Fungsi Kolagen :
# Kolagen adalah komponen protein utama di dalam tubuh. Kewujudannya merangkumi 70% pada lapisan kulit, tulang,kartilaj (sendi), saluran darah, tendons dan gigi
# Terdapat beberapa jenis kolagen seperti kolagen I (kulit, tendon tulang, kornea (mata), II (rawan, tulang belakang), III (kulit fetal, jantung), IV (membran dasar).
#Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an.
# Merupakan penjaga bentuk dan struktur tubuh serta penyambung jaringan halus pada rangka tubuh.
# Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Dan selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin kurang kolagen. Inilah antara punca kedutan
Lindungi kulit dengan apa yang kita makan:
Antara jenis makanan yang dapat melindungi kesihatan kulit ialah makanan tambahan yang mengandungi kolagen ikan. Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit sekali gus memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro), sejenis asid amino yang berfungsi sebagai penstabil struktur kolagen sepertimana glycine yang berperanan bagi mengekalkan lembapan kulit.
Asid lemak Omega-3 membantu bagi menguatkan saluran darah agar kulit menerima darah yang mencukupi, sekaligus mampu menyingkirkan toksin yang tidak diperlukan oleh tubuh. Kesan ini boleh dibantu dengan lecitin soya yang dipercayai dapat membantu melancarkan perjalanan darah. Di samping itu, corak pemakanan yang baik seperi mengambil makanan yang kaya serat,air yang cukup, turut membantu membersihkan usus daripada toksin. Selain itu, kepentingan asid amino dan perbagai vitamin serta mineral yang lain turut diperlukan kulit bagi memastikan tisu kulit kekal sihat dan remaja.Kelebihan kolagen ikan :
# MOLEKUL KECIL kolagen ikan yang digunakan berfungsi untuk mudah diserap ke dalam tubuh.
# KOLAGEN IKAN sangat mudah dihadam dan membantu membentuk semula kolagen yang kian menyusut pada bahagian sendi, tulang, kulit dan lain-lain.
# KERAP DIGUNAKAN bagi tujuan kesihatan seperti membantu meredakan risiko osteoathritis, osteoporosis dan arteriosclerosis. Kajian klinikal awal menunjukkanpengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan