Isnin, 4 Julai 2011

Kategori Lelakii....(Amek dari manatahh..baca je laa ekk..:-/, perkongsian sja..tiada kena mengena dgn sesiapa, sama ada yg masih hidup atau yg sudah meninggal duniaa..Wa'Allahualam..)


Sukar untuk mengenali hati budi seseorang namun
kamu mungkin boleh meramal
sifat atau perangai seseorang menerusi perlakuan hariannya.
Ruangan kali ini memberi
peluang kepada pembaca untuk menilai
dan memahami ciri-ciri lelaki
 tertentu sekadar untuk panduan agar
 kamu lebih memahami kehendak
dan kemahuan insan yang bergelar lelaki.
Mungkin ada yang sedang memerhati
rentak lelaki idamannya dalam diam...
ha, kaedah ini mungkin boleh membantu kamu menilainya!


LELAKI TAKUT KOMITMEN

Personaliti:

Bukan tiada teman istimewa,
ada kalanya hubungan yang
terjalin antara dia dan teman istimewanya
 bertahun-tahun lamanya! Namun keinginan
untuk membina sebarang
ikatan rasmi tidak pernah wujud dalam dirinya.
Karier dan kehidupan sosialnya
sering menjadi keutamaan dalam hidup.
Tidak hairanlah sekiranya individu
 yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman.

Kesimpulannya:

Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu,
dia dikatakan seorang yang tak boleh
dipercayai sangat apa yang
 diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini
 dia melafazkan kata suka
pada mu tapi beberapa
minggu kemudian,
dia seolah-olah tak mengenali
 kamu selama ini! Dalam erti kata
yang sebenarnya,
dia masih belum
bersedia untuk menjalinkan komitmen
dengan mana-mana gadis buat masa itu.


LELAKI RASIONAL

Personaliti:

Keperibadian mereka tergambar
menerusi penampilan
 luarannya.
 Semangat yang tinggi dan komited
 terhadap kerja memperlihatkan
 sikap rajin mereka itu.
Ramai yang beranggapan lelaki
 dalam kategori ini berpewatakan
 serius dan sukar untuk diajak
bergurau kerana sikap tekun yang
 wujud dalam dirinya itu.
 Selain itu mereka suka
 memendam perasaan dan kerana
sikapnya itu kadangkala dia
 berubah menjadi seorang
 yang agak pemarah.

Kesimpulannya:

Biarpun kelihatan seakan
 dibebani dengan pelbagai
 tugasan namun lelaki
yang tergolong dalam kategori ini
sentiasa bersemangat
dan gigih
berusaha demi mencapai kejayaan.
 Pemikiran rasional menjadikan
 mereka individu yang positif.
Percayalah, lelaki rasional
 ini boleh diharap dan bersedia
melaksanakan tanggungjawab
mereka itu tanpa sebarang halangan.
 Keluarga adalah
segala-galanya bagi mereka ini.

LELAKI KONSERVATIF

Personaliti:

Pemikiran dan perwatakannya
 konservatif memperlihatkan
dirinya serba sederhana.
 Sikapnya yang gemar memerintah
dan sentiasa berfikir bahawa
seorang lelaki perlu dihormati
dan disanjung memperlihatkan
sifat egonya yang agak tinggi.
Dari sudut positif yang ada
pada diri individu yang tergolong
dalam kategori lelaki konservatif ini,
 mereka bijak mengatur perbelanjaannya.

Kesimpulannya:

Berfikiran matang dan bersedia
 memikul tanggungjawab menjadikan
 diri mereka mampu bertindak
 sebagai pemimpin dan ketua.
Bagi lelaki konservatif ini,
mereka sering mencari pasangan
 yang mampu memberikan
ketenangan dalam hidupnya.


LELAKI HIPOKRIT

Personaliti:

Ego dan gemar mementingkan diri sendiri
 adalah sifat utama yang ada dalam diri mereka.
Berlakon dan gemar berpura-pura
 menjadi mainan rasmi dalam hidupnya.
Mereka juga gemar mengambil kesempatan
atau menindas orang lain
demi untuk kepentingan dirinya sendiri. Awas!

Kesimpulannya:

Sememangnya lelaki sebegini harus dijauhi.
 Sikap hipokrit dan gemar berpura-pura
 membuktikan bahawa dia juga seorang penipu!
 Jangan mudah terpengaruh
dengan rupa paras dan kemewahan yang dimiliki!



LELAKI ANTI PEREMPUAN

Personaliti:

Sering memberi kritikan terhadap
golongan wanita dan beranggapan
 wanita sering menyusahkan dan membebankan mereka!
 Sikap tidak gemarkan kanak-kanak
juga boleh dilihat dengan jelas dalam diri mereka.
 Sebaliknya mereka gemar menghabiskan
 masa dengan mengumpul sesuatu
benda sebagai koleksi peribadi.

Kesimpulannya:

Jangan salah tafsir terhadap
 individu yang sedemikian.
Hakikatnya mereka juga mempunyai
 teman istimewanya sendiri,
 namun di sebalik sikapnya itu
 tersembunyi suatu perkara yang sukar untuk dijangka.
 Mereka mempergunakan wanita
untuk kepentingannya sendiri!
AWAS dengan lelaki sebegini kerana
mangsa mereka adalah wanita
 yang mampu menuruti segala kehendaknya.



LELAKI PLAYBOY

Personaliti:

Sentiasa berpenampilan menarik
dan peka terhadap perkembangan
 dunia fesyen semasa.
 Secara tidak langsung mereka
bijak mengguna kelebihan
 yang mereka miliki itu untuk
memenangi hati individu yang mereka suka.
 Karisma yang ada dalam diri menjadikan
mereka sering mendapat perhatian!
Bukan itu sahaja,
malah mereka memang bersifat romantis dan mulut 'manis'.

Kesimpulannya:

Menyentuh soal komitmen,
itu adalah isu yang paling digeruni
oleh individu dari golongan ini.
 Sebaliknya mereka lebih gemar berseronok
dan mendampingi ramai wanita dalam
 satu masa kerana bagi diri mereka
 ia adalah satu kelebihan istimewa yang ada dalam dirinya.
 


LELAKI BERWAWASAN
Personaliti:

Biarpun dia seorang yang pendiam
namun individu di sekelilingnya mudah
tertarik dengan sikap itu.
 Lelaki sebegini sering melahirkan
 idea yang rasional dan logik.
 Fokus utama dalam hidupnya adalah kerjaya
 dan ada kalanya ada yang beranggapan
 lelaki sebegini terlalu mementingkan
kerja dari yang lain.
Dia juga pentingkan kesempurnaan
 termasuk dalam memilih pasangan hidup.
 Kebanyakan mereka juga tidak
suka terikat dengan komitmen terlalu awal.

Kesimpulannya:

Wajar kamu cuba menghampiri individu sebegini.
 Sikapnya yang berwawasan dan
berfikiran jauh ternyata mampu
menjamin masa hadapan.
Pasangan yang paling sesuai
 untuk individu sebegini
adalah wanita yang bijak berdikari
kerana kesibukannya memaksa
pasangannya untuk berdiri di atas kaki sendiri,
namun ini tidaklah bermaksud dia akan melupakan terus tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki.





Tiada ulasan: