Ahad, 20 Mac 2011

BANGUNKANLAH UNTUK ANDA SEBUAH ISTANA DI DALAM SYURGA

Dari Suatu Saat Ke Saat Yang Lain
Pasti Ada Kemudahan
Insya-Allah..Amin

Ku turuti keinginanku,
ternyata ia memperhambakanku..
Sekiranya aku menerima apa adanya,
tentulah aku menjadi orang yang merdeka..

Perhatikanlah betapa banyak generasi yang telah berlalu.
Apakah mereka pergi membawa harta-harta mereka?
Membawa istana-istana mereka?
Pangkat serta kedudukan mereka?
Apakah mereka dikuburkan dengan emas permata mereka?
Apakah mereka berpindah ke akhirat dengan kereta-kereta dan
pesawat-pesawat mereka?
Sekali-kali tidakk...!

Bahkan mereka ditelanjangi dari baju dan penutup,
dimasukkan dengan kain kafan ke liang kubur,
kemudian mereka ditanya:
"Siapakah Tuhanmu?
Siapakah nabimu?
Apakah agamamu?

Oleh kerana itu, bersiap-siaplah dan
bekalilah diri anda untuk menghadapi hari itu.
Jangan anda bersedih hati atau kecewa kerana kehilangan
sesuatu harta duniawi,
kerana sesungguhnya harta dunawi itu adalah barang
yang murah dan pasti lenyap,
dan tidak kekal selain amal soleh.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Barang siapa yang mengerjakan amal soleh,
baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,
maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya
kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami berikan
balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa
yang mereka kerjakan.
(Surah AN-Nabil:Ayat 97)
Bekalan:-
Sakit  Laksana Misi Yang Membawa Berita Gembira
Sedang
Sihat Bak Hiasan Yang Mempunyai Harganya
Sendiri

Tiada ulasan: