Selasa, 8 Februari 2011

Apabila Org mengata, apakah tindakan kita

Assalamualikumm wbtt..


Mlm ni nk share tentang penulisan DR.HM Tuah Iskandar Al-Haj yg kita terbaca kejap tadiikkk..Semuga sedikit sebanyak kita akan dpt mengawal kemarahan dgn lebih baik dari yg sebelumnyaa..Insya-Allah..aminnn


Jika anda dikata orang..apakah yg anda nak buat eaa? lawan ? sabar? Jika anda lawan..tahukah andaa keadaan akan bertambah genting. Belum tentu anda menang, sebaliknya akan lebih banyak rahsia terbongkar. Jika anda sabarrr..(Sabarlahhh Sabariahh..hihiii nick kwn sy tuee..ngengengeee)mungkin juga orang menganggapkannya Benar, tetapi ia mampu mematikan sebarang hujah.

Ketika org marah diam sahajalah, jgn dilawan, nanti semakin marah dia. Ketika org tgh berhujah dan mmg suke menang, biarkan sja mereka berckp, nanti dia akan berhenti sendirik..klu dilawan dan dilayan memang xkan habis2 jadinya..

Jika suami anda marah, diam sja. Biar dia rasa dia betul, biar dia keluarkan apa2 yg hendak dikluarkan. Nanti bila ia dah habis, akandiamlah dia.Kalau dilawan atau dilayan itu mcm memberi modal baru kpdnya. Suami yg suka marah2 mmg tidak akan mudah mengalah. Kalau dah marah gilerrr ygnahas nanti diri anda juga.

Dengar2 dikata org, pilihlah sikap diam, kecuali org dtg minta penjelasan secara tertib, kita jelaskan secara tertib. Klu org dtg maki hamun, cuba tabahkan hati dgn diam dan senyum dan berlalu dari c tue..mmg susah nak buattt knnn...tapii itulah senjata utk memadamkan semua ckp2 yg tidak sedap didengarr..:-(

Apa rugi dikata org? Lagi byk dikata, lagi byk dpt pahala, Dikata org itu sakit tetapiii klu hujungnya nanti terserlah kebenaran, nikmatnya, Masya-Allah..Indahnyaaa...

Tak ada manusia dari terlepas dari dikata org. Siapa pun akan dpt. Semakin besar org itu, semakin berpengaruh org itu, semakin kaya dan ternama org itu, semakin byk dan semakin keraplah dikata org..

Nak dilayan semua kerr? Buat apa buang masa. Drpda melayan kata2 org lebih baik buat kerje lain knnn.Setiap kerja akan berhasil hujungnya. Klu tak berhasil punn, ia mendatangkan pengalaman paling berharga. lama2 berhasillah

Layan Orang Giler akanJadi Giler. Layan suka org mengata akhirnya lebih pakar dari si pengata,Lebih baik diam dan sabar. Nak Lawan dan nak layan mmg tak terlayan kita.

Pilihlah Sabar..

At-Tirmidzi meriwayatkan, Nabi s.a.w. bersabda, " Sukakah aku beritakan padamu orang yg diharamkan masuk neraka?"

Jawab sahabat, "Ya khabarkan kepada kami ya Rasulullah."

Bersabda Nabi s.a.w., "Neraka itu haram atas tiap org yg lunak, ramah, lapang dada dan murah baik hubunganya."

Bermakna klu dikata mcm mana pun, sambut dgn senyum. Klu tak boleh senyum pun,releks sja,jgn kelam-kabut, jgn mengamuk.

Al-Khatib dalam kitab "Irsyadul llasabilirrasyad" meriwatkan, "Orang yg sabar itu mulia di dunia dan juga mulia di akhirat."

Jadi pilihlah sabar drp lawan. Lawan semakin menyakitkan hati, tapi sabar menjadi penawar hati. Berlawan dgn kebodohan, akan berakhir dgn kebodohan,sebaliknya ketenangan dan kebijaksanaan serta sentiasa untung.

Lihat kisah di bawah bagaimana sabarnya Nabi s.a.w yg ketika itu memakai serban buatan yg agak tebal pinggiran serban itu, tetiba dtg sorg Badwi yg menarik sarban itu dari leher Nabi s.a.w. kerana sgt kasar tarikan Badwi itu lalu dia berkata, "Ya Muhammad, berikan padaku dari harta Allah yg ada ditanganmu."

Maka Nabi s.a.w. menoleh pada Badwi itu dan tersenyum, kemudian menyuruh sahabat yang menjaga baitulmal supaya memberi pada Badwi apa yang dimintanya.

Peristiwa ini sepatutnya menjadi kayu pengukur pada maklum balas kita apabila berdepan dgn sikap2 yg tidak manis. Kelunakan akan sentiasa memadamkan keangkuhan.

Dunia akan aman oleh kesabaran berbanding keegoan. Hidup akan juga akan aman oleh berbanding pertentangan. hari ini kita tiada masa lagi untuk membuang2 waktu berdepan dgn kekalutan manusia sebab kekekalutan hidup sudah cukup banyak. Tenang, lunak. sabar dan mubar adalah benteng segalanya.

Sekarang fikirkan, apakah sikap kita selama ini apabila ada org mengata atau mengutuk kita? Kita berasa marah? Nak Mengamuk? Mahu belasah org tueee?..mcmmm nak giggittt jugakk org tueee?

Mampukah kita senyumm dan berdiam diri spt Nabi SAW?

Tiada ulasan: