Jumaat, 8 Julai 2011

Cinta itu adalah Fitrah (Amek dari AkuIslam..)


Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki
adalah perasaan yang manusiawi
yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT
di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan kepada
lawan jenisnya ketika telah mencapai
 kematangan fikiran dan fizikalnya.

 

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah
 Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari
jenismu sendiri , supaya kamu cenderung
 dan merasa tenteram kepadanya ,
 dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang.
 Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar- benar terdapat tanda-tanda bagi
 kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)

Cinta pada dasarnya adalah bukanlah
sesuatu yang kotor ,
kerana kekotoran dan kesuciannya
bergantung kepada kita.
Jika kita mengarah cinta itu kepada
 kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal.
 Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan
 hawa nafsu semata – mata,
maka terbitlah cinta yang kotor dan haram


Cinta mengandungi segala makna kasih sayang ,
keharmonian , penghargaan dan kerinduan ,
disamping mengandungi persiapan untuk
 menempuh kehidupan dikala
 suka dan duka, lapang dan sempit.

Cinta bukanlah hanya sebuah
tarikan luaran sahaja.
Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta,
 bukan puncaknya.
Dan sudah fitrah manusia
untuk menyukai keindahan.

Tetapi disamping keindahan bentuk
dan
 rupa harus disertai keindahan
keperibadian dengan akhlak yang baik.


Islam adalah agama fitrah.
 Kerana itulah Islam tidaklah
membelenggu perasaan manusia.

Islam tidak mengingkari perasaan cinta
yang tumbuh pada diri seorang manusia .

Akan tetapi Islam mengajarkan pada
 manusia untuk menjaga perasaan cinta itu,
dirawat dan dilindungi dari segala
kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.

 
Islam membersihkan dan mengarahkan
 perasaan cinta.
Islam mengajarkan bahawa sebelum
dilaksanakan akad nikah, kita harus bersih
 dari persentuhan dan perkara – perkara lain yang haram.
Jadi, kenapa ada sesetengah dari kita
mahu menghalang perasaan cinta?



Cinta itu hendaklah dikawal, Bukan Dihalang.
Kerana Cinta adalah Fitrah







Tiada ulasan: