Rasulullah
Muhammad saw adalah contoh tauladan untuk kita umat Islam. Begitu juga
para isteri baginda merupakan contoh wanita solehah. Wanita yang paling
dicintai Rasulullah adalah ibu dan isterinya Khadijah. Kenapa ibunya?
sebab ibu baginda adalah wanita yang mengandung dan melahirkannya dan
Siti Khadijah adalah seorang wanita yang sempurna.
Kecantikkan
jiwanya, kebersihan hatinya, keimanannya , kecerdasannya, kesetiannya
merupakan magnet yang membuatkan hati seorang pemuda bernama Muhammad
luluh. Wanita seperti khadijah merupakan ciri wanita yang layak
dicintai, tetapi di zaman ini ada lagikah wanita seperti itu ?
Bukan bererti pada zaman ini tiada, tetapi jarang.
Menemui
wanita solehah seperti isteri Rasulullah bukanlah mudah. Mendekatinya
juga sukar. Perkara ini seperti mencari jarum yang hilang. Mungkin
wanita itu dikatakan cantik rupa dan tubuhnya, tetapi belum tentu dia
memiliki akhlak yang cantik. Kecantikan rupa dan kemolekkan tubuh
seorang wanita bukanlah standard ukuran yang dinilai oleh Allah SWT,
melainkan dia sentiasa menghiasinya, dengan akhlak yang mulia, ketakwaan
dan keyakinannya kepada Allah
Jika
seorang wanita dah memilik keyakinan yang kuat,dan tak mudah terhakis
oleh sekuat manapun badai, dialah wanita yang dapat dikatakan wanita
yang layak dicintai oleh Allah, suami dan keluarga.
Wanita
yang harus dicintai, tidak akan menjadikan kecantikkan yang dimilikinya
sebagai kebanggaan yang dapat menjerumuskan kepada sifat riak atau
sombong. Akibatnya menyebabkan wanita tersebut membuang jutaan wang
hanya untuk merawat tubuh dan kecantikkan yang bersifat sementara dan
tidak kekal.
Padahal
dalam al Quran dan jelas dilarang untuk tidak menduniakan kecantikkan.
Dalam surah al-ahazab ayat 33 diterangkan yang ertinya “Janganlah kamu
berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah terdahulu”
Tidak ada
sesuatu pun yang dapat mengubah penampilan dan kecantikkan seorang
wanita selain kekuasaan Allah taala dengan segala izinnya. Wanita cantik
dan harus untuk dicintai akan terpancar dari hati yang bersih dan sikap
yang baik dan kata – kata yang sopan, pakaian yang mencerminkan wanita
solehah.
Kadangkala,
kita pernah terjumpa wanita seperti itu, tetapi itu hanya sekadar
topeng. Lama – kelamaan, sifat sebenar mereka akan terbongkar. Sebab
yang asli akan tetap asli.
Selain
dari itu, sifat wanita yang layak dicintai dapat di lihat dari
kerendahan hatinya dengan bersikap hormat kepada sesiapa pun tanpa
membezakan darjat dan martabat. Kerana dia tahu setinggi mana pun
ilmunya, dia tetap wanita yang mengerti dan tahu tugasan serta
tanggungjawabnya sebagai wanita didalam rumahnya.
Dan wanita
yang layak dicintai juga sentiasa rendah hati terhadap manusia lain.
Walau ada perbezaan, tetapi dia yakin perbezaan itu hanya dimata manusia
sebab tidak ada manusia yang berbeza dimata Allah. Ketakwaan dan
keimanan seseoranglah yang membezakannya dimata Allah. Wanita yang mulia
kerana hidup glamour atau berjawatan tinggi, bukanlah jaminan
kebahagiaan. Tetapi ketenteraman hati dan ketenangan jiwa adalah kunci
segalanya.
Seorang wanita yang harus dicintai ibarat lebah yang memberikan manfaat untuk semua orang. Hasil yang diberikannya adalah madu. Dengan madu tersebut, banyak manusia yang dapat merasakan manfaatnya. Si pencari madu boleh memberi makan anak isterinya dengan menjual madu tersebut dan banyak lagi manfaatnya.
Wanita
yang harus dicintai juga akan menyedarkan umur kita yang sebenar.
Menyedarkan waktu yang kita gunakan untuk bebuat kebaikan, membahagiakan
orang lain, menghibur orang yang sedang bersedih untuk mencapai
keredhaan Allah dan rasa syukur kepada Allah.
Dan
wanita yang harus dicintai akan sedar akan dirinya yang tidak dapat
lari dari kematian. Dalam mempersiapkan bekalnya, dia akan sentiasa
berbuat kebaikkan, dan perkataan yang selalu keluar dari mulutnya adalah
zikir sehingga dia mampu mengingati Allah dalam keadaan susah mahupun
senang
Beberapa point untuk dapat menjadi wanita yang harus dicintai :
♥ Iman yang kuat,sentiasa taat beribadah, istiqamah dan sabar serta ikhlas.
♥ Bersifat Mulia dan Bersifat mulia dalam pergaulan, tingkahlaku dan bertutur kata.
♥ Berfikiran positif, tidak buruk sangka dan sentiasa berada dalam senyuman.
♥ Bersifat Mulia dan Bersifat mulia dalam pergaulan, tingkahlaku dan bertutur kata.
♥ Berfikiran positif, tidak buruk sangka dan sentiasa berada dalam senyuman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan