Kelembutan ALLAH betapapun lama masanya,
terasa bagaikan kerdipan mata bila mata memejam..
Saudariku..
sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan...
Insya-Allah..
Setelah setitis air mata pasti ada senyuman,
dan setelah malam pasti akan datang siang.
Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu,
pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap,
segala masalah pasti teratasi,
dannnn
segala bencana pasti akan berakhir dengan
izin Allah..
Ketahuilah ..
bahawa sesungguhnya engkau diganjari pahala.
Jika engkau seorang ibu,
anak-anakmu akan menjadi penyokong islam,
pelayan dan penolong agama..
jika engkau mampu mendidik mereka dengan
pendidikan yang benar.
Mereka akan berdoa untukmu
dalam sujud-sujud dan dalam malam-malam ibdah
mereka..
Sungguh satu nikmat yang luar biasa menjadi ibu
yang penuh kasih sayang dan kelembutan.
Dan cukuplah bagimu untuk merasa mulia
dan bahagia bahawa Ibu Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wassalam
adalah seorang ibu yang menghadiahkan
bagi seluruh manusia
seorang pemimpin agung
dan Rasul yang mulia
Dari puteri Wahab telah menghadiahkan
kepada umat manusia
"Tangan Putih"(Nabi Muhammad SAW)
yang merangkul bahu semua manusia
Saudariku...
sebenarnya anda mampu menjadi
da'iyah (penyeru kebaikan)
dikalangan perempuan dinegeri anda..
Serulah mereka dengan kalimat yang benar,
nasihat yang baik dengan penuh hikmah..
Sesungguhnya.
wanita dengan perilaku yang soleh
dapat melakukan sesuatu
yang tidak dapat dilakukan dengan cara berkhutbah,
berpidato, atau mengikut pembelajaran...
Betapa banyak wanita yang tetap dikenang,
kerana menjadi rujukan dalam agama,
rasa malu, hijab, akhlaq yang baik,
baik pada tetangga dan taat pada suami.
kisah hidup yang harum
akan terus diceritakan oleh
kebanyakan orang,
dijadikan nasihat di majlis-majlis
dan
ikutan yang ingin selalu ditiru
oleh kaumnya..
Bekalan....
Esok Akan Merkah Bunga
Yang Harum
Baunya Mengusir
Segala Kesedihan
dan
Menjadi Penghibur Hati..
Insya-Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan