Ahad, 20 Mac 2011

JANGAN ANDA CARIK-CARIK HATI ANDA DENGAN KEDUA TANGAN ANDA SENDIRI,,

TIADA ADA TUHAN SELAIN ENGKAU,
MAHA SUCI ENGKAU,
SESUNGGUHNYA AKU ADALAH TERMASUK
ORANG-ORANG YANG ZALIM

Wahai masa,
jika engaku masih mempunyai sisa bencana
untuk menghinakan orang-orang mulia
maka datanglah ia.....

Jauhilah apa saja yang boleh membunuh waktu anda, seperti membaca
majalah-majalah hiburan dan gambar-gambar lucah,buku-buku
berisi propaganda kekufuran,
kisah-kisah yang merendahkan moral, atau
mengikuti-mengikuti pemikiran yang menyimpang.
Menafaatkan waktu anda dengan membaca
majalah-majalah islam, buku-buku yang manafaat, buletin-buletin
yang membangunkan akhlaq , makalah-makalah kajian
yang berguna bagi anda di dunia
dan akhirat.

Sesungguhnya, ada sejumlah buku dan artikel yang dapat menciptakan
keraguan dalam hati dan peyimpangan. Semua itu
merupakan pengaruh budaya sesat lagi menyimpang dari
dunia non-muslim yang melanda pada kita yang akhir-akhir ini
sedang rancaknya melanda sebahagian besar negeri-negeri Islam.

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala, disisiNyalah
terdapat kunci perbendaharaan yang ghaib,
dan hanya Dialah yang dapat melenyapkan kesusahan
dan kesulitan. Oleh kerana itu,
mohonlah kepadaNya dengan permintaan
yang mendesak dan bacalah selalu doa berikut
dengan berulang-ulang, iaitu:-

Ya-Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau
dari kesulitan dan kesedihan.
Aku berlindung dari Engkau dari kelemahan dan kemalasan.
Aku berlindung dari Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut.
Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit hutang dan
tertindas orang lain
(Hadith riwayat Al-Bukhairi dan Muslim)

Bila anda sering mengulang-ulang hadith ini dan
renungkan maknanya,
Allah akan melapangkan dadamu
dari resah, gelisah dan derita.
Tentu sja dengan izin Allah.
Insya-Allah Amin..



Bekalan:-
Gunakanlah Tiap Detik Untuk Bertasbih,
Tiap Minit Anda Untuk Berfikir
dan
Tiap Jam Anda Untuk Beramal.



Tiada ulasan: