Sabtu, 9 Julai 2011

Berbahagia dan bergembirakah ..?.:-/


BAHAGIA belum tentu tersimpan di istana yang megah.
Bahagia pada sepasang kekasih tentu ada pasang surutnya.
Di manakah bahagia?

Pada keluasan ilmu, rezeki dan pangkat atau duduk bercengkerama dengan isteri dan anak?
Ternyata itu semua boleh juga menggoncang perasaan, memerah otak jadi lemah,
badan kering dan layu – sakit di hati yang susah mengubatinya.
Pakar motivasi mengatakan: “Anda adalah apa yang anda fikirkan mengenai diri anda.”

Rasulullah SAW memberi motivasi lebih bernas, sabda Baginda bermaksud: “Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, itu juga kebaikan.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Semuanya baik, baik dan baik. Apa-apa yang Allah pilihkan untuk kita adalah baik. Apabila sakit ubatnya adalah senyum dan redha.
Diuji dengan kekurangan harta tidak menjadi masalah bagi orang yang percaya bahawa bukankah selama ini Allah memberi lebih banyak daripada mengambil. Ibnu Mas’ud apabila ditanya: “Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?” Beliau menjawab: “Bukankah Allah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?”


Orang banyak mengatakan: “Bahagia itu adalah kepuasan hati.” Tetapi, pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas? Selagi mana dia berada di dunia, pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kaya, cantik, sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah dipenuhi dengan sempurna.

Selamilah dasar hati anda, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu ada pada sifat redha. Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Seperti rimbunan pohon di tengah panas yang terik, umpama hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memujuk hati yang luka.

Sesungguhnya apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah lebih mengetahui apa yang ’sesuai’ untuk kita. Dia yang memilih, yang Maha sempurna aturan-Nya, yang suci daripada cacat cela atas segala pentadbiran-Nya.

Sebagai manusia biasa ada kalanya kita ‘tidak terima’ dengan apa yang terjadi pada diri. Tetapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras, hanya ‘terkejut’ dipuncaknya, kemudian surut dengan perasaan redha atas ketentuan-Nya.




Firman Allah:
“Allah pun redha ke atas diri mereka dan mereka pun reda dengan pemberian-Nya.” (Surah Al-Bayyinah, ayat 8.)

Ada dua rahsia yang terkandung dalam kalimah Allah itu. Pertama, ayat ini cuba memujuk kita bahawa apa yang datang kepada kita semuanya adalah hadiah pemberian Allah. Ujian itu sebenarnya hadiah yang paling mahal, tetapi kadang-kadang manusia menganggap cuma nikmat paling berharga.

Kedua, wujudnya hubungan kasih sayang di antara Allah dan hamba-Nya. Sayang akan melahirkan redha ke atas apa saja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang. Kerana sayang, masakan isteri yang kurang garam terasa sedap juga. Kekasih yang menduga dan menyakiti hati kita terpaksa kita redha sebab sayang.

Tetapi, mengapa pula kita merajuk jika Allah menguji kesetiaan cinta kita. Jika sakit mengeluh panjang, lupa dengan hari-hari ketika sihat. Kalau rugi semua orang diamuk, di pejabat, di pasar, di rumah, di jalan raya semua terkena tempias kemarahannya. Rugi yang sedikit itu telah menutup kurniaan Allah yang banyak pada rezekinya selama ini.

Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat redha. Hidup tidak tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong padahal peti besinya penuh dengan duit. Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan bahagia. Tetapi, bukan bahagia yang ‘diam’ dalam hati, ia cuma menempel sebentar pada dinding hati kemudian lenyap begitu cepat.

Carilah bahagia yang hakiki di atas jalan yang telah dibentangkan oleh kekasih Allah, Muhammad SAW. Bahagia itu adalah redha. Cukup senang formulanya, tetapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.




Mencari Bahagia..

Jiwa yang begitu kecil, pasti akan merintih dimanakah kebahagiaan yang sepatutnya untuk dirinya tatkala Tuan punya dunia memberi suatu ujian.

Jiwa yang akan bertanya berkali-kali, mengapa Tuhan tidak memberikan kebahagiaan, sebaliknya hanya memberikan kesengsaraan. Tiada langsung kebahagiaan.

Sebagai manusia, memang selalu tersilap menilai sesuatu.
Betapa banyak sebenarnya jalan-jalan kebahagiaan yang diberikan kepada manusia.
Namun, manusia tidak dapat melihatnya lantaran dek makna bahagia yang terlalu kecil bagi sesetengah manusia.

Sekecil mana pun nikmat yang telah di berikan Allah kepada Kita.
Bersyukuri dan Berbahagialah….♥


Bahagia ditegah ketidakkebahagiaan..

Berbahagialah Hidup tanpa membenci,
Berbahagialah Hidup dengan Cinta
Berbahagialah Hidup yang penuh harmonis.
Berbahagia jugalah saat kita tidak berbahagia..
Kerana apabila ketidakbahagiaan muncul,
Sesungguhnya bahagia tidak pernah meninggalkan kita.
Tinggal kita sahaja untuk mengubah cara pandang dan fikiran kita.
Bahagia akan kembali menjadi milik kita.
Dan Bertambahlah kebijaksanaan dari pengalaman yang ada.
Kerana adanya ketidakbahagiaan, maka kita dapat menghargai kebahagiaan.


Bagaimana kita dapat mengubah cara fikir dan cara pandang kita?
Ini yang perlu diberi perhatian dari kita semua.
Pada waktu timbul sesuatu yang tidak menyenangkan, kekesalan dan gangguan emosi datang pada kita, sesungguhnya gejolak dan permainan perasaan begitu hebat. Menggoncang kesedaran kita, menggoncang harga diri dan ego kita. Dalam sekelip mata sahaja, kita boleh hilang mood, menjadi garang, dan terasa perubahan raut wajah, hilangnya senyum dari wajah yang tadinya manis, denyut nadi yang tak teratur, membuat hari kita terasa sangat panjang dan kacau bilau.
Membuat kita secara tidak sedar bahawa perkara ini TIDAK BAIK, TIDAK BERMANFAAT, MERUGIKAN diri sendiri dan orang lain. Memang susah untuk mengendalikannya, tetapi yakinlah ada satu sisi baik manusia, yang bila “suara”nya didengari, ia akan dapat menakluk suasana kacau didalam hati.


Suara dari sisi baik akan berkata : “Sudahlah… lupakan semua, jangan lagi berperang dengan ketidakpastian dan ketidakjelasan sifat orang lain! Perhatikan diri sendiri dahulu, kita seharusnya memperbaiki diri sendiri dan menunjukan perubahan ini kepada orang lain sebelum kita menginginkan orang lain berubah untuk kita”
Mengapa suara itu tidak didengar oleh kita?
Kerana kita terlalu banyak mendengar suara si jahat yang memang suaranya jauh lebih besar daripada suara si baik. Sebaliknya, suara sisi baik memerlukan kesedaran kita untuk mendengarnya, kerana suara itu begitu halus, lembut dan nyaris tidak didengar.

Hanya hati yang sedang tenang dapat mendengarnya. Maka pada waktu emosi tidak stabil muncul, cara terbaik adalah keluarkan emosi itu segera. Berbicaralah dengan dinding yang akan setia mendengar (tetapi hati-hati dengan tembok yang bertelinga.. )

siramlah kepala yang sedang panas dengan air sejuk, duduk dan renunglah kembali. Mula untuk menjadi pendengar yang baik, maka kita akan lihat ada pertarungan Si JAHAT dan Si BAIK. Tajamkan pendengaran kita dan amatilah suara Si Baik. Maka keindahan itu ada disana. Jawapan dari persoalan hidup ada disana. Kebijaksanaan juga ada disana.



Berbahagialah disaat ketidakbahagiaan itu datang, kerana kita akan semakin dewasa, kita dapat semakin bijaksana, belajar mengatasi masalah yang datang dalam diri sendiri, belajar mengatasi semuanya sendiri, dan mengembangkan potensi “pencerahan” didalam hati..
Insya-Allah..Aminn



Tiada ulasan: