Fine
Ini ia yg ppuan suka gunakan tuk hentikan pergaduhan, lebih2 lagi bila dia rasa dia betul dan anda kena diam.Jgn sekali2 gunakan perkataan ini utk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedng mencuba pakaian di kedai-hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
Lima Minit
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dgn 5 minit yg perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yg seimbang,
Tak de hapa2
Ini bermakna "something' dan anda perlu berjaga2!! perkataan ini melambangkan perasaan ppuan yg inginkan anda berputar2 kat dalam mcm mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yg akan bertahan selama "Lima Minit" dan diakhiri dgn "FINE".
Pergilaaaaaaaa...
(dgn kening terangkat) ini adalah satu cabaran yg membuat si ppuan menjadi marah dgn "TAK DER HAPA2" dan diakhiri dgn "FINE'. PERGILAH (dgn kening biasa) ini bermakna "mengalah" atau "buat je la apa yg awk nak sbb sya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dlm beberapa minit diikuti dgn ;TAKDER HAPA2", "FINE" dan dia akan ckp kembali dgn anda dlm masa 'LIMA MINIT" apabila dia dh sejuk.
Mengeluh Yg Kuat
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yg sering disalah anggap oleh kaum lelaki. MENGELUH YG KUAT bermakna dia merasakan anda adalah seorg yg kurang bijaksana ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di c tue dan bergaduh mengenai TAK DER HAPA2..
Mengeluh yg Perlahan
Lagi sekali, ini bukan perkataan MENGELUH YG PERLAHAN membawa maksud yg dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jagn buat sebarang tindakan..dan dia akan kekal puas.
Okey lahh
Bermakna dia ingin berfikir panjangsebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yg telah menyakitkan hatinya. OKAY LAH selalunya digunakan dgn FINE bersama KENING YG TERANGKAT
Buatlah
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah besar punyerrr..!!!
Tolonglah
Ini bukan kenyataan,sebaliknya adalah pelawaan. Seorg ppuan memberi anda peluang utk mengeluarkan sebarang alasan atau sbb di atas apa yg telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yg adil dengan kejujuran, jadi berhati2 dan anda tidak akan mendapt OKAYLAH
Terima Kasih
Seorg ppuan mengucapkan TERIMA KASIH. Jgn pensan. Terima dan ucapkan sama2.
Terima Kasih Banyak-Banyak Awakkk
Ini banyak berbeza dari TERIMA KASIH. Seorg ppuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampu marah pada anda. Ini menunjukkan yg anda telah menyinggung perasannya dan akan diikuti dgn MENGELUH YG KUAT kerana ini hanya akan membuat dia berkata TAKDER HAPA2........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan