Jumaat, 25 Februari 2011

CUKUPLAH KEMULIAAN ANDA DENGAN MENJADI SEORANG MUSLIMAH

Jangan kau putus asa
kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu, di manakah Allah dan takdirNya?
Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah,
merupakan penebus dosa anda atas izinNya.
Bergembiralah dengan kabar yang terdapat dalam hadith ini:
Rasulullah SAW bersabda:-
Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjekan solat
lima waktunya, dan memelihara kehormatannya, nescaya ia
akan memasuki syurga Tuhannya.(Hadith riwayat Ahmad)

Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang
dimudahkan oleh Allah.
Oleh kerana itu saudariku,
laksanakanlah amalan-amalan yang agung tersebut.
Agar engkau dapat menemui Tuhan yangMaha
Pengasih, berjalanlah sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah NabiNya,
nescaya engkau akan menjadi seorang muslimah
sejati...Insya-Allah..Aminn..



Semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung
dan kebanggaan yang besar bagi anda.
Kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan di negeri-negeri
kafir, iaitu negeri Nasrani, Yahudi, Komunis,
ataupun agama dan ideologi lain yang
bertentangan dengan Islam.
Sedangkan,
anda dipilih oleh Allah untuk menjadi muslimah sejati,
dan
Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan
umat Muhammad SAW.
Anda juga termasuk orang-orang yang
mengikut jejak Aisyah, Khadijah dan Fatimah
Semoga Allah meredhai mereka semua
Insya-Allah..Amin..


Kami sampaikan ucapan selamat buat anda,
kerana anda adalah wanita
yang solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan,
menunaikan haji di Baitullah
dan
memakai hijab yang diperintahkan oleh agama.
Ucapan selamat buat anda..
kerana
anda redha Allah sebagai Tuhan yang disembah,
Islam sebagai agama yang dianuti,
dan
Muhammad SAW sebagai rasul
yang diikuti.


Bekalan:
Bukan EmasPertama Yang Menpercantikkan Anda
Melainkan Yang Mempercantikkan
Anda Adalah Akhlaq Anda
dan
Kekayaan Anda
Adalah Etika Anda..

Tiada ulasan: