Ahad, 6 Mac 2011

PERLU BIJAK MENEPIS AJAKAN NEGATIF (Peringatakan khas buat adik remaja..dan sama waktu dgnnya..buat sya juga..:-))..)


Hidup indah kerana berkawan
dan boleh juga terjadi hidup merana juga kerana kawan.
Menilai baik dan buruk sesaorang kawan
terletak pada diri sendiri.
Dalam kehidupan seharian tanpa kehadiran
rakan dan taulan seakan sunyi dan sepi.
Dan
jarang sekali sesaorang itu tidak
mempunyai walaupun seorang rakan karib.
Tetapiiii..
berkawan bukanlah bererti kita
harus mengikut apa sahaja yang dilakukan sesaorang itu.
Perkara negatif jangan dijadikan teladan
tetapiii..
harus dijadikan sempadan.
Manakala perkara yang baik pula tidak salah
untuk dijadikan ikutan ..
Ini barulah indahnya berkawan..
:-)


Remaja atau sesiapa juga..
hari ini lebih cenderung meniru pekara negatif
berbanding pekara positif.
Di sinilah bermulanya segala kesalahan.
Ramainya remaja terbabit dalam gejala dadah
dan
gejala sosial yang lain kerana sukar menolak
ajakan negatif rakan sebaya.
Alasan..
hanya sekadar mahu 'suka-suka'
yang akhirnya membawa ke jalan buntu.
Ramai yang rosak kerana kawan
dan
ramai juga yang berjaya kerana dorongan kawan.


Jadi di sini
bukanlah silapnya sesaorang rakan itu seratus peratus
tetapiiiii..
segala-galanya terletak pada niat diri sendiri.
Sejauhmana bijaknya seseorang
itulah penentu
hala tuju hidupnya..

Tidak dinafikan sifat semulajadi manusia
iaitu lebih tertarik pada benda yang salah,
dorongan dan pandangan ibubapa harus diperketatkan.
Ibubapa dan keluarga
perlu memantau dan perlu memberi bimbangan
dan idola yang terbaik untuk anak-anak.
supaya mereka bijak membuat keputusan dan berani
untuk "Katakan Tidakk!!!"
kepada perkara negatif.


Ketelanjuran ini bukan berlaku pada remaja sahaja.
Malahan mereka yang lebih dewasa juga kadang kala terjebak sama.
Jadi ketegasan dalam diri sendiri
harus diwujudkan
untuk tidak mudah terpengaruh.
Dann
jangan sekali-kali memberi ruang
kepada hati dan niat untuk mencuba
sesuatu yang sah membawa kepada kehancuran...
Insya-Allah..Aminnn



Renung-renungkannn
dannn
selamat beramalllll...
:-D


Tiada ulasan: