Monolog Cinta.....
"Cinta
tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan,
tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada
cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada
kemusnahan.
Kata Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki
untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar
dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan
sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi
hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu
menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang
mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?".
Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang
menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu
sahaja.
" Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain,
dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia
untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan
selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah
jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak
mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari
telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan
menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang
kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus
tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta
datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah
dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka
telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian
dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan
simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal
dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada
pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu
itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita
bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan
orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas
kurniaan itu.
Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia
berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu
hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali
perbuatan kamu itu. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi
membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,
tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi
membangkitkan semangat.
Kata Hamka, Cinta dapat
mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang
tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang
dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu
kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati
seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah.
Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu
terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan
dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti
bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti
dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat
merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali
kepingan hati tersebut.
Kaum lelaki sering mempersoalkan
kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi,
segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti
mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil
iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang
dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh,
tetapi itulah hakikatnya.
Tuhan ciptakan
100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian
diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah,
makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana
takut anaknya terpijak. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang
mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat
itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta
juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan
berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan
menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat
cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah
perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.
Cinta
sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu
bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa
binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim
berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir
selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan
bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit
lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. rasa percintaan lebih
pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun
demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya
kerana dianggap seperti lautan madu.
Hati-hati dengan cinta,
kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk
menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin,
raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang
begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang
kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari
anda walau dimana sahaja kamu berada.
Tak usah sebut pasal
cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah
bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah
menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat
bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan
bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang
pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.
CintaNya Allah kepada HambaNya...Nabi (SAW) bersabda: “Apabila
sepertiga malam tiba, maka Allah turun kelangit pertama (sesuai dangan
keagungan-Nya). Lalu memanggil (hamba-Nya):
Adakah orang yang mau bertaubat? Aku akan menerima taubatnya
Adakah orang yang minta ampun? Aku akan mengampuninya
Adakah orang yang memerlukan sesuatu? Aku akan penuhi keperluannya
Hal seperti itu dilakukan oleh Allah setiap malam”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan