Ahad, 10 November 2013

1st try Daging Black Peapper..resepi Kak Sabar punyer..;)




                                                           Daging yg telah direbuss.. Bahan2:-
500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
½ sudu garam halus dan 1/2 sb gula

  - minyak utk menggoreng





                                                    Bawang Besar dan lada hiasan..


Cara2:-
1.Potong daging nipis-nipis dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama satu jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.

                                             sos2 yg terlibat dlm merealisasikan menu inii...

2.Potong panjang kedua-dua lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir-butir lada




3.Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjuk ajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.




4.Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram.





5.Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi 
putih.
 Air tepung jagung.. 


Bawang Putih yg di ketuk2 tk tumisan nanti..


Ketika sedan g merenehh..


biarkan agak pekat.. 


sedang memekatkan dgn api yg sederhana jee..




taraaa..dh siap punn..
Alhamdulillahh..boleh laa..
nk mkn sorg2 punn knn..
Aamiin...

Tiada ulasan: