Ahad, 13 Mac 2011

Sedikit Info Keibubapaan- dpt ari majalah apatah..lupa..Mendidik Anak Dunia & Akhirat sama pentingnya..:-)



Untuk mendidik anak-anak menjadi manusia yang bertakwa,
ibu bapa seharusnya terlebih dahulu menjadi insan yang bertakwa.

Bertakwa kepada Allah bermaksud,
menjalankan segala perintahNya serta meninggalkan segala
laranganNya

Sifat takwa dapat menimbulkan kesedaran untuk mendekatkan diri
kepada Allah dan menjadi bekal yang baik untuk kehidupan dunia, lebih-lebih lagi
di akhirat kelak.

Ibu bapa yang bertakwa menyedari bahawa, anak-anak merupakan
anugerah yang sangat berharga dari Allah SWT. Ia adalah amanah yang mesti
dijaga dengan sempurna, dan diberikan pendidikan yang padu dan mantap.

PENDIDIKAN YANG SEIMBANG
Pendidikan yang diberi kepada anak-anak hendaklah seimbang
dalam semua aspek. Sekiranya anak-anak dimanjakan secara berlebih-lebihan,
hal ini akan  merosakan masa depan mereka. Anak-anak yang terlalu dimanjakan akan
membesar menjadi remaja yang tidak tahu berdikari, terlalu bergantung kepada orang tua, kurang
bijak dalam mengadalikan soal kehehidupan, dan akhirnya akan mejalani kehidupan tanpa megetahui
matlamat hidup yang sebenar dan hakiki.

Sekiranya anak-anak dididik dengan cara yang keras,
yang terdapat unsur-unsur penderaan didalamnya, hal ini akan
menyebabkan anak-anak membesar menjadi insan yang penakut dan tertekan
perasaannya, atau menjadi keras hatinya.
Cara ini bukanlah cara yang dibawa oleh Agama Islam
yang amat mementingkan unsur-unsur kasih sayang
dalam mendidik anak-anak.
Pendidikan pertama yang perlu diajar kepada anak-anak ialah
memperkenalkan mereka kepada Allah SWT.
Inilah cara pendidikan yang berlandaskan kepada Al-Quran
dan As-Sunnah.
Dengan cara ini akan menghidupakan jiwa tauhid ke dalam
diri mereka sekaligus kehidupan mereka akan terpimpin dengan ikatan
iman yang teguh terhadap Allah sejak kecil lagi.

Perkenalkan kepada anak-anak akan khlimah tauhid sebagaimana
saranan yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W
dalam sabdanya yang bermaksud:

Bukakan hati anak-anak kamu itu dengan ucapan yang
pertama sekali iaitu La Ilaha Illallah.
Diriwayatkan oleh Al-Hakim daripada Ibni Abbas r.a

Luangkan masa yang sewajarnya untuk mendampingi anak-anak
dengan penuh kemesraan dan kasih sayang, bersedia mendengar masalah dan keluhan
mereka disamping bijaksana memberi tunjuk ajar, teguran , nasihat dan tauladan yang terpuji
supaya menjadi 'role model' yang unggul.
Ibu bapa yang menyerahkan tugas keperluan makan pakai anak-anak
sepenuhnya kepada pembantu rumah, sibuk dengan tugas dipejabat, aktif berpersatuan
dan leka dengan dunia 'glamour'
tidak mustahil anak-anaknya akan menghadapi situasi kurang mendapat
perhatian yang akhirnya akan melibatkan diri dengan gejala-gejala negatif.
Dari itu setiap ibu bapa mestilah melihat kelemahan dan kekurangan masing-masing
dan berusaha untuk memperbaikinya, agar anak-anak dapat diasuh dan dididik berlandaskan
berunsurkan syarak.

Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana rumahtangga yang tenteram,
sihat dan harmoni serta penuh takwa dan iman, perkembangan akhlak dan pekerti mereka
mulia dan tinggi, mudah menerima nasihat, tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat ibu bapa dan
merupakan anak-anak yang patuh dan taat lebih-lebih lagi terhadap tuntuan Islam.
Apabila mereka sudah dapat menerima nilai-nilai Islam, Insya-Allah
perkembangan mereka seharusnya dapat dikawal dalam batas-batas keimanan.

PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT
Perkembangan Teknologi Maklumat pada harini menjadi cabaran yang besar kepada ibu bapa
dalam mendidik anak-anak. Sistem penyebaran maklumat yang serba canggih memungkinkan
anak-anak hanyut dalam arus pemodenan yang tiada batasan.
Hal ini bukan saja mempengaruhi anak-anak, tetapi turut jugak mempengaruhi
ibu bapa yang lemah sifat takwahnya.
Tetapi sekiranya iman dan takwa menjadi benteng, ibu bapa akan dapat menghidarkan
diri dan seluruh ahli keluarga daripada terjerumus kedalam alam imajinasi ciptaan manusia.
Hal ini menyebabkan perkembangan Teknologi Maklumat
bukan saja mendedahkan kita kepada perkara yang berguna,
tetapi tidak kurang hebatnya mendedahkan diri kita  kepada pelbagai bentuk
keburukan yang amat disukai oleh nafsu.

Perkembangan Teknologi Maklumat
turut mengubah gaya dan hidup dan akhlak anak-anak.
Mereka menjadi lebih berani dalam berpakaian, mengucapkan kata yang kurang sopan
dan lucah dan sumpah seranah menjadi mainan di bibir mereka.
Sopan santun tidak lagi menjadi pakaian mereka.

Bagi menghindari perkara ini daripada berlaku, ibu bapa perlu mendidik anak-anak
dengan didikan agama yang sebenar.
Anak-anak hendaklah dibezakan antara perkara yang baik dan buruk,
agar mereka dapat menangkis dan menahan diri daripada terjebak kedalam
kemusnahan.
Apabila peribadi mulia dapat dibentuk dan disemai sejak kecil, anak-anak
akan berkembang menjadi remaja yang berakhlak mulia,
mentaati suruhan agama, menjauhi perkara yang mungkar serta terhindar daripada
gejala yang tidak sihat dan tidak bermoral.

Firman Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6 bermaksud:

'Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu
dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
penjaganya malaikat-malikat yang kasar, yang keras,
yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan
kepada mereka dan
selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

Tiada ulasan: