Isnin, 7 Februari 2011

Cara Megatasi Keletihan Badan


Kita masuk sudut kesihatan pula hari ini…mungkin ada dikalangan kita yang keletihan…walaupun kerjanya setiap hari ringan saja…. sentiasa rasa tidak bermaya..sebenarnya keletihan tubuh bukan sahaja kerana membuat kerja yang berat tetapi ada beberapa sebab yang menyebabkan badan cepat letih dan mengantuk terutama di siang hari,tanpa kita sedar dan antara sebabnya adalah :



Sensitiviti ElektrikTerasa seperti tidak cukup tidur, sakit kepala, pening dan penat boleh disebabkan kerana kamu di kelilingi alat-alat elektrik. Ada fakta menyatakan bahawa sensitiviti elektrik mempengaruhi 35% terhadap populasi dunia. Sensitiviti elektrik mempengaruhi sistem semulajadi badan. Tanpa di sedari penyebabnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit di sisi katil,penggunaan pengering rambut melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan terlalu dekat dengan skrin komputer.


Cara mengatasinyaGantikan digital kepada jam analog, guna monitor komputer jenis LCD, alihkan alat-alat tanpa wayar ke bilik berasingan.Diabetes tanpa SedarMengikut Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih kurang 500,000 wanita tidak mengetahui mereka mengidap diabetes. Menurut pakar pemakanan, diabetes terjadi apabila terdapat banyak gula dalam darah yang tidak diperlukan oleh tubuh.




Apabila glukosa tidak ditukarkan kepada tenaga sama ada disebabkan insulin yang tidak cukup atau insulin tidak bekerja dengan betul menyebabkan hati mengeluarkan glukosa berlebihan dan badan tidak mampu menukarkan kepada tenaga kemudian memecahkanya menjadi lemak dan protein yang menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil. Simptom diabetes ialah kencing kerap dan cepat dahaga badan pula menjadi mudah letih dan lemah.




Cara mengatasiCuba ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan memastikan adakah anda berkebarangkalian mengidap diabetes, lakukan ujian darah untuk mengukur tahap gula dalam darah. Ketagihan memakan makanan yang manis dan berlemak sebelum kedatangan haid juga antara petanda kamu mengalami ketidakseimbangan kadar gula dalam darah. Makan setiap 3 jam dan jauhi roti, yogurt buah, jus, rokok dan kafein.




Banyakkan mengambil makanan laut, telur, sayur sayuran hijau dan buah seperti buah pear, anggur, pic dan kiwi. gantikan pasta dengan beras perang, bubur dan bijirin.Makan TengahariMakan yang tidak menentu dan tidak teratur menyebabkan kita mudah marah dan keletihan. Amalan pemakanan yang tidak teratur mempengaruhi tindak balas imunisasi yang mengurangkan amaun tenaga dalam badan. Makan tengahari tidak harus diambil terlalu berat kerana mendorong perasaan malas dan mengantuk.Cara MengatasiMakan tengahari bukan untuk mengenyangkan tetapi untuk meneruskan aktiviti seterusnya. lebih baik mengambil makanan berat ketika bersarapan dan jangan sesekali meninggalkan sarapan anda. Elakkan lauk pauk yang berlemak dan berkolestrol. Ambil buah buahan selepas makan untuk menyegarkan badan.




Masalah GinjalMaslah ginjal boleh mnyebabkan anemia (kurang darah merah) seterusnya membawa keletihan.Cara MengatasiBerbincanglah dengan doktor jika anda mengalami masalah ginjal juga merangkumi tiroid kerana tiroid juga boleh membawa kepada keletihan. Elakkan pengambilan kafien dan alkohol dan banyakkan mengambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan rumpai laut.





Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B12kekurangan zat besi dan vitamin B12 boleh membawa kepada penyakit anemia. B12 pula berfungsi dalam sistem darah iaitu membantu membawa oksigen ke serata badan. Manakala zat besi untuk penghasilan darah merah. Tanda-tanda pengidap anemia ialah kulit kelihatan kekuningan, tetapi jika kamu letih dan cepat emosional cubalah mengambil vitamin B12.cara mengatasiMengambil vitamin tambahan seperti multivitamin dan sebagainya.Cara SenamanSenaman memang bagus untuk badan namun jika waktu yang dilakukan itu tidak kena boleh menyebabkan keletihan kerana kamu kurang tenaga dan kesan pada keesokan harinya.cara mengatasiBersenam seperti berlari,berjalan atau aerobik diwaktu pagi dan pada malam hari boleh lakukan senaman seperti berjalan sekeling rumah atau yoga. Ini Dapat melegakan minda dan otot-otot. Jika kepenatan, lakukan sahaja senaman ringan sekitar 30 minit yang mampu merangsang tenaga dalam badan.

TekananSebenarnya jika kita mengalami tekanan akan memberi efek terhadap tubuh juga. Anda mengalami tekanan mungkin di sebabkan malasah-masalah seperti berikut iaitu kurang motivasi, tiada keinginan terhadap seks, dan juga mengalami turun naik berat badan yang tidak seimbang.



Cara mengatasiBoleh di pulihkan dengan berjumpa doktor pakar mengambil antidepressants, sesi terapi atau kedua-duanya. Cognitive behavior theraphy (CBT) boleh membantu mengubah cara pemikiran seseorang. Dengan membantu mengubah fokus otak melalui tabiat baru. CBT membantu kamu mengawal stress dan tekanan. Therapi ini selalunya dilakukan seminggu sekali selama 6 minggu.InsyaAllah kesempatan saya sambungkan bagaimana cara untuk mengatasi strees dan keletihan ketika kerja ini..

Tiada ulasan: