Cinta sejati umpama kesihatan, nilainya baru
kita sedari setelah kita kehilangannya.
Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang,
nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah.
Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya
tidak tenteram dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk.
Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi,
kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan
kenikmatan yang paling indah,
yang sangat sukar untuk diucapkan
dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman
dalam meneguk makrifatullah yang
dapat merasakan betapa agungnya
jiwa yang mahmudah.
Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam
hati yang merosak kesucian jiwa seseorang,
kerana ia rindu berbuat dosa yang akan
mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu,
meninggalkan dosa bererti menghidupkan
jiwa dan memancarkan cahaya keimanan
di celah-celah sanubari insan.
Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna,
belum tentu bagus.
Imam Ali bin Abi Talib berpesan:
“Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu,
kerana jika hati itu merasa letih
ia akan menjadi buta”.
Kemudian Ibnu Munkadir berkata:
“Bagiku nikmat dunia ini hanya ada
pada tiga perkara, qiamullail,
silaturrahim dan solat berjemaah”.
Wahai insan yang beriman, renungkanlah
dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri,
dengan demikian kamu akan mengenali
Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar
dalam jiwa agar ia tetap suci
dan tunduk pada Ilahi.
Engkau disebut sebagai manusia bukan
kerana tubuh dan jasadmu tetapi akal dan jiwamu.
Akal mempertahankan barang yang
pahit tapi manis akibatnya,
nafsu mempertahankan barang
yang manis tapi pahit akibatnya.
Musuh yang paling dekat ialah kebodohanmu.
Singkirkannya sebagai menyikirkan
bahaya daripada musuh musuhmu
Belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya,
berfikir tanpa belajar
adalah berbahaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan