Khamis, 17 Februari 2011

Antara Takut Dengan Allah kerr..Dengan Manusia....



Saranan hendaklah takut kepada Tuhan

Selalu sahaja di dalam ceramah-ceramah

Di atas mimbar, hari Juma’at ketika khutbah

Hati tidak juga terasa

Biasa saja

Ketika Allah disebut hati tidak terasa apa-apa

Takut tidak juga membara



Tapi teringat sahaja peperiksaan akan tiba

Bimbang menerpa

Selepas periksa

Bimbang lagi

Takut keputusan tidak berjaya

Bila hendak bertemu boss

Hati gementar bila bertemu

Lebih-lebih lagi gementar

Bila ditanya oleh boss

Gugup sahaja



Dengan bini yang cerewet dan membebel tidak jemu-jemunya

Si suami bila balik jantung berdenyut-denyut hati bergelombang

Takut ditanya tengking herdik

Sumpah seranah mesti kena

Apatah lagi ketua negara

Bila berada dengan orang-orang pentingnya

Tidak ada yang sanggup berkata

Kalaupun berkata, gugup-gugup sahaja

Boss mereka bila berkata

Semua mereka angguk-angguk setuju

Walaupun hati belum tahu

Walaupun ada yang tidak setuju

Semuanya membisu

Kalau beri pandangan sebaliknya

Takut jawatan yang ada terancam

Tumpah pula periuk nasi



Padahal Allah selalu mengancam dan menggugut

Memberi amaran dan ingatan

Dengar macam tidak dengar

Tahu macam tidak tahu

Percaya macam tidak percaya

Justru tidak terasa apa-apa

Tidak tergugat pun jiwa,

Tidak gerun, tidak gentar

Perasaan hati biasa sahaja

Begitulah manusia banyak sangat yang ditakutinya

Namun begitu takutkan Allah tidak juga terasa

Tiada ulasan: