Ahad, 13 Mac 2011

Jangan Anggap Kita Lebih......

Beberapa Panduan Imam Al-Ghazali
supaya kita tidak bersikap sombong dan angkuh...
Insya-Allahh...

Jika berjumpa kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita,
kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

Apabila bertemu dengan orang tua,
anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana beliau sudah lama beribadat.

Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita,
kerana banyak ilmu yang telah dipelajarai dan diketahui.

Apabila melihat orang jahil., anggaplah dia lebih mulia daripada kita,
kerana dia membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita
membuat dosa dalam keadaan mengetahui...

Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana
mungkin satuhari nanti dia akan insaf dan bertaubat diatas kesalahanya...

Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan dalam hati bahawa
mungkin pada satu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah
dan akan memeluk islam, maka segala dosanya diampunkan
oleh Allah..


Tiada ulasan: