Ahad, 31 Julai 2011

Air Mata Taubat Adalah Air Yang Paling Suci...:-)


Gembiralah dengan hidup ini
kerana hidup ini indah dan jadikanlah ia
sebagai hamparan untuk setiap kebaikan

Allah Subhanahu wa Ta'ala mencintai orang-orang
yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri.
Bahkan, Allah sangat senang dengan taubatnya seorang hamba.
Inilah kesenangan yang lebih besar
dibandingkan kesenangan seseorang yang
berada dipadnag pasir bersama tunggangannya,
yang di atas punggungnya terdapat perbekalan makanan 
dan minumannya, 
tetapi kemudian tunggangan itu lari darinya sehingga dia
hampir berputus asa untuk menangkapnya kembali.

Setelah itu dia duduk bersandar di sebuah pohon
menanti ajal menjemputnya,
 hingga ia tertidur. Selang beberapa saat
ia bangun dan tiba-tiba unta yang
membawa makanan dan minumannya itu berdiri
berdekatan kepalanya, maka dengan serta merta ia
memegang tali unta tersebut
seraya menjerit kerana gembira
yang amat sangat, dan mengatakan:
"Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhanmu" 
(salah dalam berucap kerana gembiranya)

Maha Suci Allah Yang Maha Agung lagi Maha Pegasih.
Allah Subhanahu wa Ta'ala senang dengan taubat hambaNya itu,
sehingga menyebabkan dia beruntung untuk meraih syurgaNya
dan mencapai keredhaanNya. Allah Yang Maha Tinggi menyeru
kepada hamba-hambaNya
yang beriman untuk bertaubat
melalui firmanNya:
"Dan bertaubatlah kepada Allah,
hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
(Surah An-Nur: Ayat 31)


 Bertaubat adalah mencuci hati dengan air mata dan 
membakarnya dengan kobaran api
penyesalan. Bertaubat adalah pembakaran di dalam hati,
pengekang nafsu, keluhuran dalam hati,
dan titisan air mata.
Yang demikan adalah awal perjalanan yang ditempuh
oleh orang-orang yang bertaubat, 
modal orang-orang yang berjaya,
langkah awal mereka yang menghendaki 
Allah, dan kuci istiqamah mereka 
yang hatinya condong kepada Allah.

Seorang yang bertaubat harus berkeluh-kesah,
menyesal dan menanggis.
Bila orang lain merasa tenang dari "azab Allah",
maka hatinya akan merasa tenang dan selalu dihantui oleh
rasa takut bahawa taubatnya tidak diterima.
Bila orang lain merasa tenteram,
dia tidak berhenti menangggis terseu-sedu
Bila orang lain beristirehat dengan tenang
dia tidak bosan-bosan merintih
sampai tubuh menggigil.
Bila dia mengingati besarnya
dosa dan kesalahannya.
Kesedihannya makin menjadi-jadi
api nuraninya makin membara, air matanya
bercucuran,
nafasnya tersengal-sengal, dan terasa
sesak kerana dadanya terasa
terbakar.
Dia telah membulatkan tekad
untuk berlumba-lumba menghadapi
hari esok.
Dia meremahkan segala urusan dunia
agar mampu melalui "Shirath"
(jambatan) yang berada di atas neraka jahannam 
dengan secepat kilat.

Bekalan:
Berfikir positif dan optimislah anda
bila suatu hari nanti semua urusan
terlihat amat buruk
kerana hal itu merupakan
pertanda akan datangnya hari lain
yang dekat waktunya, yang semuanya
dipenuhi oleh kegembiraan dan keceriaann...   


Tiada ulasan: