Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik
daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi
impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik
dari sebelumnya.
Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu
beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan
kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.
Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku
pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku
sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan
huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan
doamu.
Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.
Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini
dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah
hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah
lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.
Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e.
Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih
menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan
dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan
Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi
dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi
samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai'e.
Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya,
maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari
dalam diri.
Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak
berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang
mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi
yang mencintai kita di akhirat.
Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada
siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah
tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya."
Ku rinduuu...akuuu rinduuu..
Demi cinta-Mu ya Allah
Pada Muhammad nabi-Mu
Ampunilah dosaku
Wujudkan harapanku
Pada Muhammad nabi-Mu
Ampunilah dosaku
Wujudkan harapanku
Ya Rasullallah salamun’alaik
Ya Rafi ‘assya ni waddaraji
Siapa yang cinta pada nabinya
Pasti bahagia dalam hidupnya
Ya Rafi ‘assya ni waddaraji
Siapa yang cinta pada nabinya
Pasti bahagia dalam hidupnya
Muhammadku Muhammadku dengarlah seruanku
Aku rindu aku rindu kepadamu Muhammadku...
Aku rindu aku rindu kepadamu Muhammadku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan