Jumaat, 1 Julai 2011

Allah mendengar ketika hati kita sedang menanggis...


Senyumlah ketika kita kehilangan sesuatu 
kerana kita tahu Dia 
telah menyediakan yang lebih baik...


Senyumlah ketika keadaan membuat kita berkecil hati..
 kerana kita tahu 
Dia akan mengubah kesedihan kita,
menjadi sukacita..


Senyumlah ketika sesaorang menyakiti hati kita... 
kerana kita tahu Dia 
tidak pernah tidur dan selalu menjaga kita...

Seyum dan bersukacitalah kerana pertolongan kita sudah dekat..
 
 
Tuhanku..
ketika hati ini menangis, 
hanya Engkau sahaja yang tahu..

Tuhanku..
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri...
Ketika dunia tiada simpati..
Kau tetap mendengar rintihanku...
PadaMu tempatku menagih kasih.
Ketenangan ku rasa mendekatiMu.
Syahdu malam tak terasa sunyi..
Insya Allah..

Tuhanku..
Ketika aku dalam kepayahan, 
dalam kesendirian dihimpit cubaan..
Kau beri aku kesabaran, 
pengalaman mengajar erti kematangan...
Lantas Kau membuka pintu hatiku, 
untuk memberi kemaafan.
Pada mereka yang pernah melupakanku..
pada mereka yg sgt2 ..melukai hatiku..


Tuhanku..

Ketika aku buntu.
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan.
Kau tak biarkan aku sendirian..
Alhamdulillah..aminn..

Tuhanku..

Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira.
Syukurku melangit pun tak tercapai...
Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai.
Semoga penyesalanku Kau terima.



Terima Kasih Allah kerana selalu mendengar rintihanku..
Amin Ya-Allah...
:-)

Tiada ulasan: