Sabtu, 12 Februari 2011

Memotivasikan diri...I Feel good



Pandangan kita terhadap diri kita jauh lebih penting dari pandangan orang lain terhadap diri kita. Harga diri atau Self Esteem adalah pandangan seseorang pada dirinya , tentang kemampuannya, kebolehannya untuk berjaya dalam kehidupan.
Orang yang mempunyai harga diri yang rendah sentiasa memandang dirinya tidak tahu, tidak mampu dan tidak boleh melakukan pekerjaan. Justeru itu ramai yang tidak berjaya sebab mereka mementingkan pandangan orang lain terhadap dirinya daripada pandangan dirinya sendiri.Kita mesti memandang harga diri kita tinggi supaya kita memandang harga diri orang lain juga tinggi.

Orang yang merasa harga dirinya tinggi akan melahirkan:
1. Rasa selesa dengan dirinya. Walaupun mulut tak secantik buah delima tapi akan menggunakan mulut untuk berkata yang baik saja. Walaupun rendah secara fizikal tapi mahu tinggi pada penilaian Allah.

2. Percakapan dengan diri sendiri (Self talk) sentiasa positive. 90 % dari orang yang rendah harga diri yang mempunyai self talk yang negative, susah, malu,tak boleh buat dan lain lain lagi. Musuhnya adalah dirinya sendiri. Kegagalan adalah datang dari dirinya sendiri.
3. Always feel good, produce good quality output. Sesuatu kerja yang baik dihasilkan ketika kita dalam keceriaan, tidak dapat dihasilkan ketika kita dalam stress
Mungkin kita ada memperlekehkan, memandang rendah pada kawan kita, ketahuilah sebenarnya diri kitalah yang rendah pada ketika itu.Sifat takbur dan perasaan harga diri yang tinggi adalah tidak sama. Sifat takbur merasa diri tinggi tapi memandang rendah pada orang lain.

Berbeza dengan perasaan tinggi harga diri yang merasa dirinya tinggi dan memandang orang lain pun tinggi. Apabila kita menghormati orang lain akan mewujudkan interaksi yang harmoni dan seterusnya menghasilkan kejayaan.

Jangan kita bimbang jika kita tidak dihargai, kerana kita tahu kita mempunyai harga diri yang tinggi. Semoga hidup kita ceria dan menyumbang yang terbaik kepada masyarakat. Insya-Allah aminn...Wassalam

Tiada ulasan: