pesan buat mu.
Jangan sesekali kau merasa serik dengan hatimu.
Jangan sesekali kau merasa takut untuk meneruskan langkah mu.
Yakinlah dengan SANG PENCIPTA.
Saat kau berduka.
Jangan kau sangka itu adalah penghujung dunia.
Sesungguhnya ALLAH itu tidaklah buta.
Jangan kau sangka itu adalah penghujung dunia.
Sesungguhnya ALLAH itu tidaklah buta.
Ketahuilah sahabatku.
Sesungguhnya ALLAH sentiasa menyayangimu.
Walau seberat mana ujian yang dibekal padamu.
Tidak pernah sedetik pun dari masa lalu.
ALLAH meninggalkan mu sendirian.
Kerana itu tandanya...
ALLAH Merindui dan Mencintai mu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan