Isnin, 4 Julai 2011

Bahagianya bagi mereka yg Menyintai dan dicintai......


Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi.
Bercinta dengan yang tidak mencintai,
akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana.
Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia.


Sebaliknya bercinta dengan Allah,
Tuhan yang Maha Pencinta atau 'Al Waduud' itu,
cinta kita pasti akan berbalas.
Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.

Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa,
rupa, gaya dan bagaimana keadaannya.
CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja,
asalkan rajin berusaha untuknya.
Cinta yang tidak pernah luput walau
 sesaat malahan terus berkekalan.

Berbeza dengan manusia
yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati.
Cintanya pula bermusim dan tidak kekal.
Sewaktu disenangi dicintai,
bila jemu atau benci tidak lagi dicintai
malah kita ditinggalkan.

Cinta manusia juga terhad
dan ada kepentingan.
Isteri cintakan suami
kerana suami tempatnya bergantung.
Ibu mencintai anak
kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi.



Apabila cinta berakhir di tengah jalan,
dan diri yang ditinggalkan
setelah puas berusaha dan mencintai dengan setulus hati,
 jangan bersedih, kerana anda tidak seharusnya bersedih.
Kerana yang sepatutnya bersedih adalah dia,
 kerana dia kehilangan orang yang mencintainya.



Hakikatnya,
dicintai itu adalah sebuah anugerah,
namun mencintai itu jauh lebih mulia dari itu.
Kerana mencintai memerlukan kesabaran, usaha,
juga kasih sayang yang tulus ikhlas.
Berbahagialah orang yang dicintai,
 namun lebih berbahagialah buat mereka yang mencintai..

*Bukan mudah untuk buat orang mencintai kita dengan tulus..*

Jadi hargailah orang yang mencintai anda,
sebelum Allah menarik nikmat itu daripada anda..

Jika cinta sudah tiada di hati kita,
tandanya salah satu dari nikmat Allah telah tercabut daripada kita.
 sedang cinta salah satu
 nikmat teragung Allah terhadap hambanya.
Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis.
Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda

Orang yang tiada perasaan cinta
adalah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya.
 cinta seharusnya melahirkan tindakan
yang melambangkan kelembutan,
kasih sayang dan kebijaksanaan
terutama dalam membuat keputusan berhubung
dengan insan-insan berlawanan.
Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan.

Suburkanlah rasa cinta sebagaimana
 ia bermula dan sentiasa.
 saat bermulanya cinta adalah rasa teragung
yang dirasai oleh setiap manusia.
 Inilah rasa yang tiada perkataan
dapat menceritakannya.
Tatkala itu cinta benar-benar
 menjadi motivasi yang terhebat.
andainya lautan api direntangkan di tengah-tengah,
 masih sanggup direnangi untuk
menggambarkan betapa cinta begitu
 memotivasi dan perlu bukti.
Tiada lagi rasa teragung kecuali cinta.



Cinta melambangkan kegembiraan,
keseronokan, kepuasan, kenikmatan
 dan semua rasa yang muluk-muluk dan
sukar digambarkan dengan perkataan.
Manusia yang beruntung adalah
 manusia yang meniti di atas cinta,
 memperolehi cinta untuk menyedari
 kedudukannya sebagai insan
 kerdil di bawah kebesaran Allah.

Biar tinggi martabat cinta, ada cinta
yang seolah-olah telah hilang keramatnya.
Adakalanya cinta yang suci dan penuh
makna itu menjadi barang terbuang,
 berciciran di mana-mana, dilorong-lorong,
di bawah rimbunan pepohon dan apatah lagi
apabila malam telah melabuhkan tirainya.
Manusia-manusia durjana berebut-rebut
mengutip bunga cinta
 yang berkeliaran
dan bersimpang siur itu.
Harga diri dipertaruhkan dan dicagarkan
hingga akhirnya menjadi habuan
nafsu yang tidak mengenal iman dan kehormatan.


Entah di mana silapnya cinta yang
sepatutnya menjadi lambang kebahagiaan,
kedamaian dan keamanan manusia
sejagat adakalanya menjadi pemusnah.
Cinta hadir daripada ketrampilan pemilik cinta itu sendiri.
 Seorang lelaki yang benar-benar jatuh
 cinta dan mencintai seorang waanita
akan menunjukkan sikap, penampilan
serta gerak laku yang sentiasa
menyakinkan insan yang dicintainya itu.

Cinta yang murni adalah pemangkin
kepada kehidupan yang penuh bahagia.
Sebgaimana ia bermula, cinta seharusnya
berkekalan sedemikian rupa sehinggalah
ke penghujungnya.
 Cinta tidak harus dinodai oleh perlakuan-perlakuan kejam,
tidak bermoral dan juga yang mencarik
 kesucian cinta itu sendiri.
Andainya cinta boleh dikekalkan
 sebagaimana ia bermula,
bahagia adalah jawapan untuknya.

..
Wallahu a'lam..

Tiada ulasan: