Isnin, 28 Februari 2011

MALAS ADALAH TEMAN KEGAGALAN

Tempat yang paling dibanggkan di dunia
adalah yang mempunyai penerangan
dan sebaik-baik teman duduk sepanjang masa
adalah buku

Kami menganjurkan kepada anda untuk menekuni perkerjaan anda dengar benar
Kemudian, janganlah anda berpangku tangan
kerana bosan, malas, dan tunduk pada kelalaian.
Tetapi bagkitlah dan kemaskan rumah dan perpustakaan peribadi anda.
Tunaikanlah tugas anda,
dirikanlah solat, bacalah Al-Quran dan buku-buku yang berfaedah,
dan dengarkanlah kaset-kaset yang bermanafaat.
Duduklah bersama para tetangga dan teman-teman anda.
Diskusikan kepada mereka hal-hal yang dapat mendekatkan diri pada Allah.

Pada saat itu,
engkau akan menemukan kebahagiaan, kelapangan dan kegembiraan.
Jangan sekali-kali kamu menyerah pada kekosongan,
kerana semua itu akan memberimu penderitaan,
kesempitan hati, godaan, keraguan dan
kesuraman jiwa yang tidak dapat dihilangkan
kecuali dengan menibukan diri dengan perkerjaan.

Anda harus memerhatikan penampilan anda,
sehingga anda tetap kelihatan cantik,
harum didalam rumah, serta kelihatan kemas dan bersih
tempat duduk anda.
Anda harus menyambut suami anda dengan
akhlaq yang baik: 
begitu pula terhadap anak-anak anda,
saudara-saudara anda,
kaum kerabat anda, dan teman-teman anda
dengan senyuman keramahan dan dada yang lapang.

Aku peringatkan agar engkau menjauhi perbuatan maksiat,
kerana ia adalah penyebab kesedihan.
Khususnya perbuatan maksiat yang banyak dilakukan
oleh perempuan,
seperti melihat sesuatu yang diharamkan,
mempamerkan kecantikan, berkhalwat dengan orang asing(bukan mahram),
melaknat, mencaci dan mengumpat, atau
mengingkari hak-hak suami dan tidak mengakui
kebaikannya.

Semua perbuatan tersebut
banyak dilakukan oleh perempuan kecuali mereka
yang mendaptkan rahmat Allah.
Takutlah engkau akan kemurkaan Allah.
Bertaqwalah kepadaNya,
kerana taqwa adalah jaminan kebahagiaanmu
dan
keredhaanNya atas hati tulusmu.


Bekalan:
Apabila Kesusahan Datang Menerpa Diri
Dan
Kecemasan Bertindih-tindih Menghimpit Anda,
Ucapkanlah
Laa Ilaha Illallah.
 

Tiada ulasan: