siapa tahu ia akan menjadi musuhmu satu hari nanti
dan
Bencilah musuhmu sekadarnya,
siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu
satu hari nanti...
-Sayidina Ali bin Abi Talib
Etika Berkawan dan Berlawan
Setiap daripada kita berada antara dua macam manusia,
iaitu kekasih yang mencintainya dan musuh yang membencinya.
Hati kita terasa lebih dekat kepada golongan pertama dan terasa jauh daripada
golongan kedua.
Namun tahukah kita, apakah garis panduan cinta dan benci
yamg mesti kita turuti sebagai seorang Muslim?
Ya, Islam bukan hanya mengajar etika berkawan,
malah turut mengajar etika berlawan,
Prinsip terpenting yang menjadi asas kedua-dua etika ini
adalah "Keadilan (moderat)", Islam melarang kita melampau
dalam mencinta dan membenci sehingga membutakan mata kita daripada
melihat kebenaran.
Perhatikan firman Allah ini, maksudnya:
"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang
yang selalu menegakkan(kebenaran) kerana Allah,
menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah
sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum,
mendorong kamu untuk berlaku tidak adil.
Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa.
Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah maha mengetahui
apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Maidah 5:8)
Kebencian Melampau
Apabila kebencian kita melampaui garis wasatiyyah,
kita akan hidup dalam deraan psikologi yang sangat meneksa.
Setiap kali mendengar nama orang yang kita benci itu disebut,
fikiran kita menjadi keruh.
Jika sesaorang memujinya, hati kita seolah-olah terbakar.
Hati kita penuh dengan sangkaan buruk setiap kali melihat orang yang
kita benci itu melakukan atau mengucapkan sesuatu.
Kita sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan
Kita tidak dapat menerima kenyatan bahawa setiap
orang memiliki kelebihan walau sekecil mana pun.
Kita lebih tidak boleh menerima jika orang lain mengetahui kelebihan itu.
Kita akan sibuk membuka aib dan keburukan orang itu,
Pada tahap yang lebih parah,
kita bukan saja membenci orang yang kita benci itu,
malah turut membenci setiap orang yang ada bersamanya.
Kita membenci ibu bapa, teman, murid, guru, bahkan haiwan peliharaanya.
Saban hari, semakin bertambah bilangan orang yang kita benci.
dan saban hari juga,
semankin berkurang bilangan orang yang boleh
Akhirnya, kita hidup ditengah ramai musuh
dan sedikit kawan. Hati kita pula selalu dalam keresahan.
Ya, kebencian yang berlebihan hanya
akan merosakan diri sendiri.
Oleh sebab itu, al-Hassan al-Basri berkata
"Bersederhanalah dalam mencintai, dan moderatlah dalam membenci.
Sungguh ramai orang yang binasa
kerana kelebihan dalam mencintai.
Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan
dalam membenci."
(Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al.Iman)
dalam cinta dan benci.
Dan jagalah mata kami dari dibutakan oleh kedua-duanya.
Benar, buta mata hati adalah seburuk-buruk musibah yang Engkau
timpakan kepada hambaMu di muka bumi ini..
Amin ya rabbal'alamin
*petikkan dari majalah SOLUSI..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan