Daya tarikan pada wajah seseorang itu bukanlah terletak pada kecantikan semata-mata.
Walaupun wajah manusia ini memang berbeza daripada rupa paras tetapi perasaan
terhadap seseorang itu lahir dari dalam sanubari kita.
Apabila bertemu dengan seseorang, kita akan membuat penilaian menerusi
perasaan kita terhadapnya
seperti suka, rasa mesra, segan-silu, manis, lembut,
ayu, sombong, dan sebagainya.
Apakah yang mempengaruhi perasaan kita terhadap seseorang?
Contohnya:
Apabila kita bertemu sengan seseorang hafiz, seorang alim
atau orang yang pulang dari Makkah, kita akan menyatakan
wajah mereka ini lembut, jernih, berseri, bersih dan
seumpamanya.
Apakah fenomena ini berlaku secara semua jadi atau
dibuat-buat? Antara rahsia untuk mendapatkan wajah yang
menyenangkan orang yang melihat kita adalah seperti yang berikut:-
Kita perlu memasang niat dalam semua perkara yang kita lakukan
sebagaimana mafhum sabda Rasulullah S.A.W riwayat Muslim:
"Sesungguhnya setiap perbuatan itu adalah dengan niat dan sesungguhnya
bagi setiap manusia itu(balasan) apa yang telah diniatkan."
Hadis ini membawa pengertian bahawa setiap perbuatan dan amalan itu dinilai berdasarkan niatnya.
Jika niatnya baik dan ikhlas kerana Allah Taala, maka itu
merupakan ibadah yang menyebabkannya
memperoleh ganjaran pahala.
Secara saintifik pula, orang yang berniat
baik dan ikhlas ini akan mengeluarkan tenaga dalaman positif
yang terpancar melalui getaran atau gelombang(Brain wave)
yang hanya dirasai dengan gerak hati atau intusi.
Wajah orang yang positif ini, dirasakan menarik,
bersih, lembut, manis, dan sebagainya.
Orang yang mendampinginya akan
merasakan aura itu.
Oleh sebab itu, jagalah niat kita
bertemu dengan seseorang kerana boleh terpancar
diwajah kita..
Senyuman
Senyuman yang tulus ikhlas dapat menghangatkan jiwa
yang menerimanya. Ia boleh menjadi penawar dan ibadah, malah
turut menceriakan dan memaniskan penampilan kita.
Apabila kita senyum dengan niat kerana Allah,
ia jadi ibdah sedekah.
Senyuman mampu menjadi penawar
kepada penyakit rohani yang kronik.
Orang yang selalu senyum akan dapat mengeluarkan endorphin
dalam badan yang mampu menimbulkan rasa lega,
selesa dan ceria.
Kesan senyuman ini dapat menimbulkan rasa gembira
kepada orang yang melihatnya .
Senyuman yang ikhlas akan meresap dalam kalbu yang
paling dalam.
Wajah Ceria
Keceria ialah anugerah Allah yang tidak terhingga kepada manusia.
Ia berpunca dari lubuk hati yang bersih dan suci. Rasa senang
dan bahagia menimbulkan wajah yang ceria.
Ia merupakan satu kebaikan yang perlu diambil perhatian sebagaimana
sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis ini yang bermaksud:
" Janganlah kamu memandang remeh terhadap segala kebaikan,
walaupun hanya sekadar kamu berjumpa dengan saudaramu
dengan wajah yang ceria."
(Riwayat Muslim)
Alangkah senangnya hati kita melihat wajah orang yang ceria.
Wajah orang yang ceria dapat menghiburkan orang lain.
Kata-kata yang Menyenagkan
Manusia sangat senang dengan kata-kata pujian dan penghargaan.
Ia dapat memotivasikan orang yang menerimanya.
ucapan yang baik dengan penuh kemesraan dapat
memikat hati orang yang mendengarnya.
Allah juga memerintahkan kita supaya mengucapakan
kata-kata yang baik seperti firmanNya dalam surah
Al-Baqarah ayat 38,
mafhumnya.
"Dan ucapkanlah kata-kata baik kepada manusia."
Oleh sebab itu, rahsia orang yang hebat ialah apabila ia
dapat mengeluarkan kata-kata yang menyenangkan hati
orang lain.
Penampilan yang Menarik
Persepsi orang yang melihat kita banyak bergantung pada pakian kita
kerana 95% daripada badan orang muslim dilitupi oleh pakaian. Identiti seseorang
banyak bergantung pada cara mereka berpakaian,
Cuba buat perbandingan
sesaorang korporat dengan seorang imam mesjid.
Tentunya jelas kepada kita bahawa pakaian
banyak mempengaruhi persepsi
orang terhadap kita.
Manusia sangat senang dan suka kepada
kecantikan.Oleh sebab itu,
pilihlah pakian yang menarik dan sesuai
dengan keadaan dan suasana supaya orang senang
melihat kita.
Kita mampu untuk membuat orang senang
melihat wajah kita
jika kita berusaha mengubah diri menjadi yang terbaik.
Kemantapan dari segi fizikal, emosional dan
spiritual harus seimbang supaya kita disayangi Allah dan berjaya menawan
hati orang. Jika kita memberikan kebaikan,
kita juga menerima pulangan yang sama
iaitu kebaikan.
Insya-Allah..Aminn
:-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan